Braces Monthly Review 3 Bulan
Rasa macam sekejap betul masa berlalu, tahu-tahu dah kena pergi temujanji seterusnya untuk braces monthly review. Mana tidaknya, tak sampai sebulan pun. Kali terakhir 31 Julai, lepas tu temujanji seterusnya 24 Ogos.
Jadi, kejap je lah dapat pakai getah O ring warna midnight purple tu. Kali ni temujanji dengan doktor lain pula. Dr. C. Mula-mula dulu dengan Doktor M, lepas tu 2 kali dengan Doktor A.
![Braces Monthly Review 4 Bulan Braces Monthly Review](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj82DGg2lxOJxz0MOIfSFOWkFSbNRYmx8jIVPDsRjnbL63axRVyLOLJ083J4TV7Jhth9ZWbFjkPppV4IuyvSQfw8xzu94cJwdylt76wlvY5uXytAsuGGwIr26F6_l2WIfMhxd_Q6zSIV3meRglH79ePy7xzah1K_QlQoOmU3VDjQ-MLpXDfLdZBRUlHLTX3/s16000-rw/mirror%20wefie.webp)
Sebelum masuk bilik doktor, jomlah kita pilih warna getah O ring dulu. Saya memang dah pilih awal nak warna apa. Tapi sajalah nak tengok kot ada warna menarik yang lain. Macam biasa ambil gambar dulu untuk buat rujukan warna akan datang. Senang nak pilih.
![Braces Monthly Review 4 Bulan Braces Monthly Review](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAxHD8nPFE5PVvFKiXsv45VSrljHDFjrsoh2AUNMbDtzDXT0lJXg39L5G43Vw-zX2sJdO0hTsMr_JYhIi_P1QCdeJoTIvS3Xoj4A2rsdiuHQRdBZIkV5XKidiB0bFqdteFLpZJcFiBGlrPwSBlJQQBgIzdljOJYlJjh079FuIfIXSyBBHfo-cIUy-oG44a/s16000-rw/warna%20getah%20O%20ring%20braces.webp)
Untuk bulan keempat ni saya pilih warna midnight blue. Setelah dikaji, warna ni warna awam. Ramai pemakai pendakap gigi pilih warna ni. Sebabnya tak mudah bertukar warna dan gigi nampak lebih putih.
![Braces Monthly Review 4 Bulan Braces Monthly Review](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEdHplrBc6Bsv9TuCYnGu1pn_TIsBCGPQMf2MkWuMJcHKBE9Q4zscesXurZWRgOulJ_brBg-cWri04IJFRlVhb6ygRNG0Cof5O1akuK-KfeqhyhSx2dUmndlUURP-wR2aLyqJr-hXFfeH9PF3fD9DH8QQ5WiZYRi9ZNUn-xHOOCVlGveEsOmUkeHN0kfBH/s16000-rw/Getah%20O%20ring%20braces-midnight%20blue.webp)
Untuk temujanji kali ni hanya tukar getah O ring sahaja. Doktor kata gigi depan bawah ni belum tegak betul lagi. Jadi, tukar getah O ring untuk ketatkan sahaja. Okay, baiklah doktor.
Bila hanya tukar getah O ring je. Jadinya taklah rasa sakit pun selepas itu. Masih boleh makan macam biasa. Tapi tetaplah pantang makan makanan keras-keras. Bukan apa, risau bracket tercabut. Malas nak pergi jumpa doktor pun ye juga. Cukuplah sebulan sekali je.
Update terkini 15 September 2024, getah O ring dah bertukar warna hijau gelap sebab makan lauk berkunyit. Ingatkan tak bertukar warna sangat. Sekali dia bertukar hijau terus ye. Ye lah kan, warna biru dan kuning kalau bergabung memang jadi warna hijau.
Jadi, kejap je lah dapat pakai getah O ring warna midnight purple tu. Kali ni temujanji dengan doktor lain pula. Dr. C. Mula-mula dulu dengan Doktor M, lepas tu 2 kali dengan Doktor A.
Lepas daftar di kaunter bawah, terus naik tingkat atas. Tak ada orang. Sempat kita bergambar dulu ye.
![Braces Monthly Review 4 Bulan Braces Monthly Review](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj82DGg2lxOJxz0MOIfSFOWkFSbNRYmx8jIVPDsRjnbL63axRVyLOLJ083J4TV7Jhth9ZWbFjkPppV4IuyvSQfw8xzu94cJwdylt76wlvY5uXytAsuGGwIr26F6_l2WIfMhxd_Q6zSIV3meRglH79ePy7xzah1K_QlQoOmU3VDjQ-MLpXDfLdZBRUlHLTX3/s16000-rw/mirror%20wefie.webp)
Sebelum masuk bilik doktor, jomlah kita pilih warna getah O ring dulu. Saya memang dah pilih awal nak warna apa. Tapi sajalah nak tengok kot ada warna menarik yang lain. Macam biasa ambil gambar dulu untuk buat rujukan warna akan datang. Senang nak pilih.
