Header Ads

Ke Tempat Tengok Kapal Terbang Landing di MY Last Landing Point (KLIA) Pula

Dari AEON Nilai, singgah di Jalan Pekeliling KLIA (Kuala Lumpur International Airport) / Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bawa anak-anak buah tengok kapal terbang landing pula. Dah lama berhajat nak bawa mereka, baru ada kesempatan.

Walaupun dah beberapa kali datang, tapi saya tak reti jemu. Mulanya kami pergi di KLIA Cargo Landing Aircraft Spot, tempat biasa pergi tu. Tapi waktu tu kapal terbang berlepas pula. Kalau ambil gambar tu tak sedekat macam mendarat.

KLIA flight landing view location ni ada banyak di sepanjang Jalan Pekeliling KLIA ni. Dari KLIA sampai ke KLIA2. Pilih lah mana-mana spot yang menarik.

Mulanya nak berhenti di Anjung Spotter Observation deck tapi macam tak menarik pula. Sudahnya kami berhenti berdekatan dengan KLIA2 Security Post 6. 

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

Tengah panas pun sanggup tunggu kapal terbang berlepas. Selepas 3 buah kapal terbang berlepas, macam tak puas hati pula tak dapat tengok dengan lebih dekat. Encik suami pun bawa kereta pergi tempat lain pula. Kot ada rezeki mereka.

Akhirnya kami berhenti pula di MY Last Landing Point (KLIA) selepas Air Asia Landing Spot. Seronoklah mereka dapat tengok kapal terbang lebih dekat lagi. Dah dapat tengok dekat, takutlah pula dengan bunyi kuat tu.

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

Mulanya takut, lepas tu suruh Mak Ngah dia ni teman pula. Lepas teman barulah jadi pemberani si kakak ni.

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

Lepas berlalu 3 buah kapal terbang, barulah kami balik. Di sini semua Air Asia je lah tapi. Tak ada lah kapal terbang antarabangsa yang besar-besar tu. Jadilah kan buat budak-budak seronok. Tak boleh nak lepak lama-lama sebab masih panas jam 4 petang. 

Kalau petang-petang memang ramailah lepak dan boleh berlamaan sikit. 

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

My last landing point klia location

KLIA2 Runway 33 Landing Approach, 27, 43900, Selangor

هناك 8 تعليقات:

  1. Ohh best nya. Banyak kali nak pergi tapi tak sampai2.

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..belum berkesempatan nak sampai lagi tu. Tapi best lagi Puan Hajah dah banyak kali naik kapal terbang.

      حذف
  2. best kann amek gmbr OOTD kat klia landing spot nih,. wak pon dh 2 kali rasanye lepak kt tempat KLIA yg biasa tuh, bukan KLIA2 ;P

    ردحذف
    الردود
    1. Ambil gambar OOTD nice lah kat sini tempat landing. Kalau berlepas tu macam jauh sangat kapal terbangnya. Kat tempat biasa tu dia berlepas pula. Tu yang sampai ke KLIA2 nak cari yang mendarat punya pasal. Nanti pergi sini pulak wak.

      حذف
  3. seronok gak ek. tak pernah terfikir lah pulak this activity.

    ردحذف
    الردود
    1. Seronok juga lepak-lepak tengok kapal terbang mendarat di sini. Budak-budak lagilah seronok. Nanti bolehlah datang sini.

      حذف
  4. kat sini x penah g lg. tp kat batu maung penang penah. siap buat video ala2 kump U2🤣

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh bestnya. Susah betul nak ambil video macam tu kan. Kena angle kena betul.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.