Dah Pandai Masak Asam Pedas
Tudiaa dalam kuali saya sajikan untuk blog. Sekarang ni cukup malas ye nak setup props ambil gambar. Ini kira asbol (asal boleh) je lah. Semalam, punyalah teringin nak makan asam pedas. Jadi, sajalah cuba-cuba masak ikut resipi di Youtube.
![Dah Pandai Masak Asam Pedas Dah Pandai Masak Asam Pedas](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrnvO46ki87WJuXwQ0-BgOuCDVJl9EraWww7Ydv1pxWn9F22Cfcp_9t0T3kOCR3e0ynikUwtIdon8Ju5IvujWCBh2HNauLqB45_5aji4k9Y2u9CcOMaSQkF4T75X-qYvZaUk758fxtjqAH97bBGuDwvtMSIzokzOYX4XooESpgk_Pz-l4GT0LRJbwCAhma/s16000-rw/Siakap%20Asam%20Pedas%20Masak%20Cara%20Fiza.webp)
Masak-masak terus jadi. Eh, terasa kagum pula dengan diri sendiri. Encik suami makan sampai licin mangkuk dihirupnya kuah asam pedas tu. Wahhh...Unsangkarable!
Hari ni, ulang lagi masak asam pedas. Tapi ikan siakap pula. Ikan siakap masak asam pedas pun sedap juga kan? Awal pagi lepas encik suami pergi kerja dah mula kelentang kelentung di dapur.
Masakan berkuah begini lagi sedap kita masak awal dan makan beberapa jam selepas masak tu. Lagi pekat dan serap rasa dia.
Kalau guna ikan kembung, masak kejap je sebab ikan kembung cepat masak. Ikan siakap ni kena lama sikit. Haa begitulah masak asam pedas masak cara saya. Asam pedas Johor kot kan? Katanya kalau nak sedap, biar pecah minyak 3 kali. Kalau kuah pecah minyak elok macam tu kira sedaplah.
![Dah Pandai Masak Asam Pedas Dah Pandai Masak Asam Pedas](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrnvO46ki87WJuXwQ0-BgOuCDVJl9EraWww7Ydv1pxWn9F22Cfcp_9t0T3kOCR3e0ynikUwtIdon8Ju5IvujWCBh2HNauLqB45_5aji4k9Y2u9CcOMaSQkF4T75X-qYvZaUk758fxtjqAH97bBGuDwvtMSIzokzOYX4XooESpgk_Pz-l4GT0LRJbwCAhma/s16000-rw/Siakap%20Asam%20Pedas%20Masak%20Cara%20Fiza.webp)
Masak-masak terus jadi. Eh, terasa kagum pula dengan diri sendiri. Encik suami makan sampai licin mangkuk dihirupnya kuah asam pedas tu. Wahhh...Unsangkarable!
Hari ni, ulang lagi masak asam pedas. Tapi ikan siakap pula. Ikan siakap masak asam pedas pun sedap juga kan? Awal pagi lepas encik suami pergi kerja dah mula kelentang kelentung di dapur.
Masakan berkuah begini lagi sedap kita masak awal dan makan beberapa jam selepas masak tu. Lagi pekat dan serap rasa dia.
Asam pedas masak cara Fiza
Kebetulan juga ada simpanan daun kesum. Menjadi juga asam pedasnya. Agaknya tambah lagi sedap bila gunakan asam jawa yang mak mentua bagi yang dibeli di Terengganu. Asam jawa kampung yang dibungkus dalam plastik dibunjut.Saya masak asam pedas tanpa belacan dan bunga kantan. Encik suami tak suka makan belacan dan saya tak berapa suka bunga kantan. Tapi kalau makan di kedai, makan je. Cuma bila masak sendiri, kita tak letak apa yang kita tak suka.
Tak tahulah saya masak asam pedas gaya Johor ke Melaka. Saya panaskan minyak, masukkan sedikit halba. Kemudian masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang merah rose, bawang putih, halia dan kunyit hidup). Dah pecah minyak, baru masukkan cili kisar biarkan pecah minyak kali kedua.
Masukkan air asam jawa dan daun kesum. Kacau rata dan biarkan pecah minyak untuk kali ketiga. Kemudian baru masukkan ikan dan tambah air secukupnya. Masukkan daun kesum.
Akhir sekali baru perasakan dengan garam dan juga sedikit gula. Biarkan ikan masak. Tak letak tomato sebab tak ada tomato besar. Yang ada tomato cherry je. Malas nak letak.
Kalau guna ikan kembung, masak kejap je sebab ikan kembung cepat masak. Ikan siakap ni kena lama sikit. Haa begitulah masak asam pedas masak cara saya. Asam pedas Johor kot kan? Katanya kalau nak sedap, biar pecah minyak 3 kali. Kalau kuah pecah minyak elok macam tu kira sedaplah.
Alhamdulillah, Allah bagi sedap ikut tekak saya dan encik suami. Tekak orang lain tak tahulah. Dah pandai masak asam pedas ni, senanglah. Kalau teringin, kita masak sendiri je. Ini kalau ada kacang bendi mesti lagi sedap.
Sebelum ni pernah cuba masak asam pedas ikan kembung tapi macam kurang menjadi. Ini kalilah baru betul-betul menjadi. Kudos dear self!
Wah tahniah... sy pun jarang masak asam pedas sbb sy rasa mcm x sedap je masak sendiri... tp anak-anak mcm biasalah kata sedap.. sy masak pun cara fiza tp letak belacan sikit... cuma x pecah minyak 3x tu.. sbb tu tekak rasa masih x sedap
ردحذفAlhamdulillah...Saya rasa macam tu juga. Tapi bila dah sampai tahap hampir menepati KPI ni, kira happy jugalah. Anak-anak ni, ibu masak apa pun sedap KakMim. Hihi...sedap itu subjektif.
حذفWah...terbaik...masak asam pedas ni memang kena cuba banyak2 kali...baru menjadi
ردحذفAlhamdulillah..itulah tu, mujur juga akhirnya menjadi.
حذفSedapnya..wahh, dah terer masak asam pedas...Alhamdulillah...ikan siakap mmg sedap..
ردحذفAlhamdulillah..Kira bolehlah ikut tahap sedap tekak sendiri. hihi...
حذفTahniah Fiza 👏🏽
ردحذفMemang nampak sedap tu.
Lebih kurang cara akak jugaklah, ada tumis halba.
Belacan dan kantan pun akak letak.
Tak kira dah versi negeri mana, yang penting ikut versi selera tekak kita 😁
Selain ikan, akak buat jugak asam pedas ayam. Yang itu katanya masakan Johor. Tapi akak tak pernah tau pun, family kami tak pernah masak asam pedas ayam.
Alhamdulillah..Terima kasih Kak Ujie.
حذفItulah tu, kecelaruan versi mana tak tahu. Janji sedap sudah lah kan. hihi...
Asam pedas ayam belum pernah makan lagi. Biasa makan asam pedas versi ikan je. Nanti² boleh cuba ayam pulak. Mak saya pun memang tak pernah masak asam pedas. Kakak² je ada masak. Masakan lemak cili api biasanya yang selalu dimasak di rumah.
Wah! Syabas!
ردحذفAlhamdulillah..Allah bagi sedap. Terima kasih uncle!
حذفSedapnya Fizah, terasa2 kat tekak ni tau.
ردحذفAlhamdulillah..sedap terasa-rasa masam pedasnya tu.
حذفMenjadi dah tu. Bungan kantan lah yang best. Pewangi segala asam pedas. 😄
ردحذفAlhamdulillah...hihi..saya kurang suka tapi kalau ada dalam masakan OK je makan.
حذفTahniah, Fiza. Mengecewakan kita baca suami Fiza hirup kuah asam pedas. Tapi, ikan siakap mmg sedap la buat asam pedas. Ikan siakap ni versatile, masak apa pun sedap.
ردحذفAlhamdulillah...alamak, kenapa kecewa pulak tu. Setuju tu, ikan siakap ni diolah masak apa pun jadi sedap.
حذفTahniah
ردحذفAlhamdulillah...
حذفOrang Melaka macam saya suka makan asam pedas.
ردحذفTak Melaka lah kalau tak makan asam pedas kan. Saya kalau pergi Melaka mesti cari asam pedas. Asam pedas Melaka sedap! Bolehlah suggest kedai asam pedas yang sedap.
حذفsaya masak asam pedas guna perencah dalam paket...boleh tahan juga rasanya tapi tidak selalu kerana menu tersebut kurang mesra dengan tekak saya
ردحذفLain orang lain cita rasa nya. Mungkin asam pedas kurang kena dengan tekak tuan. Cuba nanti makan asam pedas bukan dari pes pula.
حذفletak bendi pun onz jg selain tomato. kalau melaka punya sblm tumis dia wangikan minyak dgn halba. then trs tumis. tumis dgn cili tu yg amik masa...kdg dah setgh jam pun cilu nmpk masih mentah lg
ردحذفLetak bendi memang Onz sangat kan. Oohh kiranya saya ikut asam pedas Melaka lah ni ye tumis dengan halba. Iyee..bab pecah minyak dan masak betul tu ambil masa sikit.
حذفTahniah Fiza sedap menjadi dan sedap!
ردحذفBetul asam pedas ini ada macam-macam versi. Ada yang letak buah keras juga. Mak akakpun tidak guna belacan tapi guna bunga kantan atau daun kesum. Akakpun di kedai makan sahaja kalau di kedai atau orang lain buat. Asal sedap. Hehe Fiza suka asam pedas letak ikan ya?
Terima kasih kak. Janji sedap, kita makan je walaupun ada letak apa yang kita tak suka. hihi...Ye, suka asam pedas ikan lagi berbanding ayam atau daging.
حذفAlhamdulillah.
ردحذفAkhirnya berjaya masak asam pedas.
Saya sekarang banyak mengasampedaskan bahan selain ikan, masak asam pedas daging dan ayam juga. Firdaus suka hirup kuah asam pedas. Tu yang rajin masak.
Alhamdulillah..akhirnya mencapai juga KPI tastebud sendiri. hihi...Next time boleh ujikaji cara kak Amie juga. Wahhh ada peminat asam pedas memang kena rajinlah masak.
حذف