Hiking Bukit Kepayang 9.0

Hiking Bukit Kepayang 9.0, bermakna untuk kali kesembilannya pada hari Sabtu, 14 September. Bukit Kepayang, bukit kegemaran saya. Satu, sebab dekat dengan rumah. Dua, sebab mudah. Tiga, sebab ada banyak pilihan jalan boleh ikut mana-mana jalan yang kita suka.

Ada masa rajin, ikut jalan jauh. Ada masa nak santai-santai je, ikut jalan mudah. Ada masa nak mencabar sikit, ikut jalan yang mencanak. Begitulah...

Kami lewat sikit hiking. Jam 9.00 pagi baru gerak dari rumah. Mulakan hiking jam 9.21 pagi. Terserempak dengan geng-geng auntie Chinese baru turun. Ingatkan kami je lambat. Ada sepasang pasangan ni baru nak naik juga dengan seekor anjing mereka.

Bukit Kepayang ni kalau naik lambat pun tak apa. Ada je hiking petang dan malam juga. Tak sunyi sebab dekat bandar.

Untuk hiking dah terlewat ni kami jalan terus je, tak belok ke kiri ikut jalan kolam bunga teratai tu. Dari papan tanda dalam gambar bawah ni, terus ikut trail kanan tu dan kekanan lagi ikut laluan nombor 3. Laluan yang menaik dan lepas tu landai sikit.

Bukit Kepayang

Kemudian ikut laluan menaik dan menaik sampailah atas. Laluan yang tak berapa nak rilek kalau stamina kurang. Saya rasa dehidrasi sikit sebab cuaca macam bahang sikit walaupun cuaca tak panas. Nak hujan barangkali.

Bukit Kepayang

Kami cadang nak berjalan sampai puncak ada papan tanda Kepayang Hill tu je. Tiba di puncak Bukit Kepayang jam 9.54 pagi jalan santai-santai. Malas nak jalan jauh sampai ke kuil India depan nun sebab dah lewat. Lepas ni nak ke pasar pula beli barang dapur.

Bukit Kepayang
Yaa..masih belum kurus. Bukan itu tujuan utama dia. Kita nak sihat, hidup tenang-tenang je

Oleh kerana dah dehidrasi, terpaksalah beli air di Trunk Coffee. Saya pesan air matcha latte sejuk je. Kejap je barista buat sebab tak ada orang lain di puncak. Seronok juga bila tawan puncak tak ramai orang. Senang nak bergambar. 

Bukit Kepayang

Minum lah sekejap buat basah tekak dan tambah tenaga. Lepas tu terus turun jam 9.58 pagi. Sampai bawah jam 10.28 pagi ikut jalan mudah dan jauh sikit. Dalam perjalanan turun tu hujan panas tapi renyai-renyai. Terus berlari lah sampai ke kereta. Elok je nak sampai, berhenti hujan.

Sekian aktiviti di hari Sabtu. Orang lain sibuk jalan sana-sini bercuti. Kita lagi santai kawan pergi hiking. Dah lama cuti hiking kan. Rasa rindu pula. Padahal baru 2 minggu je. Kali terakhir 24 Ogos, Bukit Kepayang juga. Minggu lepas nak slog jogging di Bukit Pilah, hujan pula.

Minggu ni macam banyak betul acaranya kan. Jem sana-sini disebabkan cuti sekolah seminggu. Ingatkan nak pergi tengok Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship di PETRONAS Sepang International Circuit. Free entry! Tapi macam malas lah pula. Confirm parkir jauh. Nak naik motor macam malas juga.

Apo semua serbi malas ni. Kena sampuk hantu malas ke apa ni? Takpelah, kita tunggu Moto GP nanti bulan November. 

Cakap pasal permotoran ni, ada event RXZ Member 6.0 di Terengganu. Mesti geng motor tak tahu nak ke Terengganu ke PETRONAS Sepang International Circuit kan?

Selain tu, hujung minggu ni ada acara MAHA 2024. Tak lain tak bukan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Di Kuala Pilah boleh tahan juga meriahnya dengan Pesta Bola Ngoca Kuala Pilah.

Meriah bukan? Itu je yang saya tahu. Tengok orang kongsi di media sosial jem sana sini. Kita pun jadi malas nak jalan kemana-mana. 

Selamat bercuti semua. Jaga diri.

16 comments:

  1. Meriahnya, macam² acara agaknya pasal long weekend. Oh, dekat atas tu ada orang jual Coffee ya. Agaknya ada tak yg hiking semata nak mengopi tu? Hihi. Kita tak pernah hiking, tapi pernah la rasa masuk hutan kecik, macam hiking jugak. Memang somputtt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. Meriah betul macam-macam event. Ya, ada orang jual kopi tapi on weekend je lah, Sabtu & Ahad. Tapi kadang tak ada juga. Mungkinlah ada yang rajin nak rasa feel mengopi atas bukit. hihi...

      Kot teringin nak rasa hiking bukit santai-santai, bolehlah cuba singgah sini.

      Delete
  2. Lama betul saya tak mendaki.. Masa takde.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu kalau dah sibuk, memang tak dapatlah nak hiking² ni kan.

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau uncle, pasti boleh uncle. Cubalah nanti kalau ke Seremban, singgah sini kejap.

      Delete
  4. Replies
    1. Bukit rendah je wak. Itu yang boleh sampai berkali-kali. Kalau tinggi, sekali tu je lah. hihi...

      Delete
  5. meh laa dtg MAHA. parking pun dah free. x pn naik je komuter smpi TBS. tkr LRT. naik MRT. pastu naik shuttle bus ke MAHA. sy pn ada plan nk ke san jg nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..teringin tapi malas lah Anies. Tunggu rajin baru datang. Selamat enjoy disana ye.

      Delete
  6. Kira boleh tutup mata sebab dah biasa hikit Bukit Kepayang.
    Huhu tidak sangka ada kafe di puncak bukit. Boleh basah tekak terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..taklah kak. Tetap juga ada cabarannya. Tak ada cafe, cuma cart coffee je.

      Delete
  7. Hiking aktiviti sihat...bagus untuk bakar kalori..kalau setiap hati pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji ada bakar kalori kan. Tapi setiap hari tu tak mampu rasanya. Kita buat seminggu sekali je kalau ada kesempatan.

      Delete
  8. Untung lah dapat rasa udara yang betul-betul segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun di tengah bandar, masih juga dapat udara yang segar. Alhamdulillah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.