Bulan lepas dapat 2 kali je hiking. Satu, hiking Bukit Sikai. Dua, hiking Bukit Kepayang. Dua-dua Bukit yang mudah untuk kita panjat. Apa yang penting, kita nak hiking santai-santai je. Setakat ini, tak pernah jemu hiking Bukit Kepayang.
Sebabnya dekat dengan rumah dan mudah nak panjat. Cepat sikit sampai ke puncak tu. Kami hiking pada 24 Ogos lepas, malam tu hujan lebat. Pagi tu pun tak berapa cerah cuacanya. Suram macam mendung. Tapi bukan mendung nak hujan.
|
jam 7.07am |
Sekali lagi kami ikut laluan kolam bunga teratai (Lotus Pond) ni. Saja nak jalan jauh dan mencabar sikit laluannya.
Mulanya nak ikut laluan big pipe tapi encik suami suruh jalan terus. Nak tengok kot ada laluan lain yang boleh kami ikut kononnya. Kami pun berjalan sampai jumpa laluan Tangki B gambar di bawah ni. Laluannya agak sempit tapi masih jelas. Kami teruskan je lah naik.
Laluan dia bukan biasa-biasa. Kena guna tali memanjat. Tak dapat nak ambil gambar sebab handphone saya dah disimpan rapi letak dalam poket berzip. Nak keluarkan malas sebab tangan dah kotor kena tali bertanah.
Laluan mencanak dan licin pula tu. Mana sempat nak ambil gambar pun. Dah bersusah payah naik, sekali sampai atas tak nampak laluan terang dah. Ahh sudah! 5 minit jugalah di situ belek-belek kot ada laluannya. Tapi akhirnya kami mengalah, terpaksa turun berpatah semula.
Nak naik dah susah, inikan nak turun semula. Aduhaiii..peluh dah berjurai dah. Bayangkan cuaca membahang selepas hujan. Begitulah suasana dia. Betul-betul keluar peluh. Seluar, kasut dan tangan jangan cakaplah, bertanah masing-masing.
Berpandangan je lah sesama kami. Nak gelak ke kesian ke tak tahulah. Mungkin jalan tu tak ramai ikut mungkin sebab ada pokok tumbang kot. Trail dah mencabar dah tapi tulah, jalan mati pula. Baru je nak cuba ikut laluan lain.
Dah berpatah semula, encik suami kata kita ikut jalan mudah je lah yang tak ada tali. Tapi saya kata ikut jalan
big pipe trail ni jelah, dekat sikit dari laluan tadi.
Ada tali pun talilah. Padahal tapak tangan dan jari dah sakit dah panjat tadi. Dan dan tu lah juga dia membengkak tak sempat tunggu hari esok. Aduhai tangan pun nak berdrama juga.
Laluan ni walaupun mencanak sikit dan guna tali tapi masih jelas laluannya dan tak semak. Tak payah guna tali pun masih boleh lagi panat. Sesuai je untuk pemula.
Hilang
mood sekejap bila dah tersilap jalan mati tu. Tapi tetaplah semangat untuk sampai ke puncak yang tak berapa nak tinggi. Pertama kali naik Bukit Kepayang dengan seluar baju dan tangan kotor bertanah. Orang lain naik bersih je, kita comot bukan main.
Hiking selepas hujan, ikut laluan pacak pula tu. Begitulah rupa dia. Nak expect apa kan.
Sempena bulan merdeka ni, banyak bendera dikibarkan atas Bukit Kepayang ni. Kita bawa semangat merdeka sampai ke puncak.
Dah berpenat, ambil masa untuk menikmati keindahan di puncak bukit. Nun jauh di sana, kabus-kabus masih ada di celah-celah bukit. Alangkah bagusnya kalau Bukit Kepayang ni ada awan karpet pagi-pagi. Tak payah nak hiking jauh-jauh cari awan karpet.
Kalau ada awan karpet, meriah pula kat sini macam
Bukit Batu Sawa tu. Boleh jem pula atas bukit. Masa kami naik haritu, tak seramai biasa. Mungkin masing-msaing malas hiking lepas hujan kot. Minggu lepas kan musim hujan je.
Makan masa lebih sikit sebab dah sesat tu kan. Bila dah penat, kami pun tak berjalan jauh sampai ke kuil India tu. Sampai puncak ada
Trunk Coffee tu je dan berpatah semula. Jadilah buat ada aktiviti di hujung minggu. Kann...
Seronok juga bila dapat hiking, mata jadi segar utk flora fauna..
ReplyDeleteMemang seronok dan satu kepuasan dapat sampai puncak. Segar mata memandang.
DeleteCantiknya view di atas tu Fizah. Bestnya dapat hiking.
ReplyDeleteAlhamdulillah...seronok dapat menikmatinya.
DeleteTahniah, Fiza.. dapat sampai ke puncak. Kalau sy, sekadar di pinggiran saja agaknya, hehehe.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Ehhh, takdelah. Boleh je sampai puncak. Yakin boleh!
Deletetak pernah terfikir pula nak pergi hiking, sakit lutut.. hahaha
ReplyDeleteHihi..takpe, ada aktiviti riadah yang lain.
DeleteBetul laa org kata bersusah susah dahulu bersenang senang dah tiba ke puncak 😉
ReplyDeleteYes, absolutely correct!
DeleteTakpelah sudah tahu apa ada pada jalan tersebut. Mungkin tidak singgah situ lagikan?
ReplyDeleteA'ah. Memang tak ikut situ dah..Seram pulak jumpa jalan mati.
Delete