Responsive Ad Slot

Slider

Bab 9 : September 2024

Bab 9 : September 2024, Cuti umum/ Public holidays September 2024 dan sambutan pada bulan September
Bulan Ogos sudah berlalu dengan kisahnya. Sekarang kita dah beralih ke muka surat baru, bab 9 bulan September tahun 2024. 3 bulan lagi kita bakal tutup buku 2024 pula.

31 Ogos dua hari lepas, negara kita Malaysia sudah pun menyambut Hari Kebangsaan Ke-67 dengan tema 'Malaysia Madani: Jiwa Merdeka'. 

Semoga negara kita Malaysia terus hidup aman damai, harmoni, bertambah semangat perpaduan demi negara tercinta, Malaysia.

September 2024

Page 245/366
Wherever life plants you,
bloom with grace.

Apa yang menarik di bulan September 2024 ni? Mestilah nak tengok cuti kan. Cuti tak banyak bulan September ni cuma ada satu je cuti umum, 16 September iaitu Maulidur Rasul dan Hari Malaysia 2024 pada hari yang sama. Tiada cuti ganti. Jadi, cuti sehari je lah. 

Cuti umum/ Public holidays September 2024

  • 1 September – Cuti Hari Kebangsaan (Kelantan & Terengganu)
  • 16 September  – Maulidur Rasul (Cuti Umum)
  • 16 September – Hari Malaysia (Cuti Umum)
  • 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
  • 30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)

Sambutan pada bulan September

  • Ahad Terakhir September – Sambutan Hari Sungai Sedunia (World River Day)
  • 5 September – Sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa (International Day of Charity)
  • 10 September – Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa (World Suicide Prevention Day)
  • 11 September – Sambutan Hari Patriot (Patriot Day)
  • 15 September – Sambutan Hari Demokrasi Antarabangsa (International Day of Democracy)
  • 16 September – Maulidur Rasul (Prophet Muhammad's Birthday)
  • 16 September – Sambutan Hari Malaysia (Malaysia Day
  • 16 September – Sambutan Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa (International Day for the Preservation of the Ozone Layer)
  • 21 September – Sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api (Zero Emission Day)
  • 21 September – Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa (International Day of Peace)
  • 22 September – Sambutan Hari Tanpa Kereta (Car Free Day)
  • 26 September – Sambutan Hari Kawalan Kehamilan Sedunia (World Contraception Day)
  • 27 September – Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (World Tourism Day)
  • 28 September – Sambutan Hari Penyakit Anjing Gila Sedunia (World Rabies Day)
  • 29 September – Sambutan Hari Jantung Sedunia (World Heart Day)

Cuti tak banyak tapi ada banyak sambutan di bulan September ni.  
12
( Hide )
  1. Happy September, Fizah! Banyak juga sambutan dan acara bulan ni ye…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy September juga Kak Farrah. Yaa banyak sambutannya.

      Delete
  2. September pun banyak kenangan buat keluarga kami. Kejap je masa. Thanks for sharing sambutan bulan September :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastinya kenangan yang tak akan dilupakan. Memang, kejap je masa berlalu kan. Sama-sama.

      Delete
  3. Selamat datang ke bulan baru, bulan September 2024

    ReplyDelete
  4. Selamat datang september ...bulan persedian hadapi tahun 2025

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ramai dah bersiap awal untuk persediaan tahun depan.

      Delete
  5. tapi hari selasa kami tak cuti. sampai isnin je waaaaaaa nak cuti panjang jugakkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly ramai yang tak cuti. Kerja jugaklah jawabnya kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu