Hiking Bukit Sikai 2.0 Dengan Tahap Pace Leha-Leha

3 Ogos yang lepas, repeat hiking Bukit Sikai di Seri Menanti, Kuala Pilah. Masih meneruskan misi hiking, sebulan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Setakat ini masih berjalan dengan lancar setiap bulan, tak ada mengelat lagi.

Kebetulan kami nak balik Segamat, alang-alang lalu Kuala Pilah tu jomlah kita belok masuk Seri Menanti kejap lalu pergi hiking. Pertama kali hiking Bukit Sikai bulan Jun yang lepas. Jadinya yang ni, hiking Bukit Sikai 2.0 lah gitu.

Sampai di pintu masuk Seri Menanti ni dah jam 7.04 pagi. Masih berkabus kebal. Harapnya dapatlah kita tengok awan karpet di puncak Bukit Sikai nanti.

Hiking Bukit Sikai

Tak lama pun naik Bukit Sikai ni. Kalau pace laju tu 10 minit dah sampai puncak dah. Kita ni masih pace leha-leha, 20 minit baru jejak kaki di puncak. Untuk laluan tu saya tak ambil gambar. Mungkin boleh rujuk dalam blogpost sebelum ni nak tahu trailhead Bukit Sikai.

Kami mula hiking jam 7.20 pagi dan sampai puncak jam 7.40 pagi. Laluan dia masih semak macam sebelum ni. Tapi laluan masih jelas. Kan bagus kalau ada yang baik hati menebas semak di situ. Lagi lapang lagi bagus. Risau kita kalau terpijak lubang.

Dulu-dulu, laluannya lapang dan terang macam jalan dalam ladang kelapa sawit. Bila dah semak ni, laluan dia jadi halus je lah. Kalau berselisih tu kena bagi laluan pada mereka yang nak naik.

Hiking Bukit Sikai

Dah sampai puncak, tak fikir lain dah. Fikir nak memotret dan rakam video je lah sebab dari jauh nampak kabus kepul-kepul macam awan karpet. Indah betul tengok depan mata.

Ingatkan tak ramai hiking di sini. Boleh tahan ramai juga di Bukit Sikai ni. Agaknya masing-masing mencari awan karpet. Nak mudah cepat sampai puncak dan dapat awan karpet, Bukit Sikai lah pilihan yang tepat.

Dan macam biasa, nak bergambar di hot spot tertentu kenalah beratur menunggu giliran. Kita pun tak berlamaan juga, faham orang lain nak bergambar juga kan. 

Hiking Bukit Sikai

Sementara yang ramai-ramai belum sampai atas lagi. Kita pulun bergambar sampai puas hati dulu. Nak duduk lama di batu ni. Tapi apakan daya, tak boleh berlamaan. Nanti marah orang belakang tunggu giliran nak bergambar. 

Hiking Bukit Sikai

Di batu yang lain, kita bergambar dengan papan tanda Bukit Sikai ni. Ke plaque nama dia? Entahlah. Bukit Sikai 280 M tinggi sikit daripada Bukit Kepayang.

Hiking Bukit Sikai

Tak lama bersantai di puncak ni. Jam 8.09 pagi kami gerak turun bawah untuk ke destinasi seterusnya. Apa lagi, cari makan lah. Sekian untuk rekod pace leha-leha di Bukit Sikai, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Hiking Bukit Sikai


8 comments:

  1. Dia punya rajin, nak balik Segamat pun sempat singgah hiking.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, best betul dapat hiking, melihat keindahan alam

    ReplyDelete
  3. Ya Allah cantiiik. Walopun awan karpetnya tak terlalu banyak, tp tetap indah sangat dilihat 😍😍😍. Rasa terbayar capek menuju puncaknya ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbaloi panjat bila dapat melihat awan karpet walaupun tak meriah. Alhamdulillah.

      Delete
  4. Akak baru sekali je pi sini..dah la kat kampung akak plak tu...memandanagkan Dania dah minat hiking ni boleh la ajak dia nanti..view awan carpet tu yang mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dekat ye ngan Kg akak. Kalau balik kampung, bolehlah singgah hiking jap. Ada geng, seronoklah. Setuju! Awan karpet tu yang mahal tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.