Malam Pesona Seni 2024 Di Seremban

Lepas membeli air limau jelly, encik suami tanya nak pergi mana-mana lagi tak? nak beli apa lagi tak? Hmmm...fikir punya fikir, jomlah kita pergi Malam Pesona Seni 2024. Macam awal lagi nak balik rumah. Kita jalan-jalan lah kejap.

Malam Pesona Seni 2024 diadakan sempena ulang tahun ke-4 Majlis Bandaraya Seremban pada hari Sabtu, 13 Julai 2024 jam 8.00 malam bertempat di Padang NS@MBS, Jalan Yamtuan, Seremban.

Kebetulan je nampak sepanduk/kain rentang Malam Persona Seni ni di media sosial. Kita pun tak ada rancangan lain. Jadi jomlah kita pergi tengok apa yang menariknya. Jarang seorang Fiza nak pergi tempat-tempat sesak begini. 

Ada persembahan artis, muzik, tarian kebudayaan, food truck, soopa doopa dan pertunjukan bunga api.

Saya fikir macam tak ramai orang je, itu yang pergi juga saja buat meriah. Mujur dapat parkir yang berdekatan. Sekali sampai, boleh tahan ramai juga orangnya. Cari tempat kosong dekat tepi pentas.

Malam Pesona Seni 2024

Masa kami sampai dah jam 9 lebih macam tu. Banyak persembahan dah terlepas. Sampai-sampai je penyanyi Santesh baru nak nyanyi. Kemudian Ameng Spring pula buat persembahan. Fuhh..suara steady macam dalam kaset. Seronok juga layan lagu lama-lama ni. Evergreen!

Malam Pesona Seni 2024

Lepas Ameng, Azlan Typewriter pula buat persembahan. Dan akhir sekali Aina Abdul. Tak tunggu sampai habis Aina Abdul nyanyi. Kita pun gerak balik lah. Gambar agak mengecewakan sebab zoom dekat sangatlah pula. 

Malam Pesona Seni 2024

Acara penutup baru ada bunga api tapi kami malas nak tunggu. Baiklah gerak awal nanti tak sesak nak keluar pun. 

Kami datang pun dah pertengahan majlis. Tak sesak nak masuk dan tak sesak nak keluar. Pergi padang pun cari port tepi yang tak ramai orang, berlaga dengan orang pun tak. Okay lah macam tu tak bersesak.

26 comments:

  1. Replies
    1. Best jugalah sesekali layan open event macam ni. hihi...

      Delete
  2. Bestnya.. bukan calang-calang artis juga yang buat persembahan tu .. lagi² Aina Abdul tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Semua artis Negeri Sembilan dan ada kaitan dengan Negeri Sembilan gitu katanya.

      Delete
  3. Replies
    1. Ye, tak sesak bolehlah. Kalau sesak, berpatah baliklah kami. hihi...

      Delete
  4. Seruuu kalo menonton acara festival menyambut perayaan seperti ini. Apalagi ada performance dari penyanyi2 terkenal kan. 😍. Pasti jadi ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyanyi terkenal menjadi tarikan utamanya kan Fanny. hihi...

      Delete
  5. sekali sekala seronok juga kan Fiza..

    ReplyDelete
  6. Kaset...hehe, barang rare zaman sekarang.

    Akak pun kurang suka ke tempat ramai orang gini, tapi sesekali tu pergi jugaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang barang rare tu. Zaman CD pun macam nak berlalu pergi dah.

      Samalah kita, sesekali je kalau rasa macam OK nak pergi.

      Delete
  7. wahhh ada ameng spring tuuuu layanzzz lagu2 popular dia!

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Oh, tak. Kumpulan Spring asalnya dari Seremban sebelum Ameng join. Kalau tak silap saya lah. Azlan pula pernah bersekolah di Negeri Sembilan.

      Delete
  9. sy dh jarang ke tempat keramaian mcm ni... terasa sesak nafas dan stress pulak... mungkin faktor usia kot... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita KakMim. Ini kebetulan je singgah kejap tengok² sebab tak sesak. Memang begitulah nampaknya, faktor usia tak suka sangat acara ramai orang ni.

      Delete
  10. pertunjukan bunga api yg best...dah lama x tengok live..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sempat nak tengok bunga api tu, malas nak menunggu sampai habis. hihi..Best jugak kalau dapat tengok secara live.

      Delete
  11. Haah kadang malas pergi sebab ramai orang. Nasib baik juga datang tepat waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kurang orang masa tu, kita pun terjah lah sekejap kak. Alang-alang dah keluar tu. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.