Slider

Braces Monthly Review, B3

Appointment braces monthly review B3, tukar getah O ring, tambah wire lace ties dan tukar wire saiz besar sikit untuk tegakkan gigi
Sepatutnya appointment braces monthly review B3 bulan Julai pada 18 haribulan. Tapi terpaksa tukar tarikh sebab encik suami ada urusan. Bila tunda, dapat pula hujung bulan Julai iaitu 31 Julai. Bila kira-kira, gap hampir 2 bulan lah gitu sebab kali terakhir pada 8 Jun.

Usai urusan derma darah, berdesup terus ke Medissa Senawang sebab dah terlambat. Tak dapat lah nak berleha-leha lagi. Jom lah kita!

Braces Monthly Review, B3
Tempat wajib selfie, kena sempatkan bergambar di sini. Boleh buat kompilasi nanti buat kenangan. Lepas daftar, terus ke tingkat atas. Pilih warna getah O ring dulu. Tak lama menunggu, giliran saya di panggil masuk. Masih dengan doktor yang sama untuk bulan lepas Jun dan Julai ni.

Braces Monthly Review
Rambang mata nak memilih warna getah O ring

Walaupun rambang mata tapi saya dah pilih dulu warna apa nak tukar untuk bulan Julai. Saya pilih warna midnight purple.

Braces Monthly Review

Tapi bila letak pada bracket braces dia jadi macam warna purple cerah sikit pula. Warna purple ni antara warna pilihan ramai sebab tak mudah bertukar warna dan berikan kesan gigi lebih putih. 

Selain tukar getah O ring yang wajib ditukar setiap kali appointment, doktor tambah wire lace ties dan tukar wire saiz besar sikit untuk tegakkan gigi katanya. Bila pakai wire lace ties ni rasa tekanan tu bertambah sikit. Itu belum lagi pakai power chain

Braces Monthly Review, B3

Gigi yang dulunya bergerak dan senget sebab tak ganti gigi yang cabut dah kembali tegak semula masa bulan pertama dulu.

Disebabkan itu, terjadinya jarak antara gigi depan bawah. Dari depan tak ketara sangat. Tapi kalau dipandang dari tepi nampak juga jarak tu dari dekat. Masih belum rapat lagi. Agak lambat sikit ye progress dia. 

Tak mengapa, kita sabar je.Trust the process!. Pejam celik pejam celik dah hampir 3-4 bulan bersama braces. Sudah serasi bersama dan masih berpantang makan makanan keras. Perjalanan masih jauh lagi. 
12
( Hide )
  1. Rasa macam ngilu pulak bila tengok gambar gigi dengan braces tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak ngilu pun cuma rasa sakit sikit bila awal-awal pressure tu.

      Delete
  2. Ingatkan sudu apa kaler2 tu
    Getah O ring nama dia

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kalau pakai Conventional Braces ada O ring warna warni ni. Kalau pakai moden, Self-Ligating Braces tak ada O ring colourful.

      Delete
  4. Sebagai alumni braces bertahun2 (more than 5 years), nanti akan tiba masa kakak happy dengan penampilan gigi yg sudah cantik dan rapi 😄😄😄👍. Tak apalah bersakit2 sekarang ya. Krn beauty is pain 🤭. Masih teringat saya tiap kali check up braces, dikasih kencang lagi, dan bikin sakit kepala sampai rumah 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh alumni braces gitu. Lama jugak tu 5 tahun. Harapnya tak selama itu dan berharap dapat susunan gigi yang rapi dan cantik. so far dah boleh adapt. Sakit sikit masa ketatkan pun boleh handle untuk sehari dua.

      Delete
  5. Gigi ammi pun huru hara gak...tp biarlah dia disitu. tak ado kecukupan duit nak melayan dia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huru hara tapi tak ada masalah makan ke apa, okay lagi tu Ammi. Ni gigi dah cabut lepas tu gigi sebelah jadi senget. Nak kena betulkan semula gigi senget tu bagi tegak baru boleh ganti tempat gigi cabut tu. huhu

      Delete
  6. Fuh, senang tak nak jaga gigi bila pakai braces ? orang kata bila pakai braces kita lagi mcm teliti bab bab gosok gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak susah. Cuma lama sikitlah waktu memberus tu. Kena rajin floss juga. Extra cleaning lah kiranya. Betul tu, kena teliti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu