Header Ads

Pertama Kali Rasa Ubi Lambung Viral

Satu masa dulu ubi lambung ni pernah viral. Tapi masa tu kita tak terkejar-kejar nak into the scene cuba rasa. Tak tahulah kenapa macam tak beria sangat nak rasa. Sekarang ni viral lagi tak ek?

Tapi bila nampak ada orang jual, kita pun ambil kesempatan nak cuba rasa. Minta encik suami belikan buat rasa-rasa. 

Inilah rupa ubi lambung tu. Menariknya ubi lambung ni diperbuat daripada pelbagai jenis ubi keledek yang pelbagai warna. Warna warni tu juga salah satu tarikan ubi lambung ni.

Ubi Lambung

Lambung tu pula bentuk bebola agaknya, kot? Ubi lambung ni kalau makan panas-panas memang sedap. Rangup di luar, lembut di dalam. Rasa dia pun rasa manis-manis ubi keledek. Sedap! Penggemar ubi keledek mesti suka.

Lupa pula saya nak tanya encik suami berapa harganya. Lokasinya berdekatan dengan Family Store Sikamat, Seremban. Pertama kali rasa ubi lambung viral ni, saya suka dengan rasa dia. Cuma bila sejuk tu rasa liat sikit. Sebab tu kena makan panas-panas.

هناك 34 تعليقًا:

  1. oo..ubi lambung namanya..baru2 ni ada nmpk org jual dlm satu event..nmpk cantik warna-warni ubi nya...betul, species ubi ni mmg sedap makan panas2..

    ردحذف
    الردود
    1. Ya betul. Warna dia tu yang menarik kan. Rasa pun sedap. Memang kena makan panas panas baru sedap.

      حذف
  2. A ah Fiza, kena makan panas² tapi nanti bunyinya jadi hubih hambhong, hahahah.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha..mujur masa baca bukan tengah makan. Kalau tidak, tersembuq! Spesis hihang hoheng hanas lah ni. hihi...

      حذف
  3. Tak pernah jumpa, jadi belum pernah mencuba.

    Kalau kata rangup luar, lembut dalam...memang sedaplah.

    ردحذف
  4. الردود
    1. Takpe uncle. Kalau terjumpa orang jual, boleh lah cuba beli dan rasa nanti ye.

      حذف
  5. Akk kalau jumpa nak juga beli sbb suka anything made from keledek 😁

    ردحذف
    الردود
    1. Kena beli kak. Saya pun anything yang berkeledek ni. Pendek kata, jenis ubi semua sukaa.

      حذف
  6. Ubi lambung ni mmg ubi keledek ke? Atau mmg ubi yg namanya ubi lambung? X pernah dgr ubi lambung.. hehe.. tapi mcm sedap je tu

    ردحذف
    الردود
    1. Yang saya tahu ubi tu daripada ubi keledek. Lambung tu sebab bentuknya seperti bola. Memang sedap. Ibarat cekodok pisang gitu tapi versi keledek.

      حذف
  7. yg viral ni saya belum cuba lagi..pernah makan sekali di cameron highland tapi bukan nama ubi lambung la

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau di Cameron Highland mesti lagi sedap tu sebab keledek sana fresh-fresh kan.

      حذف
  8. First time makan di Taiwan. Alhamdulillah dah banyak jual di sini. Memang sedap tapi mahal jugak kan.

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo di sana pun ada juga ye. Ke memang viral dari sana agaknya. Ya, boleh tahan mahal juga harganya.

      حذف
  9. menarik jugalah...walaupun rupanya tidak sekata...yang penting rasa sedap untuk dimakan

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat menarik. Warnanya tidak sekata sebab menggunakan pelbagai jenis keledek yang berbeza warna. Ya, sedap!

      حذف
  10. belum pernah dengar lagi ubi lambung. ubi getuk tahu laa

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..ubi getuk tu sedap. Kalau jumpa orang jual ubi lambung ni, bolehlah cuba beli dan rasa nanti.

      حذف
  11. Mungkin disebut ubi lambung Krn dia akan melambung ke atas saat digoreng kak ☺️. Tanda sudah matang kan.

    Di sini pun ada, tp namanya bola2 ubi. Cuma tak viral. Krn sudah lama ada sejak saya msh sekolah. Dan selalu dijual di banyak street food kalo malam hari.

    ردحذف
    الردود
    1. Mungkin jugalah tu kan.
      Ooo bukan something yang baru lagi kat sana ye. Sedap tu boleh makan selalu.

      حذف
  12. Nampak pun dah menarik... Blh bayangkan rangup yg dikatakan tu :D

    ردحذف
  13. so fart ak pernah jumpa lagi org jual ubi lambung ni...kalau tak dah beli dah

    ردحذف
  14. ohhh nama dia ubi lambung ke sebab dekat cameron panggil bebola keledek hahaha tapi memang sedap makan panas-panas. tak boleh makan banyak sebab angin

    ردحذف
    الردود
    1. Saya tahu pun sebab pernah viral. Tak tahu pula di CH panggil bebola keledek. Ingatkan nama sama je. Tak kisah namanya kan, janji sedap. Itulah tu, kena makan berpada-pada.

      حذف
  15. Pertama kali jumpa ubi bulat-bulat warna-warni ini sewaktu berkunjung ke Cameron Highlands dua tahun lalu. Melihat kecomelannya, belilah sedikit buat ghaso-ghaso gitu.

    ردحذف
    الردود
    1. Di sana memang popular makanan berasaskan keledek. Keledek panggang gitu je pun dah sedap, inikan dipelbagaikan pula. Buat rasa-rasa okay lagi dari menyesal tak cuba rasa kan kak Amie. hihi...

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.