Slider

Bab 8 : Ogos 2024

Bab 8 : Ogos 2024, bulan Kemerdekaan, Zoo Johor dibuka, Cuaca bulan Ogos di Malaysia, Puasa sunat Ogos, Cuti umum dan sambutan bulan Ogos
Kita dah memasuki bab baru, bab 8 bulan Ogos untuk tahun 2024. Terasa cepatnya berlalu pergi bulan Julai. Bulan Julai yang kurang produktif dalam blog. Banyak betul halangannya. Tak mudah nak update 1 blogpost pun.

Dapatlah 20 post untuk bulan Julai. Bulan Ogos ni tak tahu lah sejauh mana pergi dia. Harap tak sendu dan lebih rancak lah.

Ogos, bulan Kemerdekaan

Tibanya bulan Ogos menandakan bulan Kemederkaan. Marilah kita menyemarakkan semangat kemerdekaan. Dah boleh mula pasang bendera dah.

Zoo Johor dibuka mulai Ogos

Zoo Johor bakal dibuka semula mulai bulan Ogos. Kalau bercuti di Johor, bolehlah masukkan Zoo Johor dalam itinerary.

Cuaca bulan Ogos di Malaysia

Malaysia akan mengalami fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024.—Dr. Fredolin Tajudin Tangang, Felo Akademi Sains Malaysia
astroawani

Bulan Ogos juga bulan yang dinantikan, ulang tahun perkahwinan kami. Dijangkakan bulan Ogos bakal sibuk dengan aktiviti hujung minggu. Setiap minggu dah ada jadualnya dengan aktiviti dengan keluarga, balik kampung, appointment braces dan lain-lain.

Sekarang tengah hangat dengan Sukan Olimpik Paris 2024. Semoga kontinjen negara dapat membuat yang terbaik dan membawa pulang banyak pingat terutamanya pingat emas.

Bab 8 : Ogos 2024

Page 214/366
We are what we repeatedly do.
It's not about perfection, it's about consistency.

 

Puasa Sunat Bulan Ogos 2024

1 Ogos - Puasa sunat hari Khamis
5 Ogos - Puasa sunat hari Isnin
8 Ogos - Puasa sunat hari Khamis
12 Ogos - Puasa sunat hari Isnin
15 Ogos - Puasa sunat hari Khamis
18 Ogos - Puasa sunat hari Putih
19 Ogos - Puasa sunat hari Putih/Puasa Sunat hari Isnin
20 Ogos - Puasa sunat hari Putih
22 Ogos - Puasa sunat hari Khamis
26 Ogos - Puasa sunat hari Isnin
29 Ogos - Puasa sunat hari Khamis

Cuti umum/ Public holidays Ogos 2024

11 Ogos – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)
24 Ogos – Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
31 Ogos – Hari Merdeka/ Kebangsaan Malaysia (Cuti umum seluruh Malaysia)

Sambutan pada bulan Ogos

Hari Ahad Pertama Ogos – Sambutan Hari Persahabatan (Friendship Day)
12 Ogos – Sambutan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)
12 Ogos – Sambutan Hari Belia Antarabangsa (International Youth Day)
13 Ogos – Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa (International Lefthanders Day)
20 Ogos – Sambutan Hari Nyamuk Sedunia (World Mosquito Day)
31 Ogos – Hari Merdeka/Kebangsaan Malaysia (Malaysia's Independence/National Day)
6
( Hide )
  1. Replies
    1. Haa..kita memang nak pergi nanti. Tapi tak tau bila. hihi...

      Delete
  2. Waaah Aug anniversary kakak yaaaa 😍🤗. Semoga makin langgeng selalu dengan suami. Tak terasa kan dah Aug, tinggal beberapa bulan lagi 2024

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Terima kasih untuk doanya Fanny. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk Fanny. Aamiin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu