Header Ads

Cendawan Busut Musim Hujan

Terlupa pula nak masukkan kisah cendawan busut ni yang dah berlalu bulan Mei haritu. Punyalah lama peram dalam draft. Itulah penangan bila mood dah ke lautan Atlantik. Tak pandai nak balik semula.

Cendawan busut ni mak saya bekalkan bawa balik. Siap dibekalkan sekali daun kunyitnya untuk masak air. Masaknya mudah je. Didihkan air tambah garam sikit dan daun kunyit. Lepas dah mendidih tu baru masukkan cendawan busut yang dah dibersihkan.

Cendawan Busut

Begitulah cara mak saya masak. Ringkas tapi sedap. Rasa cendawan yang asli ditambah pula aroma daun kunyit. Memang sedap! Cendawan busut ni biasanya akan tumbuh selepas hujan. Kalau musim hujan, banyaklah dia tumbuh.

Teringat pula kenangan bila ketikanya arwah abah balik dari kebun. Kalau musim hujan tu ada je bekalan cendawan busut abah bawa. Dibungkus elok dengan daun keladi kadang. Makan segar-segar selepas dituai tu. Sedap betul! Alahaiii rindunya segala kenangan tu.

Gambar cendawan dah dimasak tak sempat nak dipotretkan. Masa tu tengah malas kan. Segala benda malas. Disampuk hantu malas agaknya. Tapi adalah gambar dalam entry lama, cendawan busut masak air.

Dulu gambar asal boleh je. Janji dapat masuk blog. Cendawan ni orang kampung bagi kat mak saya kalau tak silap lah. Tak pernah lagi ada di kawasan rumah. Biasanya oang kutip di kebun-kebun.

هناك 22 تعليقًا:

  1. Nampak sedap betul cendawan busut ni. Tapi saya tak pandai. ada nampak cendawan yang tumbuh di kawasan rumah lebih lebih lagi di kawasan batang pokok yang lama. Cuma saya tak pasti boleh makan ke tal

    ردحذف
    الردود
    1. Pada saya, sedaplah. Cendawan ni kena tanya yang lebih pakar, risau terambil yang beracun tak boleh makan tu.

      حذف
  2. Yang simple selalu sedap. Sini panas, memang tak tumbuh cendawan ni kan.

    ردحذف
  3. masak tumis sup sedappnya. kalu dulu2 kan bangun pg nampak cendawan ni dkt pokok2 tepi umahh seronok nya kutip.

    ردحذف
    الردود
    1. A'ah sedap. Tumis dulu pun sedap juga. Wah tepi rumah je ada. Senang mengutip

      حذف
  4. Ada orang pesan kena hati2 pilih cendawan busut ni....

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu uncle. Risau tersalah ambil jadi macam ada kes sebelum ni kan. Kalau tak tahu better jangan.

      حذف
  5. Jarang Makan cendawan busut ni ..Nanti nak try la 🤩

    ردحذف
    الردود
    1. Susah juga nak jumpa cendawan ni. Kalau kat pasar tani mungkin ada. Boleh cuba beli nanti.

      حذف
  6. Saya lupa nama jamur ini dalam BHS Indonesia. Tp dulu babysitter saya sering buat. Ditumis pedas, memang sedap 😍😍

    ردحذف
    الردود
    1. Cendawan ni masak ringkas begini sudah sedap, inikan masakan yang bertumis.

      حذف
  7. campur dengan daging goreng kunyit pun sedap niiii

    ردحذف
    الردود
    1. Wahh menarik juga tu. Tak pernah buat lagi kombinasi cendawan busut dan daging goreng kunyit.

      حذف
  8. الردود
    1. Nampaknya ramai yang menggemari masakan cendawan goreng kunyit ni. Boleh cuba lah nanti.

      حذف
  9. Sedap rasa cendawan busut ini, rasa berdaging. Rindu pula hendak makan. Bukan selalu dapat makan.
    Semoga murah rezeki orang yang memberi cendawan busut itu.

    ردحذف
  10. Ya ampun!
    Berpuluh tahun tak jumpa cendawan busut apatah lagi hendak menikmatinya!
    rezeki sangat kalau dapat cendawan busuk.
    Enaknya tidak terperi!

    ردحذف
    الردود
    1. Rezeki sangat dapat makan cendawan busut ni kan kak Amie. Yang pernah rasa je tahu sedapnya macamana. Inikan pula sesekali dapat. Sangat menikmatinya.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.