Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Kali terakhir saya derma darah bulan Mac, dan itu juga kali pertamanya. Sepatutnya bulan Jun dah boleh derma darah semula. Disebabkan encik suami derma bulan April, jadinya kami nak derma sama-sama pada bulan Julai. 

Kami pun tengoklah di facebook page derma darah Negeri Sembilan nak tahu lokasi setiap minggu di mana. Nak derma darah di Hospital kena hari bekerja pula. Hujung minggu je lah ada peluang kita nak derma darah menerusi kempen derma darah bergerak (mobile).

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah
  • 21 Julai (Lotus's S2)
Bacaan Hb (Hemoglobin) encik suami tinggi sebab semalam tu makan daging kambing selepas hiking Bukit Batu Sawa. Padahal sikit je pun isi daging kambing tu. Pun ada kesan juga ye. Sebelum ni bukan tak pernah jadi macam ni. Tapi itulah, masa pesan makanan tu terlupa yang esoknya nak derma darah. Haiyaaa...

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Saya punya Hb lepas tapi BP (Blood Pressure) pula tinggi masa check kali pertama. Kali kedua turun sikit. Ketiga, masih tinggi. Doktor suruh duduk tepi berehat dan bertenang dulu. Lepas beberapa minit, check semula masih tinggi. Aduhaiii nervous sangat ke camna. 

Padahal check kat rumah sebelum pergi normal je, 118,120, 115. Agaknya saya dok memikirkan tentang BP ni tinggi kot. Risau bab ni je yang tak lepas.

  • 27 Julai (AEON S2)
Sebelum ke kenduri kahwin, baiklah kita derma darah dulu. Nanti kot termakan daging kambing, susah pula. Encik suami lepas kedua-duanya, Hb dan BP OK. Saya pula terkandas BP tinggi. Aduhaiii...

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Apakah yang merasuk dalam fikiran saya ni sampai tak boleh dibendung. Masih fikir tentang BP tak lepas-lepas ni. Tapi encik suami tak derma sebab nak derma sekali dengan saya. 

  • 31 Julai (HTJ)
Sebelum pergi appointment monthly braces review di Medissa, singgah di HTJ (Hospital Tuanku Ja'afar) dulu derma darah. Encik suami layak menderma darah, Hb dan BP OK. Saya masih terkandas sebab BP tinggi. Tangan dah seram sejuk dah. Cuba bertenang pun tapi masih bacaan tinggi. 

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Doktor bagi masa rehat-rehat dulu. Tapi lepas tu check semula pun masih tinggi. Takpelah, saya berputus asa sudah nak derma darah. Biasanya macam tu lah, asal check di hospital ke mana-mana mesti tinggi dari biasa BP tu. 

Dah ikut dah tips untuk turunkan bacaan BP tinggi, bersandar, bertenang, kaki jangan bersilang dan macam-macam lagilah. Tetap juga BP nak tinggi. 

Maknanya tak ada rezeki lah nak menderma darah lagi. Sekali tu je lah saya berpeluang derma darah. Saya dah putus asa, encik suami je lah menderma darah sorang-sorang. Nak check BP semula macam malas sebab dah agak lewat untuk urusan appointment braces pula. 

Kalau tak ada appointment boleh je saya bawa bertenang dulu sebab di sini tak ada orang pun. Tak ramai yang derma darah kalau di hospital ni. Sebab tu kena ada kempen derma darah bergerak supaya ramai yang menderma darah.

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Kita ni tak ada darah tinggi atau makan ubat-ubatan pun. Tapi tu lah terlebih risau sampai bacaan BP tinggi mencanak. Selaku penderma universal, rasa kecewa lah juga bila tak dapat menderma.

Dulu nak derma tak cukup berat (merujuk kepada zaman study dan sebelum kahwin). Bila dah terlebih berat, takut tak hilang lah pula.  

16 comments:

  1. Jangan putus asa. Mungkin Fiza kena pergi yang walk in kot. Kita dah lama tak menderma, tak tahulah masih lepas lagi tak jika buat test sebelum menderma, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada keberanian saya cuba lagi. InshaAllah...
      Yang kali ketiga tu saya memang pergi walk in. Masih gugup juga. hihi...
      Boleh cuba tu, kot ada rezeki boleh menderma.

      Delete
  2. Last nak derma 3 tahun lepas, tak dapat sebab darah tak comel kata doctor.

    ReplyDelete
  3. asyik BP tinggi je doctor tak suggest buat blood test dan start makan ubat ke?
    Fiza ada pernah rasa pening, sakit tengkuk atau apa2 lain yg ada hubung kait dengan HBP?

    take care tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simptom² tu tak ada. Dia terlebih risau agaknya. Harap sihat-sihat je. Terima kasih Ammi.

      Delete
  4. Suami akak darah O jugak tapi penakut jarum, maka tak pernah menderma 😅

    Fiza kena ambik masa kot, nanti lepas beberapa ketika baru pergi cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itulah, doktor cakap saya terlampau excited agaknya. InshaAllah nanti cuba lagi kot boleh. Sekarang rehat dulu.

      Delete
  5. First time saya nak belajar derma darah waktu belajar di universiti tapi setelah pemeriksaan ditolak pula dengan alasan darah tak cukup. Sampai hari ini tak pernah derma darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak Amie. Zaman U saya pun tak boleh, sebab tak cukup berat. hihi...

      Delete
  6. Apa pun tahniah sbb menjadi wira negara utk menderma darah... biasa klu nk derma darah jgn waktu tgh hari panas terik.. atau baru lps buat keje berat.. atau lps makan berat.. nak derma darah kena tenang2 jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Baiklah, lepas ni kena bertenang duduk dulu baru isi borang. Kadang dah rasa tenang tapi itulah. hihi...

      Delete
  7. Sy pulak tk pernah² nak dapat derma darah, setiap kali masuk tpt nk derma, tetiba akan rasa berdebar, walhal sy bukan jenis penakut, then sah² la BP naik 😢 tu zaman belum ada sakit apa² berbelas tahun lepas. Ada la cubaan 3, 4 kali lepas tu pun sama. Sekarang dh maintain mkn ubat darah tinggi & kolestrol, tk pernah dah cuba utk menderma darah huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, sama apa yang terjadi pada saya. Dia jadi auto berdebar-debar bila nak derma darah tu. Tak ada rezeki lah nak menderma darah nampaknya.
      Takpelah, ada hikmahnya tu. Mungkin akan memudaratkan kita. Kalau dah makan ubat, memang tak dapat lah nak menderma kan.

      Delete
  8. Saya belum pernah coba derma darah. Krn sejujurnya saya takut lihat darah mengalir begitu dan takut jarum suntik nya juga 😅

    Tp case kakak sama dengan suami saya. Beberapa Minggu lalu dia tak bisa derma, Krn bacaan darahnya tinggi. Beberapa kali dicoba tetap tinggi . Akhirnya berobat ke dokter dan skr dia minum obat darah tinggi secara teratur 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, rasa risaulah pula. Tapi itulah, kalau dirumah check normal je bacaan tu. Semoga baik-baik je.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.