Sambut Birthday Encik Suami di Senalingbucks Coffee

Balik dari beli hadiah encik suami, kononnya nak makan-makan di Buyau Hill’s View Weekend Café sambut birthday encik suami. Alang-alang dah on the way balik Segamat lalu Kuala Pilah. Sekali sampai situ, ada event pula. Alahaiii, rosak program kita wak. 

Tak ada rezeki lah nak makan dan mengopi di situ. Baru je nak healing layan view Bukit bukau dan sawah padi sambil menjamu selera. Acah-acah healing gitu.

Okay, tukar rancangan. Kita pergi Senalingbucks Coffee by Ed’s je lah. Salah satu port ngopi menarik di Kuala Pilah favourite kami. Vibes kopitiam old skool gitu konsepnya. Tak ada makanan berat lah tapi. 

Senalingbucks Coffee

Macam biasa kalau dah datang sini, mesti nak lepak di tingkat atas. Nak menyaksikan permandangan dari aras tinggi. Dapatlah menjamu mata melihat permandangan luar dari tingkap. 

Menarik bukan? Melihat kesibukan jalan raya di pekan koboi Senaling ni sementara menunggu pesanan tiba.

Senalingbucks Coffee

Baru perasan, asal datang sini je pakai baju yang sama. Dah macam uniform masuk sini pula. Lighting pula tak on point sebab kita membelakangkan cahaya luar. Asal ada je sudah.

Sistem pesanan, kena pesan di kaunter order di bawah. Sebelum naik tu sila pesan siap-siap di kaunter ye. 

Saya pesan kopi panas, hazelnut latte. Encik suami pilih caramel macchiato sejuk. Makanan pula kami pilih lempeng dengan sambal sardin dan juga sepotong brownies. Acah-acah kek birthday. Pun boleh lah kann...

Senalingbucks Coffee

Hazelnut latte dan caramel macchiato yang sedap. Sedang elok rasa manis dan pahit kopinya. Lempeng pula rangup di bahagian luaranya, lembut dalamnya. 

Sambal sardin tu kawan encik suami, owner kedai yang kebetulan ada di kedai offer. Nak sambal sardin tak katanya? Kita pun okay je. Sedap sambal sardinnya. Tumis dengan cili api pula kan. Memang ngam lah rasa podeh. Terima kasih tuan kedai. 

Mungkin kalau tak ada sambal sardin, digandingkan dengan sambal tumis. Mungkinlah...

Sambutan birthday yang cukup ringkas tapi bermakna. Alhamdulillah... Happy birthday husband!

Senalingbucks Coffee

Lokasi Senalingbucks Coffee by Ed’s

41, Pekan Senaling, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

12 comments:

  1. happy birthday.

    nampak sedap air hazelnut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ya, air sedap yang menjadi favourite saya. hihi...

      Delete
  2. awaklah rupanya blogger yg kampungnya di Segamat. Masa Kyra dapat masuk sekolah kat segamat haritu ammi macam "eh sapa ek blogger asal Segamat tu"..tak boleh nak recall. BTW sekolah Kyra kat Batu Anam...dekat ke dengan kampung awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa..sayalah tu. hihi...Dekat jugalah, saya pun sekolah di Batu Anam juga.

      Delete
  3. Happy Birthday buat suami. Moga sihat sukses bahagia selamanya.

    ReplyDelete
  4. happy birthday utk husband fiza...brownies jenis chewy fav

    ReplyDelete
  5. Happy birthday untuk suami kak fiza . Moga panjang umur murah rezeki berterusan

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday untuk suami Fizah. Moga sentiasa sihat dan berbahagian dunia serta akhirat.
    Walaupun old skool tapi tempatnya tetap menarik dan santai. Lempengnya tu memikatlah Fizah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Terima kasih kak Amie atas doanya.
      Tempat ni memang jadi favourite kami sudah. Lempeng tu sedap, memang style kampungan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.