Masuk Mini Petting Zoo Di AEON Nilai

Hari Sabtu lepas, luangkan masa bersama keluarga. Mereka semua dari kenduri di Seremban, kemudian jumpa di AEON Nilai sebelum balik KL. Bawa anak-anak buah jalan-jalan. Tak tahu nak kemana, ke AEON lah kita.

Lepas tu berjalan dalam mall macam tanpa arah tujuan sebab bukan nak shopping kan. Ikut je lah kaki kemana. Kami menuju ke tingkat 2 kot-kot ada permainan animal rides tu. Dapatlah budak-budak ni naik. Sekali tak ada daaa. Ada pusat permainan yang biasa terdapat di mall-mall tu je.
 
Tapi ada pula tarikan menarik di sini. Dino Land ke Adventure Park nama dia entah. Berhenti lah kejap kami di sini. Disini ada Dinosaur Adventure, Mini Petting Zoo dan Rumah Hantu.

Adik ipar dan biras berbincang nak masuk mana satu. Lagi berbaloi kalau beli pakej tiket sekali masuk 3 tempat ni. Tapi kami tak bercadang nak masuk pun. 

Mini Petting Zoo

Sudahnya biras masuk di Dinosaur Adventure dengan anaknya, si adik. Saya dan encik suami masuk dengan si kakak ke Mini Petting Zoo. Adik ipar dan mak mentua tak masuk, tunggu di luar je. Mereka lepak makan cendol di Penang Chendul berhadapan je dengan tempat ni.

Mini Petting Zoo
Rumah hantu tak ada yang masuk, entrance dia macam tak seram

Masuk-masuk je kami beli makanan RM1, ada lobak merah dan kacang panjang untuk bagi makan arnab dan guinea pig (tikus belanda). 

Mula-mula masuk dah nampak ular. Ular jagung (cornsnake) namanya. Mulanya tak nampak, dia menyorok di sebalik batu. Tapi pekerja tu pegang dan letakkan di depan. Katanya ular ni tak berbisa, corak dia macam ular sawa.

Kita ni berbisa ke tidak, tetap lah tak jadi seorang pemberani. 

Mini Petting Zoo

Ular ada satu ni je. Lepas tu bersusun lah jenis-jenis cicak. Cicak ni pula, kita tengok pun dah geli. Cicak biasa pun geli, inikan cicak bermacam-macam jenis. 

Mini Petting Zoo

Dalam geli-geli pun, nak juga tu ambil gambar. Dah masuk kan, tak kan pandang je. Ambil jugalah gambar buat modal untuk blog. Begitulah kehidupan seorang blogger. Kena ambil gambar untuk content blog. Kann...

Mini Petting Zoo

Banyak pula spesis cicak/gecko ni sampai lupa entah apa nama dia. Setiap haiwan ni ada diletakkan maklumatnya. Saya pun entah kenapa lupa nak ambil gambar maklumat tu sekali. Ini yang nak marah dengan diri sendiri ni. Layan je lah gambar ye.

Mini Petting Zoo

Berlalu pantas di bahagian cicak, sampai giliran hedgehog (landak kecil) pula. Ada beberapa ekor je dalam bekas kaca ni. 

Mini Petting Zoo

Okay, hamster pula. Teringat dulu pernah bela hamster. Tapi kejap je sebab lepas seekor mati, seekor lagi menyusul. Orang kata nak bela harmster ni kena bela berpasangan. Betul ke? Kalau tidak nanti cepat mati. Entahlah.

Mini Petting Zoo

Si kakak ni dia nak main dengan arnab je ni. Nak bagi makan tu je sebenarnya. Yang lain dia tak berapa minat nak tengok. Takut dan penggeli reptilia agaknya. Kita layankan je lah dia bagi makan arnab-arnab ni.

Mini Petting Zoo

Tak cukup beli satu bekas makanan, beli lagi satu bekas. Pekerja pun bagi lebih sikit. Terima kasih kakak yang peramah lagi baik hati bagi makanan lebih. Dapatlah si kakak ni lama sikit bagi makanan pada arnab dan juga guinea pig (tikus belanda).

Mini Petting Zoo

Susah betul nak ambil gambar guinea pig ni. Laju betul dia bergerak. Jadilah gambar begini. Pandanglah dengan mata seni. Anggaplah gambar ni satu seni yang cantik. 

Tak lama kami masuk, lebih kurang 10 minit lebih macam tu sebab tak banyak sangat haiwannya. Bahagian last yang ada arnab tu. Ada juga haiwan lain yang saya tak ambil gambar. 

Tak tahulah bila kewujudan tempat dia. Bersebelahan dengan kedai Sports Direct yang baru di buka. Nampak sangat jarang ke sudut ni walaupun kerap ke AEON Nilai. Yelah, kita ni jarang nak jalan-jalan tanpa arah tujuan. Tahu nak shopping, lepas tu balik.

Tiket masuk tak silap saya RM10. Ke RM12 entah. Nak kata berbaloi tu macam tak berbaloi sangat dengan harga sebab tak banyak haiwan dan kejap sangat masuk. Tapi kira berbaloilah juga bagi anak-anak kenal dan bermesra dengan haiwan.

8 comments:

  1. Replies
    1. Betul tu wak, tempat-tempat macam ni memang kesukaan anak-anak.

      Delete
  2. tak banyak tarikan kat situ ye..akak x pernah nampak plak sblom ni tempat ni..nanti la nak pi explore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak sangat dan tak luas mana. Budak-budak je lah seronok masuk sini.

      Delete
  3. minggu lepas ammi ke Aeon Nilai..tapi tak perasan pun. mungkin tak lalu kat sports direct kot. pegi pun laju2 je sebb nak kejarkan appt kat KK pukul 2 petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dekat area Sport Direct tu Ammi. Level atas. Kalau tak ke situ memang tak perasan.

      Delete
  4. sesekali layan gelagat haiwan mcm ni... boleh laa relaks sekejap...
    tikus belanda ni mmg geram je tgk...rs nk picit2🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Seronok tengok aksi dan kecomelan haiwan-haiwan berbulu ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.