Slow Jogging Dan Brisk Walk Di Tepian Pantai Batu Buruk
Sebelum pergi Terengganu, survey dulu tempat penginapan dekat dengan bukit atau pantai menarik tak untuk beriadah. Ikutkan kalau pergi Terengganu nak hiking Bukit Keluang atau Bukit Bubus. Sambil tu nak paragliding. Tapi jauh nau! Kena naik atas lagi. Kang tahu-tahu sampai Kelantan pula.
Disebabkan Mimpi D View Homestay dekat dengan Pantai Batu Buruk, makanya kita slow jogging dan brisk walk je lah. Di pantai Batu Buruk ni pun ada disediakan laluan untuk aktiviti riadah.
Punyalah tak sabar nak ambil gambar, dari dalam kereta pun boleh. Tak kelihatan ramai orang. Matahari kelihatan mula terbit. Kononnya nak gerak lepas solat subuh. Sekali lepas solat subuh, banyak pula halnya. Sudahnya sampai lewat juga hampir jam 7:00 pagi.
MashaAllah...cantiknya! Terus jatuh cinta dengan Pantai Batu Buruk ni. Kalau dekat, memang hari-hari datang slow jogging dan brisk walk kat sini.
Apa-apa kita ambil gambar dulu. Jangan lepaskan peluang merakam keindahan yang ada depan mata ni. Bukan selalu dapat menyaksikan sunrise yang sangat cantik ni.
Kita ke tepian pantai pula rakam suasana laut pula.
Jalan depan sikit nampak buaian ni. Ahhh sudahh...terbantut nak bersenam pagi-pagi.
Dah puas hati buat video timelapse barulah saya mulakan aktiviti slow jogging dan brisk walk bila dah tak larat. Lepas tu berhenti lagi bergambar di Dataran Batu Buruk. Banyak pula persinggahannya.
Inilah laluan untuk aktiviti riadah. Jauh juga. Tak pasti berapa panjang laluan ni. Tapi saya tak lari sampai habis hujung ke hujung.
Sampai ke Restoran ni kami patah semula. Saya dapatlah 1 pusingan je dek kerana sibuk ambil gambar dan video. Encik suami dapatlah beberapa pusingan.
Sebelum balik homestay, menikmati pantai Batu Buruk dari jarak dekat. Rasa tak nak balik pula nak lepak lama di pantai ni. Cantik sungguhlah tengok depan mata.
Pagi-pagi meriah juga dengan ramai orang yang beriadah. Ada yang rajin bertegur sapa "morning" macam vibes hiking pula. Seronok lah beriadah di sini. Tak beriadah, healing pagi-pagi hirup udara segar pun asyikkkk.
Disebabkan Mimpi D View Homestay dekat dengan Pantai Batu Buruk, makanya kita slow jogging dan brisk walk je lah. Di pantai Batu Buruk ni pun ada disediakan laluan untuk aktiviti riadah.
Punyalah tak sabar nak ambil gambar, dari dalam kereta pun boleh. Tak kelihatan ramai orang. Matahari kelihatan mula terbit. Kononnya nak gerak lepas solat subuh. Sekali lepas solat subuh, banyak pula halnya. Sudahnya sampai lewat juga hampir jam 7:00 pagi.
Apa-apa kita ambil gambar dulu. Jangan lepaskan peluang merakam keindahan yang ada depan mata ni. Bukan selalu dapat menyaksikan sunrise yang sangat cantik ni.
Kita ke tepian pantai pula rakam suasana laut pula.
Marilah kita duduk bergambar di buaian dulu. Sempat lagi pula buat timelapse beberapa minit. Encik suami berlarian keseorangan sementara saya merakam video timelapse. Tak-kan nak tinggalkan phone pula kan. Hilang nanti, naya Pak Karim!
Dah puas hati buat video timelapse barulah saya mulakan aktiviti slow jogging dan brisk walk bila dah tak larat. Lepas tu berhenti lagi bergambar di Dataran Batu Buruk. Banyak pula persinggahannya.
Inilah laluan untuk aktiviti riadah. Jauh juga. Tak pasti berapa panjang laluan ni. Tapi saya tak lari sampai habis hujung ke hujung.
Sampai ke Restoran ni kami patah semula. Saya dapatlah 1 pusingan je dek kerana sibuk ambil gambar dan video. Encik suami dapatlah beberapa pusingan.
Sebelum balik homestay, menikmati pantai Batu Buruk dari jarak dekat. Rasa tak nak balik pula nak lepak lama di pantai ni. Cantik sungguhlah tengok depan mata.
Dah lama tak singgah kuala terengganu. Nampaknya kena kumpul duit pergi sana
ReplyDeleteInshaAllah one day ada rezeki pasti sampai.
DeleteSelamat datang ke terengganu
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteSubhanallah!
ReplyDeleteMemang sangat indah pemandangan di waktu pagi di tepi pantai.
Warna-warna alam, langit, awan, air laut dan pasir pantai menyatu mewujudkan suasana yang tenang dan damai. Segarnya menghirup udara pagi di sini.
Tak tergambar dengan kata-kata hanya menikmatinya. Tenang dan damai sungguh. Udara pun segar. Seronok nak beriadah pun.
Delete