Terengganu, Kami Datang
Awal bulan Julai haritu, kami ke Terengganu 3 hari 2 malam ikut adik ipar nak pergi memancing. Dia memancing, kita pula ambil peluang bercuti-cuti di Terengganu. Trip ke Terengganu ni bersama mak mentua dan juga keluarga adik ipar.
Kami gerak ke Terengganu hari Jumaat pagi, 5 Julai dari Seremban seusai solat subuh. Kena gerak pagi-pagi sebab nak elak jem di Kuala Lumpur nun. Almaklumlah orang nak pergi kerja kan. Keluarga adik ipar dan juga mak mentua dari Kuala Lumpur.
Kami ikut lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Pagi tu tak banyak kenderaan melalui jalan ni. Suasana pun tenang je dengan hiasan kabus pagi yang berbukit bukau. Rasa seronok pula dapat terapi mata waktu pagi begini.
Dalam perjalanan, tahu-tahu kereta adik ipar di belakang. Dia keluar rumah lewat sikit. Kami rancang jumpa di R&R Temerloh je lah. Berhenti rehat kejap.
Berhenti rehat di R&R Temerloh. Masing-masing pergi toilet buang apa yang patut. Jauh lagi perjalanan, memang wajib buang. Sementara menunggu adik ipar bungkus makanan, layankan anak-anak buah ni ha. Pantang nampak taman permainan, berzikir je lah selagi tak dapat main.
Mereka pun seronok bukan main Pak Ngah dan Mak Ngah dia ni ikut. Rajin melayan mereka, itu yang mereka seronok.
Dah berhenti di R&R Temerloh, berhenti di R&R Perasing isi minyak. Yang ada hanya Shell je tak silap. Terpaksalah daripada tak ada. R&R ni agak sunyi dan jauh kedalam sikit daripada jalan utama. Kalau google, rupanya ada banyak kisah mistik disini. Seram lah pula!
Lega bila dah nampak papan tanda hampir sampai ni. Perjalanan yang jauh memang memenatkan. Dah lama tak berjalan jauh. Lagi pula kali terakhir ke Terengganu ni tahun 2001. Sangat lama. Memori pun dah banyak hilang. Excited kita dah nak sampai Terengganu!
Kami selamat sampai di Terengganu jam 1 lebih. Alhamdulillah...
Sampai-sampai je terus cari kedai makan sebelum check in homestay. Bersambung ke cerita seterusnya.

Enjoy your holiday .
ReplyDeleteDah balik dah Lyana. hihi...
DeleteSelamat datang ke Terengganu.
ReplyDeleteEh, rasa seram pula bayangkan R&R Temerloh yang sunyi tu.
Baca tulisan Fizah yang ini teringat Kak Amie jalan-jalan ke Terengganu bulan Mac lepas tapi belum sempat tulis entri.
Dah selamat balik dah kak Amie. hihi... R&R Perasing yang sunyi, kalau google banyak ceritanya. Seram jugalah.
DeleteJangan sampai lupa untuk tulis cerita tu nanti Kak Amie. hehe...
hoyeeee kita bakal datang September nanti hehehe
ReplyDeleteWahhh bestnya! Kita pun nak repeat Terengganu juga.
DeleteSelamat dtg kak
ReplyDeleteTerima kasih Rabia.
Delete