Slider

Dapat Juga Membeli Apam Johol

Apam Johol KT (Kak Tijah Apam Johol) dibalut dengan daun rambai, kuih tradisional Negeri Sembilan yang popular di Johol
Pernah makan apam Johol? Kalau tak pernah bolehlah membeli apam Johol original dari Johol. Apam ni kalau tak silap saya hanya popular di Negeri Sembilan je khususnya di Johol.

Saya tak pasti kenapa nama kuih ni apam Johol. Adakah berasal dari Johol? Mungkin ya. Bukan hanya dipanggil apam Johol, tapi dipanggil juga dengan nama apam daun rambai. Sebabnya apam ni dibalut dengan daun rambai.

Itu apa yang saya tahu lah. Kuih ni memang susah nak jumpa! Kebetulan saya ke Johol sebentar. Dah alang-alang tu, jomlah kita cari kuih apam Johol.

Mulanya kami berhenti di satu gerai di tepi jalan ada banner tulis apam johol. Tapi kena menunggu apam dikukus lah pula. 15 minit kena tunggu. Kami pula mengejar masa. Tak jadilah membeli.

Lepas tu kami google apam johol dan jumpa lokasi Warisan Apam Johol Masjid Tua. Tapi macam dah tak beroperasi je. Tutup dah ke?. Sudahnya kami waze dan jumpalah Apam Johol KT (Kak Tijah Apam Johol) yang tak jauh dari lokasi yang kami nak tuju tu.

Apam Johol

Kami singgah membeli apam Johol di Apam Johol KT yang terletak di tepi jalan besar. Lupa pula nak ambil gambar banner dan kedai.

Masa kami nak membeli, ada dua orang makcik di situ. Seorang tengah sibuk membungkus dan seorang lagi sedang keluarkan apam dari pengukus. 

Sempat saya ambil gambar apam johol dalam pengukus. Encik suami sedang berborak dalam bahasa (loghat nismilan) dorang lah. Dah jumpa geng, berborak lah apa lagi. Peramah betul makcik-makcik ni.

Seronoknya dapat kuih fresh from pengukus! Makcik tu kata lagi, ni nanti kejap je habis. Encik suami pun sambung, sakbis sakbis (Masak habis masak habis). Laku keras apam johol ni. Inipun ada orang KL booking 300 biji katanya.

Wahh..betul-betul popular kuih apam Johol Kak Tijah ni ye. Kami pun membelilah 2 plastic, asingkan 10 biji dan 20 biji. Yang 20 biji nak makan ramai-ramai nanti. 10 biji seplastik lagi nak bekalkan untuk kakak saya. 

Dah lama katanya teringin makan apam Johol. Saya pula kalau balik Pilah memang tak jumpalah kuih ni. Rezeki dia dan rezeki kamilah dapat makan apam johol yang dimasak panas-panas ni.

Apam Johol

Sampai je di destinasi, terus menjamu selera. Fuhhh..bukan main sedap lagi apam Johol ni. Aroma daun rambai ni membuatkan apam Johol ni bertambah sedap. Tak tahulah macamana nak diterjemahkan dalam perkataan. Apam pun just nice rasa manis dia. Tak manis sangat pun sebenarnya.

Gebu pula tu. Sedap betul! Anak buah dari Segamat pula tanya, mana kelapa parutnya? Eh eh, apam Johol tak makan dengan kelapa parut. Dia makan gitu je. Hihi...

Lepas ni kalau nak makan apam Johol dah tahu dah kat mana nak beli. Beli je dekat Apam Johol KT di Johol. Boleh waze terus untuk sampai ke lokasi.

16
( Hide )
  1. pernah tengok apam johol ni tapi belum pernah makan..tengok gambar fiza ni terus teringin nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot nanti tersinggah Johol, bolehlah membeli di sini.

      Delete
  2. Pernah dengar nama Apam Johol yang dibungkus daun rambai. Rare sangat kan. Pernah lihat gambar dan resipinya tapi tak pernah jumpa. Mana tahu nanti balik Malaya jalan-jalan situ boleh dapat makan Apam Johol yang masih panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda rare ni memang payah nak jumpa. Haa nanti kak Amie jalan-jalan Johol bolehlah jengah kat kedai ni. Dapat makan panas-panas memang nikmat.

      Delete
  3. Kalau ke Johol (rumah mak lang en. suami) pasti dapat makan apam johol ni.... Sedappp

    ReplyDelete
  4. Apam Johol inilah yang membuatkan LZ rasa keunikan di N9.
    First time makan tahun 2010, baru kenal apam Johol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat unik kan. Lain dari yang lain. Saya pula ini kali kedua makan. Pertama kali makan pun dah lupa tahun bila. hihi...tapi memang sedap, dapat pula makan yang panas-panas.

      Delete
  5. Tadi saya pikir apam ini berasal dari Johor. Ternyata memang ada tempat bernama Johol ya kak. Penasaran nak cobaaaaa 😍😍😍. Dari foto memang nampak sedaap lah. Sukaaa kue2 tradisional seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak, berasal dari Johol yang terletak dalam Negeri Sembilan. Kalau berkesempatan datang ke Negeri Sembilan, bolehlah datang ke Johol cuba rasa. Saya pun suka kuih tradisional macam ni.

      Delete
  6. Makin kurang prg huat apam johol ni kan... Mcm dah susah nak dpt dah.. ke saya jer yg tak jumpa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang susah nak jumpa kuih ni di tempat lain. Kena datang ke tempat asalnya baru macam mudah nak jumpa.

      Delete
  7. first time ammi makan apam johol ni masa kerja di bangunan ambank raja chulan. ada kawan office bawak. bila ammi kata sedapnya dia pun macam "ekau tak ponah makan ko? kato org nismilan"... hahhah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...maknanya apam johol tu masih belum popular di Somban. Dia masih duduk di Johol tapi dah ke KL tiber. hihi...

      Delete
  8. Ye betul..apam Johol memang sedap tapi payah nak jumpa area Kuala Pilah atau Seremban...eh nak pi jenjalan Johol la carik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak nampak orang jual di Seremban ke Pilah. Kena pergi Johol juga baru ada. Haa nanti cari kat sini kak. Ada rezeki boleh dapat yang panas-panas baru lepas masak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu