Setelah Sekian Lama Tak Mencekodok Pisang
Rasa macam lama dah cerita perihal masak-masak. Bukan tak masak tapi malas nak masukkan dalam blog. Malas nak memotret satu hal juga. Ini pun kebetulan ada kerajinan nak potretkan cekodok pisang untuk dijadikan cerita dalam blog.
Rezeki kalau balik kampung, ada je pisang yang masak. Mak mentua bagi setandan pisang. Setandan tau! Saya potong sisir pisang dan peram sampai masak. 2 sisir dah selamat bagi jiran, 4 sisir encik suami bawa di tempat kerja dan selebihnya 2 sisir tinggal untuk kami.

Dapatlah buat cekodok setelah sekian lama tak mencekodok pisang. Kami dah jemu makan pisang. Kalau tak silap, pisang kapas. Itu yang kalau bawa dari kampung, kita bahagi-bahagi kan je.
Saya suka jenis cekodok pisang rangup di luar tapi lembut di dalam. Saya malas nak lenyek, kisarkan je pisang. Lepas tu masukkan dalam tepung gandum bersama garam sikit, gula dan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kacau rata, panaskan minyak dan sudukan adunan satu-satu dalam minyak panas.
Saya suka letak soda bikarbonat ni, dia jadi rangup, lembut di dalam dan tak melekat. Resipi rahsia dari kakak saya. Lagi sedap kalau dibiarkan warna tu gelap sedikit. Kannn...
Saya suka jenis cekodok pisang rangup di luar tapi lembut di dalam. Saya malas nak lenyek, kisarkan je pisang. Lepas tu masukkan dalam tepung gandum bersama garam sikit, gula dan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kacau rata, panaskan minyak dan sudukan adunan satu-satu dalam minyak panas.
Sedapnya makan cekodok pisang dan kopi panas. Walaupun rupa bentuknya tak seberapa cantik, rasa sedap dia buat teringat-ingat.
Ammi pulak tak pernah langsung buat cekodok pisang
ReplyDeleteRare ni Ammi. Kira pecah rekod juga.
DeleteFeveret koi nih (^^,)
ReplyDeleteYeah, favourite rakyat Malaysia 😁
Deleteenak tuh Cik, krn bahan dasar pisang jadi mengenyangkan
ReplyDeleteYa, enak. Bukan setakat kenyang, malah sedap.
Deletesedapnyaa
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap.
DeleteThank you for the tips kak 😍😍. Tak pernah pakai soda bikarbonat selama ini. Oke, next bikin godok-godok pisang (di sini disebut itu) , saya akan pakai soda bikarbonat juga
ReplyDeleteBoleh cuba nanti, secubit pun dah memadai. Ohhh di sana sebut godok godok pisang rupanya.
Delete