Repeat Hiking Bukit Batu Sawa, Dapatlah Merasa Tengok Saki Baki Awan Karpet
Tak ada idea dah nak hiking bukit mana area Negeri Sembilan ni. Nak hiking Gunung Angsi dan Gunung Datuk macam malas. Nanti ambil masa lama nak turun naik. Lagipun dua gunung tu dah 2 kali naik.
Nak naik Gunung Berembun lagi lama dan jauh perjalanan dia. Gunung Tampin macam kurang menarik pula. Bukit Bal, dah lama tutup. Bukit Kristal macam tak ada orang naik dah. Ke dah tutup juga?
Pendakian kali ni saya tak beria ambil gambar. Sebab dah beria ambil gambar masa pertama kali hiking Bukit Batu Sawa bulan Februari yang lepas.
Bila dah nak sampai puncak trail mencanak tu saya dah pewai. Tapi better daripada sebelum ni lah. Kami sampai puncak jam 8.29am. Terlihat masih ada saki baki awan karpet. Cepat-cepat ambil gambar sebelum ia berlalu pergi.
Menariknya, dapat melihat pucuk pokok hutan merah (red forest) berwarna pink ni. Nampak menarik dan rare, terus saya potretkan. Tengok boleh, ambil jangan. Jangan sembarangan nak ambil apa-apa dalam hutan ni. Takut ada yang mengikut balik.
Hampir 2 jam juga turun naik campur masa berhenti ambil nafas dan bergambar. Kira okaylah tu kan. Dapat jugalah tengok awan karpet walaupun sikit. Kena datang lagi agaknya ni.
Nak naik Gunung Berembun lagi lama dan jauh perjalanan dia. Gunung Tampin macam kurang menarik pula. Bukit Bal, dah lama tutup. Bukit Kristal macam tak ada orang naik dah. Ke dah tutup juga?
Area Pilah dan Bahau, Bukit Senaling, Bukit Taisho dan Bukit Penarikan malas nak repeat sebab laluan dia banyak ladang kelapa sawit je. Dia tak berapa nak hutan sangat. Bukit Baginda macam ambil masa je nak hiking. Mencabar juga bila baca review.
Jadinya, kita repeat hiking Bukit Batu Sawa di Jelebu je lah. Masuk hutan sejuk sikit dan hutan pun cantik ada red forest.
Bukit Kepayang pula baru naik minggu lepas sebelumnya. Kita tukar angin naik Bukit Batu Sawa sekali lagi.
Jomlah kita terus mendaki. Orang depan kemain laju lagi tinggalkan kita di belakang.
Kami hiking pada 20 Julai yang lepas. Sampai di Bukit Batu Sawa jam 7.40 pagi. Dah agak lewat tapi semasa dalam perjalanan nampak masih berkabus lagi. Ada potensi nak tengok awan karpet ni kata encik suami.
Macam biasa, hari Sabtu memang ramai orang. Nampak penuh parkir di kawasan rumah orang tu. Tapi kami parkir di tempat parkir yang dekat dengan pos pengawal ni. Selepas lalu pos pengawal ada tempat parkir yang dekat sebelum homestay.
Sewaktu kami sampai di pondok pos pengawal untuk daftar dan beli permit tak ada orang. Turun nanti lah baru kita bayar.
Jomlah kita terus mendaki. Orang depan kemain laju lagi tinggalkan kita di belakang.
jam 7.47am |
Pendakian kali ni saya tak beria ambil gambar. Sebab dah beria ambil gambar masa pertama kali hiking Bukit Batu Sawa bulan Februari yang lepas.
7.58am |
Bila dah nak sampai puncak trail mencanak tu saya dah pewai. Tapi better daripada sebelum ni lah. Kami sampai puncak jam 8.29am. Terlihat masih ada saki baki awan karpet. Cepat-cepat ambil gambar sebelum ia berlalu pergi.
Dekat puncak ni jem ye. Beratur nak ambil gambar pun. Mana yang dah datang awal, ada yang tak mahu berganjak. Terpaksalah ambil pun.
Takkan nak halau pula. Ambil gambar pun kena cepat-cepat sebab dah ramai menunggu di belakang. Dahlah tempat sempit sikit di bahagian batu-batu ni.
Tak lama di sini sebab tak ada port nak lepak pun. Terus ke hot spot seterusnya di batu ni. Masih seram dan kurang berani nak berdiri. Kita duduk je lah. Pun beratur juga nak bergambar di sini. Itu belum lagi yang nak buat bermacam-macam style bergambar sampai puas hati. Hmmm...
Bila dah ramai-ramai terus jadi tak berapa nak healing. Tapi okaylah kita boleh bersatu dengan alam seketika. Neutralkan ion negative dalam badan bak kata Dato' Dr. Haji Fadzillah Kamsah.
Menariknya, dapat melihat pucuk pokok hutan merah (red forest) berwarna pink ni. Nampak menarik dan rare, terus saya potretkan. Tengok boleh, ambil jangan. Jangan sembarangan nak ambil apa-apa dalam hutan ni. Takut ada yang mengikut balik.
Red Forest yang mendamaikan. Malas nak lepak lama di sini. Lepas bergambar terus turun. Sebelum turun, bergambar sekali lagi.
pandangan dari bawah |
Hampir 2 jam juga turun naik campur masa berhenti ambil nafas dan bergambar. Kira okaylah tu kan. Dapat jugalah tengok awan karpet walaupun sikit. Kena datang lagi agaknya ni.
aaaa bestnya dapat tengok awan karpet. selama ni kalau hiking tak pernah pergi tempat yg ada awan hahaha. bila sampai puncak mmg bukan tempat awan. lebih kepada tanah rata. HAAHHAH.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki. Kita pun banyak kali gagal juga. Kalau macam tu, nanti kena pergi tempat hiking yang ada awan karpet lah gitu. Hehe...
Deletecantik dah tu awan karpet., hehe
ReplyDeleteHihi..ada lah juga merasa tengok sikit kan wak.
DeleteSyukurlah masih dapat awan karpetnya kak 😍😍😍. Itu pun tetap terlihat cantik di foto 👍👍
ReplyDeleteAlhamdulillah...dapat juga menikmati saki baki awan karpet. Photo nampak cantik apatah lagi in real depan mata.
Deletecantik...tapi kenapa ntah ammi belum ada impian untuk nak hiking. nak briskwalk habiskan 3km pun semput kejap2 tgk jam dah 3km ke belum haha
ReplyDeleteHihi...faham faham. Dia bergantung pada minat masing-masing. Kalau minat dia akan jadi lagi syok. Kann...
Deleteyeeaaa... sempat bergambar dengan awan karpet, sekurang2nya takdelah rasa teringat2 kan..
ReplyDeleteDapatlah juga walaupun sikit. Betul tu, selagi tak dapat kita teringat ingat nak hiking situ.
Delete