Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe Selepas Hiking
Alang-alang dah sampai Seri Menanti tu, jomlah kita sarapan di Buyau Hill’s View Weekend Café selepas hiking Bukit Sikai. Kedai makan ni hanya buka hari Sabtu dan Ahad je. Jadi, dah ada peluang tu haruslah kita singgah makan.
Apa yang menariknya Buyau Hill’s View Weekend Café ni berlatarbelakangkan bukit bukau di kawasan kampung dengan permandangan semulajadi yang menghijau disekelilingnya. Di hadapannya pula ada kawasan kebun yang diberi nama Ereen Azlina Plantation selaku pemilik kedai makan ni.
Macam biasa saya pesan minuman panas, cappucino dan encik suami pilih macchiato.
Agak lama sikit menunggu pesanan sampai. Bila sampai minumannya, menyesal pula pesan air cappucino ni sebab rasa manis walaupun nampak susu tu sikit je. Kita dah biasa kurangkan manis. Bila manis sikit memang terasa lah. Minta air masak suam lepas tu.
Terkejut bila air encik suami sampai. Kemain tinggi betul cawannya. Walaupun dia tinggi, tak bermakna air tu banyak ye. Sama banyak dengan cawan lebar tapi rendah. Sama je isipadu airnya. Saja tampilkan kelainan agaknya.
Kemudian sampailah makanan yang kami pesan. Bau harum nasi lemak dengan daun pandan tu membangkit selera betul. Tapi sayangnya sambal tak pedas dan nasinya agak lembik sikit. Mungkin sebab baru lepas masak. Kalau ada yang suka tu, sukalah. Lain orang lain seleranya kan.
Sebelum datang saya letak harapan yang tinggi untuk rasa nasi lemak yang sedap. Tapi agak kecewa sikitlah di situ sebab kurang sikit. Tak pe, kalau singgah lagi kita cuba menu yang lain pula. Banyak juga pilihan menu yang menarik.
Bukan hanya tempat makan yang menarik. Boleh juga naik ATV ronda-ronda di sekitarnya. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di TikTok tuan kedai. Tapi masa saya datang, tak nampak pula kelibat ATV. Mungkin masih awal lagi masa tu kot.
Nak datang sini boleh waze 'Ereen Azlina Plantation'.

Sebelum ni kami pernah nak singgah makan di sini tapi masa tu ada event pula di situ. Ini kalilah baru ada rezeki menjamu selera di sini.
Kami sampai dalam jam 8 lebih macam tu. Ada 2 meja dah berpenghuni. Okaylah masih awal dan tak ramai orang. Kami pilih meja yang berhampiran di jalan sebab permandangannya lagi cantik.
Kami sampai dalam jam 8 lebih macam tu. Ada 2 meja dah berpenghuni. Okaylah masih awal dan tak ramai orang. Kami pilih meja yang berhampiran di jalan sebab permandangannya lagi cantik.
Tidak lama duduk, pekerja datang ambil pesanan. Banyak juga pilihan menu yang ada. Saya pilih nasi lemak biasa je. Encik suami nak pesan nasi lemak ayam rendang, tak ada lah pula. Sudahnya pesan nasi lemak telur mata je lah dia.
Macam biasa saya pesan minuman panas, cappucino dan encik suami pilih macchiato.
Agak lama sikit menunggu pesanan sampai. Bila sampai minumannya, menyesal pula pesan air cappucino ni sebab rasa manis walaupun nampak susu tu sikit je. Kita dah biasa kurangkan manis. Bila manis sikit memang terasa lah. Minta air masak suam lepas tu.
Terkejut bila air encik suami sampai. Kemain tinggi betul cawannya. Walaupun dia tinggi, tak bermakna air tu banyak ye. Sama banyak dengan cawan lebar tapi rendah. Sama je isipadu airnya. Saja tampilkan kelainan agaknya.
Kemudian sampailah makanan yang kami pesan. Bau harum nasi lemak dengan daun pandan tu membangkit selera betul. Tapi sayangnya sambal tak pedas dan nasinya agak lembik sikit. Mungkin sebab baru lepas masak. Kalau ada yang suka tu, sukalah. Lain orang lain seleranya kan.
Sebelum datang saya letak harapan yang tinggi untuk rasa nasi lemak yang sedap. Tapi agak kecewa sikitlah di situ sebab kurang sikit. Tak pe, kalau singgah lagi kita cuba menu yang lain pula. Banyak juga pilihan menu yang menarik.
Selain meja di tepi jalan berlatarbelakangkan bukit bukau permandangan kampung, ada juga meja berhampiran tepi anak sungai.
Best betul suasana bersarapan pagi di Buyau Hill’s View Weekend Café ni. Berkabus sejuk di kawasan kaki bukit. Memang syoklah sambil menghirup kopi panas dan makanan panas-panas. Harga pun berpatutan.
Bukan hanya tempat makan yang menarik. Boleh juga naik ATV ronda-ronda di sekitarnya. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di TikTok tuan kedai. Tapi masa saya datang, tak nampak pula kelibat ATV. Mungkin masih awal lagi masa tu kot.
Nak datang sini boleh waze 'Ereen Azlina Plantation'.
sejuk mata memandang suasana bukit bukau....saya pun agak cerewet bab nasi lemak,susah nak dapat yang sambal dan nasi yg sedap
ReplyDeletePermandangan dia memang superb. Betul betul. Susah nak dapat yang betul betul menikmati selera.
DeleteMenariknya tempat ni Fieza
ReplyDeleteSangat menarik. Nanti dah kembali ke Pilah bolehlah ke sini on weekend.
DeleteSuasana dia agak premium nampaknya!
ReplyDeleteYa, mahal untuk suasananya. Bolehlah sesekali singgah makan di sini.
DeleteNasi lemak ni kalau tak ngam dia punya nasi atau pun sambal memang boleh potong selera kan Fizah. Tapi kalau cukup rasa, memang hendak ulang makan pada masa yang lain.
ReplyDeleteBetul tu Kak Amie. Dia jadi patah selera bila ada yang kurang. Dapat yang sedap, tak pandang kiri kanan dah. hihi...
Deletewahhh bestnya viewwwwwwwwwww <3
ReplyDeleteViewnya memang superb!
DeleteHahahaha memang nampak tinggi gelasnya ya kak 🤭🤭.
ReplyDeleteSayaaang sekali sambal nasi lemak tak pedas. Saya pun akan kecewa. Sama macam saya ke wanjo nasi lemak pas di KL, tp disspointed lah, Krn sambalnya manis 😅😅. Saya dah expect sambal pedas ternyata tidak.
Tapi memang selera kan... Ada orang yg memang suka sambal pedas, tp ada juga yg senang sambal manis.
Ya, memang tinggi betul. hihi..Itulah tu, sambal dia kurang pedas. Saya pun expect pun sambal pedas sebab kawasan kampung kan.
DeleteMungkin dia tak berapa pedas untuk semua orang boleh makan termasuk kanak-kanak.
Ni kat sebelah mana ye Fiza...akak keliru plak...
ReplyDeleteBelakang Istana Sri Menanti, ada laluan tepi tu terus ke kampung Buyau. Nanti boleh waze Ereen Azlina Plantation. Sure sampai. Trylah pergi nanti kak.
Delete