![Braces Monthly Review 4 Bulan Braces Monthly Review](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAxHD8nPFE5PVvFKiXsv45VSrljHDFjrsoh2AUNMbDtzDXT0lJXg39L5G43Vw-zX2sJdO0hTsMr_JYhIi_P1QCdeJoTIvS3Xoj4A2rsdiuHQRdBZIkV5XKidiB0bFqdteFLpZJcFiBGlrPwSBlJQQBgIzdljOJYlJjh079FuIfIXSyBBHfo-cIUy-oG44a/s16000-rw/warna%20getah%20O%20ring%20braces.webp)
Untuk bulan keempat ni saya pilih warna midnight blue. Setelah dikaji, warna ni warna awam. Ramai pemakai pendakap gigi pilih warna ni. Sebabnya tak mudah bertukar warna dan gigi nampak lebih putih.
![Braces Monthly Review 4 Bulan Braces Monthly Review](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEdHplrBc6Bsv9TuCYnGu1pn_TIsBCGPQMf2MkWuMJcHKBE9Q4zscesXurZWRgOulJ_brBg-cWri04IJFRlVhb6ygRNG0Cof5O1akuK-KfeqhyhSx2dUmndlUURP-wR2aLyqJr-hXFfeH9PF3fD9DH8QQ5WiZYRi9ZNUn-xHOOCVlGveEsOmUkeHN0kfBH/s16000-rw/Getah%20O%20ring%20braces-midnight%20blue.webp)
Untuk temujanji kali ni hanya tukar getah O ring sahaja. Doktor kata gigi depan bawah ni belum tegak betul lagi. Jadi, tukar getah O ring untuk ketatkan sahaja. Okay, baiklah doktor.
![Braces Monthly Review 4 Bulan Braces Monthly Review](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh38Y3t-Uw0HkzRHEpQGqSyTr6oHe3DK1a_GPXUNLRMIiZinb5gF9e7xBBjKMf9sn-8Hj2qmiVZUwi1AmwK8VG8l8if8OZT3m5OWfCHokHsDKlVPaBGWiYPfImAiU2w4QDHafTQBCLzdVVhOEAptAxcGEd0KIfoRS19Vbo1E55o18wuE6nKJ0JcE00LTYcv/w482-h640-rw/Braces%20Monthly%20Review-Tukar%20getah%20O-ring.webp)
Harap cepatlah sikit gigi tu menegak. Bolehlah kita bergerak ke rancangan doktor seterusnya. Tak sabar nak tengok progress gigi dan hasilnya. Tapi ye lah, pakai conventional braces ni dia lambat sikit berbanding self ligating braces. Kenalah sabar.
Update terkini 15 September 2024, getah O ring dah bertukar warna hijau gelap sebab makan lauk berkunyit. Ingatkan tak bertukar warna sangat. Sekali dia bertukar hijau terus ye. Ye lah kan, warna biru dan kuning kalau bergabung memang jadi warna hijau.
So lepas ni tak payah pakai biru dah sebab saya bukan peminat hijau.
Cantik jugak warnanya light. Aduh, sy takut jumpa doktor gigi. Semua doktor sy takutlah.. tak ada pulak kawan sy jadi doktor, mungkin kurang sikit takut bila jumpa doktor yang kawan kita, hihi.
ردحذفDulu memang takut. Sekarang tak lagi. Untung sangat kalau ada kawan doktor kan. Kurang sikit rasa takut tu.
حذفkan kak SK...ammi pun nak gi buat scaling pikir berkali2
حذفKena berani juga Ammi. hihi...
حذفSuka pulak tengok warna2 getah tu. Moga dipermudah kan semua urusan.
ردحذفItulah tu, rasa teruja tengok setiap kali nak tukar.
حذفAamiin...Terima kasih mendoakan untuk saya.
midnight purple tu nampak cantik
ردحذفA'ah nampak cantik juga warnanya. Itu yang pilih tu.
حذفOoh baru tahu yang kaler2 kat braces tu O ring namanya. Banyak juga pilihan warna yang ada.
ردحذفMidnight blue tu memang nampak lagi natural dan kemas.
Ya, getah O ring namanya. Pilihan warna pun banyak. Ya, warna mignight blue menarik dan ramai pilih.
حذفTahun 1993, saat saya pasang braces belum ada karet warna warni begini. Semua warna sama 😄😄. Coba seandainya sudah ada, pasti saya pilih warna fav saya juga 😁. Yg penting bukan merah. Dikira cabe menyangkut pula 🤭😅
ردحذفLama sudah berlalu. Sekarang bersama retainer lah pulak kan. hihi..yang konversional ni menariknya boleh tukar warna getah tapi process perlahan sedikit. Hihi... saya pula sebaliknya. Suka warna maroon, fushcia begitu.
حذفoooo macam tu rupanya o ring.. ada macam-macam warna tu laa daya tarikan nak pakai braces ni....
ردحذفYa..kalau pilih konversional braces bolehlah tukar-tukar getah. Kalau yang self ligating tu tak bolehlah. hihi...
حذفIni lama lagi untuk bebas pakai pendakap gigi ya? Semoga berjalan lancar perjalanan untuk betulkan gigi.
ردحذفYa, lambat lagi kak. Terima kasih.
حذفAamiin...