Benda Tak Rancang, Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Hari Sabtu dua minggu lepas, menghadiri majlis kenduri kahwin di Orked Event & Space. Nama je duduk Seremban, tapi baru tahu wujudnya tempat ni. Cantik betul dekorasi luar dan dewan ni. Tak sempat nak ambil gambar pengantin. Pengantin lama tumpang bergambar je lah.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Balik dari majlis sebelum sampai rumah, singgah di Kedai Durian Farid di Jalan Jelebu. Tak rancang nak membeli durian pun. Tiba-tiba je rasa macam nak makan durian. 

Musim durian kali ni, ini kali kedua membeli durian di sini. Kedai ni memang sentiasa ramai orang. Siap upah RELA lagi untuk jaga parkir dan lalu lintas kenderaan keluar masuk. Makan modal juga ni.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Ada banyak juga pilihan durian. Berjenis-jenis ada. Kita ni nak beli durian udang merah. Sekali tak ada daaa...Katanya dah 2 minggu tak ada stok dari Johor. Terkejut juga tengok harga durian sekarang. Berlumba-lumba naik harga.

Sebelum ni encik suami beli 2 biji durian musang king dan sebiji 101 dah dekat RM200. Kali ni kami pilih durian kahwin kampung selepas di beri rasa durian ni. Rezeki juga dapat merasa seulas durian sebelum membeli. 

Kita ni malas nak kotorkan tangan sebenarnya. Nak makan di rumah je. Dah dia hulur bagi rasa, kita pun rasa lah. Rezeki jangan ditolak.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Kami beli 3 biji durian kahwin kampung, sekali balik tengok ada 4 biji. Dia bagi percuma ke dia tambah timbang sekali tak tahu lah. Selain durian kahwin kampung, beli juga sebiji durian 101.

Di kedai memang dia akan belah durian begini untuk tengok dan tunjukkan pada pembeli. Durian dia semuannya elok-elok. Berbaloi beli gitu.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Isinya tebal dan puas hati makan. Rasa durian kahwin kampung yang sedap juga. Dia tak berasid sangat macam durian 101. Saya suka durian kahwin kampung ni.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Pilih yang bersaiz kecil-kecil. Jadi dapat banyaklah durian tidur. Comel-comel je rupa paras dia. Yang ni kita bagi dia tidur dalam kulkas. Buat stok untuk esoknya.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Total hangus beli durian kali ni RM150 something untuk 4 biji durian kahwin kampung dan 1 biji durian 101. Okay insaf sudah nak membeli durian. Membeli pun kalau teringin je. Beli pun sikit je lah buat rasa-rasa. Keras betul harga buah durian sekarang sekeras kulitnya. 

12 comments:

  1. Woaahhh sedap nya durian, tengok isi nya macam tu mesti lah sedap kan.

    ReplyDelete
  2. nmpk durian yg lazat sungguh., hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Semoga ada rezeki Rabia nanti dapat makan durian. Aamiin...

      Delete
  4. Dah tak terlalu musim ya kak, jadi harga naik lagi 😄. Saya kalo ke Malaysia selalunya june atau July Krn memang ingin hunting durian di saat musimnya. Musang king, black Thorne pasti jadi incaran saya Krn di jakarta harga lebih mahal. Sementara di sini RM200 something saja. Jadi pasti saya puas2in makan itu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah musim sekarang. Tapi itulah harga naik dari musim ke musim. Tak laku baru jual murah agaknya kot. Ohh patutlah. Memang berbaloilah makan di sini lagi murah. Dapat makan banyak kan. Puas hati.

      Delete
  5. waoohhh sedapnya! tapi tu lah harga keras sangat sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian jarang tak sedap. Kegemaran ramai. Tapi itulah kan, harga dia keras sungguh. Fikir banyak kali nak membelinya pun.

      Delete
  6. Musim durian tahun ni panjang sehingga akhir tahun

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.