Idea Bekal Untuk Diet
Dulu, bekal encik suami nasi goreng, mi goreng, kuetiau goreng, maggi goreng. Pendek kata, semua jenis bergoreng lah. Typical menu sarapan pagi orang Malaysia lah katakan. Tapi sekarang kita amalkan pemakanan yang lebih sihat. Untuk sarapan je lah tapi.
Masih makan nasi untuk makan tengahari dan makan malam. Cuma porsi tu kita kurangkan lah sikit. Kadang terlebih makan juga kalau lauk sedap. Itu biasa.
Untuk menu pagi biasanya kami sarapan 2 biji telur rebus seorang dan kentang. Kentang tu saya potong wedges dan rebus. Kemudian toskan dan perasakan dengan garlic powder, cajun seasoning dan paprika untuk rasa pedas sikit.
Kentang tu saya masak pada malamnya. Esok pagi nak makan baru saya panggang sekejap atas non stick pan letak butter sikit. Sedap baunya dan rasa kentang pun sedap, buttery dan crispy sikit luarnya.
Untuk bekal encik suami pula,
- Telur rebus 2 biji potong empat
- kentang rebus yang diperasakan dan kemudian panggang
- butterhead
- cherry tomato
- kubis ungu
Kalau tak ada idea nak bawa bekal apa, bolehlah tiruvasi menu begini. Mudah dan sedap. Jimat belanja dan jimat masa untuk keluar makan tengahari. Sihat pun sihat.
Lagi satu, senaman juga perlu seiring. Buat sesuatu supaya bergerak bagi bakar kalori. Jangan sayang lemak sangat. Sesungguhnya sihat itu mahal harganya. Kita usaha, ayuh!
Bekal tak berapa nak aesthetic sangat. Susunan entah kemana. Nak cepat nak cepat nak cepat.
Wah…hampir sebulan dah makan gini, memang betul-betul disiplin ni Fiza 👍🏽
ReplyDeleteNak tirulah perasa kentang tu. Nampak lebih menarik dan rasa tentulah tambah sedap.
Alhamdulillah masih bertahan lagi kak. hihi...Boleh cuba nanti. Kot kena dengan selera akak .
Deletesedapnya bekal en suami fizah...en.suami saya xmau bekal macam ni,dulu saya biasa juga bawa bekal diet macam ni,tapi sekarang siap2 sarapan kat rumah,tengahari puasa,balik kerja petang baru makan
ReplyDeleteIkut selera masing-masing juga kan kak. Ada orang tak boleh makan macam ni. Okay juga macam tu. Makan berat siap-siap pagi, balik baru makan. Pun jimat sudah tu.
DeleteSedapnyaa
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteHubby kata kalau bekal, orang lain tengok je dia makan sorang2.
ReplyDeleteBekal Fizah dan suami, best tu. Simple dan sihat.
Kena semua bawa bekal baru boleh makan sama-sama. hihi..Alhamdulillah...Mudah-mudahan ada kebaikannya.
DeleteWak ni kerja kebun, kalau sarapan cari yang berat, biasanya nasilah
ReplyDeleteKalau kerja kebun memang kena makan berat wak untuk tenaga. Tapi takpe makan berat, banyak terbakar kalori tu.
DeleteNak tiru la, kena beli kentang banyak lepas ni, telur pun..
ReplyDeleteSila-sila. Kot kena dengan selera dan tak memudaratkan, bolehlah makan selalu.
DeleteSaya pun lagi sukaaa menu seperti ini kak. Sehat, dan sebenarnya cepat dibuat. Hemat waktu jadinya. Yg paling suka lagi, piring tak terlalu kotor Krn ini less bumbu kan 😄😄👍
ReplyDeleteBanyak kebaikannya bekal begini kan. Dia tak cepat sangat nak buat. Makan masa untuk rebus kentang. hihi..itu yang siapkan awal.
Deletekalau ammi yg siapkan bekal lagi haru susunannya fiza...lagi tak berseni.
ReplyDeletesemoga terus sihat
Janji sedap je sudah Ammi. Aesthetic tu jatuh nombor dua. hihi...
Deletesimple tapi menyelerakan
ReplyDeleteselalunya habis x bekal2 ni fiza?
Yep, yang penting sedap. Alhamdulillah sentiasa habis.
Delete