Minum Petang Di Rasta Kopi
Lama ek tak lepak di Rasta Kopi. Dulu kemain rajin menyinggah lepas balik berlari di KOMBES (Kompleks Belia Dan Sukan). Sejak dah mula hiking, tak nampak dah jalan nak ke KOMBES tu. Begitulah sekejapan mood beralih arah.
Bukan tak semangat nak pergi KOMBES. Tapi encik suami dah semakin sibuk. Balik dah penat, memang taklah nak keluar rumah semula. Ada masa untuk beriadah hujung minggu je. Itu yang hiking tu.
Bukan tak semangat nak pergi KOMBES. Tapi encik suami dah semakin sibuk. Balik dah penat, memang taklah nak keluar rumah semula. Ada masa untuk beriadah hujung minggu je. Itu yang hiking tu.
Tapi tiap-tiap hari kita workout je di rumah. Bukan berharap pada aktiviti hiking dan berlari atau jalan perlahan je. Sesekali kita weight lifting 3 kg dumbell juga. Buat mana termampu je. Janji ada aktiviti.
Sambil makan didendangkan dengan lagu-lagu raggae seiring dengan konsep kedainya.
Kebetulan minggu lepas keluar beli barang, lepas tu macam nak mengopi kejap sementara ada masa sikit sebelum balik rumah. Mulanya nak pergi Beach Road Coffee (BRC) yang baru buka tu tapi di situ tak ada makan-makan sangat.
Jadi, kita pergi Rasta Kopi sebab sekarang dah buka awal. Jam 4.30 petang. Dulu jam 8.00 malam baru buka.
Selain buka awal dan tutup jam 1.30 am. Ada banyak menu makanan baru. Saya suka saya suka. Bolehlah lepak selalu macam dulu. Kann..Ke kena pergi KOMBES selalu baru boleh lepak sini.
Rasa kekok pula datang sini waktu siang. Teranglah sikit gambar kita kan. Kalau tidak tu malap sikit diterangi lampu kuning.
Rasanya sejak bulan Mei tak singgah sini. Pekerja pun dah ramai. Tuan kedai pun masih ingat kami dan bertanyakan kami lama tak datang. hihi..Terima kasih ingat kami lagi. Mana tidaknya, muka ni je lah yang asyik nak nasi lemak tapi tak ada.
Bila nasi lemak dah ada, tak nak pesan pulak. Hahaha...bukan apa, dah kenyang makan nasi. Kita nak makan ringan-ringan je.
Saya pesan hazelnut latte panas. Wahh dah ada cawan lah. Baru lah menarik ambil gambar ada latte art. Sebelum ni dihidangkan dalam cawan kertas yang bertutup. Memang tak nampak lah latte art nya pun.
Macam ni barulah seronok mengopi. Encik suami pilih minuman sejuk, tak silap saya salted caramel. Di cawan pun dah ada pelekat Rasta Kopi. Lupa pula nak potretkan.
Kata nak makan yang ringan-ringan, tapi terpesan lempeng pula. Kira tak berat sangat lah kan. hihi. Lempeng dia walaupun tak crispy sangat di luar tapi sedap juga makan lembut-lembut gitu.
Sambal tumis ikan bilis pula sedap macam mak-mak kita masak. Gaya masak cara orang lama. Cukup rasa. Ada rasa pedas sikit, saya suka. Lepas ni kena datang lagi lah sebab nak makan nasi lemak.
Encik suami pesan sangkaya. Rotinya lembut tapi sayang saya tak boleh nak gigit sebab pakai braces. Kena potong kecil guna sudu garpu baru boleh telan dalam saiz yang kecil. Untuk yang tak pakai braces tu syoklah makan.
Pencicah dia pun sedap. Tak manis sangat. Sedang elok manis-manisnya. Tak mengecewakanlah menu-menu yang kami pesan. Boleh ulang membeli nanti.
Jenis yang suka lepak santai, duduk di kerusi healing tu bolehlah singgah makan di sini. Suasana pun menarik. Kalau hujung minggu ada event dan persembahan gitu. Kami pernah nak pegi sekali waktu malam tapi full house lah pula.
Selain buka awal dan tutup jam 1.30 am. Ada banyak menu makanan baru. Saya suka saya suka. Bolehlah lepak selalu macam dulu. Kann..Ke kena pergi KOMBES selalu baru boleh lepak sini.
Rasa kekok pula datang sini waktu siang. Teranglah sikit gambar kita kan. Kalau tidak tu malap sikit diterangi lampu kuning.
Rasanya sejak bulan Mei tak singgah sini. Pekerja pun dah ramai. Tuan kedai pun masih ingat kami dan bertanyakan kami lama tak datang. hihi..Terima kasih ingat kami lagi. Mana tidaknya, muka ni je lah yang asyik nak nasi lemak tapi tak ada.
Bila nasi lemak dah ada, tak nak pesan pulak. Hahaha...bukan apa, dah kenyang makan nasi. Kita nak makan ringan-ringan je.
Saya pesan hazelnut latte panas. Wahh dah ada cawan lah. Baru lah menarik ambil gambar ada latte art. Sebelum ni dihidangkan dalam cawan kertas yang bertutup. Memang tak nampak lah latte art nya pun.
Macam ni barulah seronok mengopi. Encik suami pilih minuman sejuk, tak silap saya salted caramel. Di cawan pun dah ada pelekat Rasta Kopi. Lupa pula nak potretkan.
Kata nak makan yang ringan-ringan, tapi terpesan lempeng pula. Kira tak berat sangat lah kan. hihi. Lempeng dia walaupun tak crispy sangat di luar tapi sedap juga makan lembut-lembut gitu.
Sambal tumis ikan bilis pula sedap macam mak-mak kita masak. Gaya masak cara orang lama. Cukup rasa. Ada rasa pedas sikit, saya suka. Lepas ni kena datang lagi lah sebab nak makan nasi lemak.
Encik suami pesan sangkaya. Rotinya lembut tapi sayang saya tak boleh nak gigit sebab pakai braces. Kena potong kecil guna sudu garpu baru boleh telan dalam saiz yang kecil. Untuk yang tak pakai braces tu syoklah makan.
Pencicah dia pun sedap. Tak manis sangat. Sedang elok manis-manisnya. Tak mengecewakanlah menu-menu yang kami pesan. Boleh ulang membeli nanti.
Sambil makan didendangkan dengan lagu-lagu raggae seiring dengan konsep kedainya.
Perfect rupa lempeng tu.. dgn sambal tumisnya.. pas mkn yg pedas mcm tu ada pula balance utk maniskan rasa dgn sang kaya tu.. mmg pilihan terbaik utk healing
ReplyDeleteYe, sedap betul menikmatinya. Cafe pun menarik.
Deleteterima kasih bagi tau. ammi ni kan kalau nak makan-makan harapkan tengok blog kawan-kawan je. ammi tak reti mencari port sendiri. nanti ammi try pulak.
ReplyDeleteSama-sama. Nanti bolehlah Ammi cuba menjamu selera di sini.
DeletePort mengopi beginilah syok pergi. Minum kopi, makan ringan-ringan outdoor sambil santai-santai.
ReplyDeleteAkak suka hazelnut latte. Tapi sekarang ni kalau beli, memang selalu minta kurangkan sirap hazelnutnya. Jaga gula heheheh
Memang syok, itu yang berkali kali datang. hihi... Bagus tu kak, kurangkan pengambilan gula.
Deletesaya dah beberapa kali ke seremban sebab abang ipar kerja di penjara seremban.. boleh singgah bila ke sana nanti..
ReplyDeleteNanti bolehlah singgah kalau terlalu di sini. Selamat menjamu selera.
DeleteSambal tumis ikan bilis dia mmg ori negeri sembilan dan pahang. Kat Johor tak macam ni.
ReplyDeleteKami pernah singgah sarapan kat titi, suami terkejut tengok sambal nasi lemak macam tu.... dia kata ni macam sambal mak Raub ni...hahaha...
Mak saya biasa buat macam ni. Tapi ikan bilis goreng dikisar dan campur. Cuma ada bawang hiris begini. Tapi mak mentua nismilan buat sambal macam ni. Betullah tu kot ori negeri sembilan. hihi...
DeleteFuh! Layan raggae ni!
ReplyDeleteSesekali kita layan raggae uncle.
DeleteKita pun suka latte art, mengopi ni sebab nak latte art dia tapi kalau dihidang dalam cup kertas bertutup tu, rasa rugi betul membayar, haha. Satu lagi suka kalau ada makanan ringan2, tak naklah pastries aje.
ReplyDeleteGenglah kita. Itulah tu, kalau hidangkan dalam cawan kertas rasa macam kurang feel nak mengopi. kannn...Ye betul! Ada makanan lain lagi bagus selain pastries.
DeleteTempat seperti ini confirm jadi fav saya juga 😍😍😍. Kopi sedap, makanan yg dijual pun rekomen untuk repeat beli. Saya lihat lempeng dan sambal tumisnya, langsung teringin sangat 😄😍
ReplyDeleteYa, membuatkan kita akan datang lagi dan lagi.
Deletesebelum ni buka pukul 8? hmm dia mmg target org balik kerja kot hehehe
ReplyDeleteYe, betul! Sebelum ni pukul 8 malam baru buka.
DeleteDatang petang itu tidak ramai orangkan?
ReplyDeleteHehe ini alasan untuk datang lagi makan nasi lemak.
Kalau petang weekend mungkin ramai kak. Masa saya datang pun ada 2-3 meja penuh. Ya, ada alasan untuk datang lagi makan nasi lemak. hihi...
Delete