Slider

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Celebrate birthday mak beli hadiah di butik Siti Khadijah, kek aiskrim inside scoop dan mandi kolam

Cerita bulan Julai yang sudah hampir basi, tetaplah kita nak masukkan dalam blog. Benda macam ni lah akan kita jadikan kenangan. Seminggu selepas birthday anak buah, birthday mak mentua pula. Selang 4 hari je birthday adik dan uwannya.

Mulanya nak sambut sekali je haritu. Tapi macam, takpelah kita sambut hari lain-lain je. Sebelum gerak ke Kuala Lumpur (KL) sekali lagi, kami singgah di butik Siti Khadijah (SK) di Seremban 2. 

Ingatkan nak singgah butik SK di AEON Mall Nilai. Tapi macam malas pula nak masuk mall, nanti banyak persinggahan pula.

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Selepas membeli hadiah untuk mak, meneruskan perjalanan ke KL terus. Kali ni adik ipar pula beli kek untuk mak. Sebenarnya mak cakap tak payah, tapi dek kerana budak berdua tu nak kek untuk uwan dilayankan je.

Kek Chocolate Raspberry Ice Cream Cake dari Inside Scoop yang dikeluarkan khas sempena Hari Ibu yang lepas. Sampai bulan Julai pun masih ada edisi kek ni. Menariknya sebab dia warna pink dan tepi-tepinya tu ada biskut coklat mutiara. Anak buah dok kutip makan tu je sampai habis.

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Rasa kek aiksrim (belgium dark chocolate)yang sedap tak manis sangat boleh cover rasa masam raspberry confit dan milk chocolate raspberry mousse. Pertama kali rasa kek aiskrim inside scoop ni. Boleh tahan juga lah tapi tak boleh lawan sedap yang satu lagi tu.

Macam biasa, adik beradik berdua ni terpaling teruja kalau sambut birthday. Birthday mereka sepanjang tahun ye. Semua birthday orang adalah birthday mereka selagi ada kek dan lilin. Cuma kali ni lilin kek berbeza sikit. Tak boleh main tiup-tiup. Kena tunggu percikan api tu padam sendiri. 

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Dah habis acara potong kek dan makan-makan. Bawa anak-anak buah turun bawa mandi kolam pula. Ini pertama kali kami turun mandi kolam di sini. Selama ni pandang dari atas je lah. Untung juga masa kami turun hanya ada sorang je di kolam. 

Sebelum main air, marilah kita bergambar dulu. Tugas saya jadi baby sitter je di kolam budak-budak. Nak berenang tak pandai. Aquaphobia pun ye. Pakai jugalah swimsuit boleh juga rendam-rendam sambil memantau. Encik suami dan adik ipar dapatlah sesekali berenang pun.

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Terpaling seronok kakak dan adik ni lah. Dah sejuk-sejuk pun tak nak naik. Budak-budak memang suka main air. Sejuk pun don't care lah. Kita layankan je lah sementara ada masa sesekali untuk diluangkan bersama mereka.

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

8
( Hide )
  1. Budak² gitulah, diorg yg paling excited & seronok sambut bday, tak kira bday siapa pun hihi...
    Happy belated birthday utk semua July babies :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Birthday sepanjang tahun kaedah dia. Terima kasih kak untuk ucapannya.

      Delete
  2. Mukena SK ini memang baguuus 👍. Saya pun pakai juga. Tp belum pernah DTG langsung ke store-nya. Biasa beli online di website mereka.

    Ice cream cake ini memang sedap lah. Saya selalunya lebih suka yg begini drpd birthday cake biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Tak cari lain dah sebab terpaling selesa. Saya suka beli online kalau ada sale. hihi...

      Ramai penggemar ice cream cake tapi yang ni kurang sikit pada saya.

      Delete
  3. budak dan kolam mmg berpisah tiada. dah gigil level nak cakap pun kita tak paham apa dia cakap still nak terjun semula

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu