Pertama Kali Rasa Ubi Lambung Viral

Satu masa dulu ubi lambung ni pernah viral. Tapi masa tu kita tak terkejar-kejar nak into the scene cuba rasa. Tak tahulah kenapa macam tak beria sangat nak rasa. Sekarang ni viral lagi tak ek?

Tapi bila nampak ada orang jual, kita pun ambil kesempatan nak cuba rasa. Minta encik suami belikan buat rasa-rasa. 

Inilah rupa ubi lambung tu. Menariknya ubi lambung ni diperbuat daripada pelbagai jenis ubi keledek yang pelbagai warna. Warna warni tu juga salah satu tarikan ubi lambung ni.

Ubi Lambung

Lambung tu pula bentuk bebola agaknya, kot? Ubi lambung ni kalau makan panas-panas memang sedap. Rangup di luar, lembut di dalam. Rasa dia pun rasa manis-manis ubi keledek. Sedap! Penggemar ubi keledek mesti suka.

Lupa pula saya nak tanya encik suami berapa harganya. Lokasinya berdekatan dengan Family Store Sikamat, Seremban. Pertama kali rasa ubi lambung viral ni, saya suka dengan rasa dia. Cuma bila sejuk tu rasa liat sikit. Sebab tu kena makan panas-panas.

34 comments:

  1. oo..ubi lambung namanya..baru2 ni ada nmpk org jual dlm satu event..nmpk cantik warna-warni ubi nya...betul, species ubi ni mmg sedap makan panas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Warna dia tu yang menarik kan. Rasa pun sedap. Memang kena makan panas panas baru sedap.

      Delete
  2. A ah Fiza, kena makan panas² tapi nanti bunyinya jadi hubih hambhong, hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..mujur masa baca bukan tengah makan. Kalau tidak, tersembuq! Spesis hihang hoheng hanas lah ni. hihi...

      Delete
  3. Nampak menarik. Simple. Pasti rasanya sedap.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah jumpa, jadi belum pernah mencuba.

    Kalau kata rangup luar, lembut dalam...memang sedaplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ni kak Ujie. Macam cekodok pisang gitu tapi versi keledek.

      Delete
  5. Replies
    1. Takpe uncle. Kalau terjumpa orang jual, boleh lah cuba beli dan rasa nanti ye.

      Delete
  6. Akk kalau jumpa nak juga beli sbb suka anything made from keledek 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli kak. Saya pun anything yang berkeledek ni. Pendek kata, jenis ubi semua sukaa.

      Delete
  7. Ubi lambung ni mmg ubi keledek ke? Atau mmg ubi yg namanya ubi lambung? X pernah dgr ubi lambung.. hehe.. tapi mcm sedap je tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya tahu ubi tu daripada ubi keledek. Lambung tu sebab bentuknya seperti bola. Memang sedap. Ibarat cekodok pisang gitu tapi versi keledek.

      Delete
  8. yg viral ni saya belum cuba lagi..pernah makan sekali di cameron highland tapi bukan nama ubi lambung la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Cameron Highland mesti lagi sedap tu sebab keledek sana fresh-fresh kan.

      Delete
  9. First time makan di Taiwan. Alhamdulillah dah banyak jual di sini. Memang sedap tapi mahal jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo di sana pun ada juga ye. Ke memang viral dari sana agaknya. Ya, boleh tahan mahal juga harganya.

      Delete
  10. menarik jugalah...walaupun rupanya tidak sekata...yang penting rasa sedap untuk dimakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menarik. Warnanya tidak sekata sebab menggunakan pelbagai jenis keledek yang berbeza warna. Ya, sedap!

      Delete
  11. belum pernah dengar lagi ubi lambung. ubi getuk tahu laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ubi getuk tu sedap. Kalau jumpa orang jual ubi lambung ni, bolehlah cuba beli dan rasa nanti.

      Delete
  12. Mungkin disebut ubi lambung Krn dia akan melambung ke atas saat digoreng kak ☺️. Tanda sudah matang kan.

    Di sini pun ada, tp namanya bola2 ubi. Cuma tak viral. Krn sudah lama ada sejak saya msh sekolah. Dan selalu dijual di banyak street food kalo malam hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugalah tu kan.
      Ooo bukan something yang baru lagi kat sana ye. Sedap tu boleh makan selalu.

      Delete
  13. Nampak pun dah menarik... Blh bayangkan rangup yg dikatakan tu :D

    ReplyDelete
  14. so fart ak pernah jumpa lagi org jual ubi lambung ni...kalau tak dah beli dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa orang jual, silalah beli nanti ye Anies. hihi...

      Delete
  15. Replies
    1. Nanti kalau nampak ada orang jual, jangan lupa beli dan rasa.

      Delete
  16. ohhh nama dia ubi lambung ke sebab dekat cameron panggil bebola keledek hahaha tapi memang sedap makan panas-panas. tak boleh makan banyak sebab angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pun sebab pernah viral. Tak tahu pula di CH panggil bebola keledek. Ingatkan nama sama je. Tak kisah namanya kan, janji sedap. Itulah tu, kena makan berpada-pada.

      Delete
  17. Pertama kali jumpa ubi bulat-bulat warna-warni ini sewaktu berkunjung ke Cameron Highlands dua tahun lalu. Melihat kecomelannya, belilah sedikit buat ghaso-ghaso gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sana memang popular makanan berasaskan keledek. Keledek panggang gitu je pun dah sedap, inikan dipelbagaikan pula. Buat rasa-rasa okay lagi dari menyesal tak cuba rasa kan kak Amie. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.