Cendawan Busut Musim Hujan
Terlupa pula nak masukkan kisah cendawan busut ni yang dah berlalu bulan Mei haritu. Punyalah lama peram dalam draft. Itulah penangan bila mood dah ke lautan Atlantik. Tak pandai nak balik semula.
Cendawan busut ni mak saya bekalkan bawa balik. Siap dibekalkan sekali daun kunyitnya untuk masak air. Masaknya mudah je. Didihkan air tambah garam sikit dan daun kunyit. Lepas dah mendidih tu baru masukkan cendawan busut yang dah dibersihkan.
Begitulah cara mak saya masak. Ringkas tapi sedap. Rasa cendawan yang asli ditambah pula aroma daun kunyit. Memang sedap! Cendawan busut ni biasanya akan tumbuh selepas hujan. Kalau musim hujan, banyaklah dia tumbuh.
Teringat pula kenangan bila ketikanya arwah abah balik dari kebun. Kalau musim hujan tu ada je bekalan cendawan busut abah bawa. Dibungkus elok dengan daun keladi kadang. Makan segar-segar selepas dituai tu. Sedap betul! Alahaiii rindunya segala kenangan tu.
Gambar cendawan dah dimasak tak sempat nak dipotretkan. Masa tu tengah malas kan. Segala benda malas. Disampuk hantu malas agaknya. Tapi adalah gambar dalam entry lama, cendawan busut masak air.
Dulu gambar asal boleh je. Janji dapat masuk blog. Cendawan ni orang kampung bagi kat mak saya kalau tak silap lah. Tak pernah lagi ada di kawasan rumah. Biasanya oang kutip di kebun-kebun.
Nampak sedap betul cendawan busut ni. Tapi saya tak pandai. ada nampak cendawan yang tumbuh di kawasan rumah lebih lebih lagi di kawasan batang pokok yang lama. Cuma saya tak pasti boleh makan ke tal
ReplyDeletePada saya, sedaplah. Cendawan ni kena tanya yang lebih pakar, risau terambil yang beracun tak boleh makan tu.
DeleteYang simple selalu sedap. Sini panas, memang tak tumbuh cendawan ni kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah...hihi..kalau panas, barangkali tak tumbuh lah dia.
Deletemasak tumis sup sedappnya. kalu dulu2 kan bangun pg nampak cendawan ni dkt pokok2 tepi umahh seronok nya kutip.
ReplyDeleteA'ah sedap. Tumis dulu pun sedap juga. Wah tepi rumah je ada. Senang mengutip
DeleteAda orang pesan kena hati2 pilih cendawan busut ni....
ReplyDeleteBetul tu uncle. Risau tersalah ambil jadi macam ada kes sebelum ni kan. Kalau tak tahu better jangan.
DeleteJarang Makan cendawan busut ni ..Nanti nak try la 🤩
ReplyDeleteSusah juga nak jumpa cendawan ni. Kalau kat pasar tani mungkin ada. Boleh cuba beli nanti.
DeleteCendawan busut ni memang susah nak dapat
ReplyDeleteYe, betul tu. Kalau dapat tu rezeki.
DeleteSaya lupa nama jamur ini dalam BHS Indonesia. Tp dulu babysitter saya sering buat. Ditumis pedas, memang sedap 😍😍
ReplyDeleteCendawan ni masak ringkas begini sudah sedap, inikan masakan yang bertumis.
Deletecampur dengan daging goreng kunyit pun sedap niiii
ReplyDeleteWahh menarik juga tu. Tak pernah buat lagi kombinasi cendawan busut dan daging goreng kunyit.
Deletemasak goreng kunyit sodap nih..
ReplyDeleteNampaknya ramai yang menggemari masakan cendawan goreng kunyit ni. Boleh cuba lah nanti.
DeleteSedap rasa cendawan busut ini, rasa berdaging. Rindu pula hendak makan. Bukan selalu dapat makan.
ReplyDeleteSemoga murah rezeki orang yang memberi cendawan busut itu.
Betul, sedap rasa dia. Kalau dapat tu, nikmat dapat makan.
DeleteAaminn...
Ya ampun!
ReplyDeleteBerpuluh tahun tak jumpa cendawan busut apatah lagi hendak menikmatinya!
rezeki sangat kalau dapat cendawan busuk.
Enaknya tidak terperi!
Rezeki sangat dapat makan cendawan busut ni kan kak Amie. Yang pernah rasa je tahu sedapnya macamana. Inikan pula sesekali dapat. Sangat menikmatinya.
Delete