Responsive Ad Slot

Slider

Pertama Kali Rasa Ubi Lambung Viral

Pertama Kali Rasa Ubi Lambung Viral. Ubi lambung ni kalau makan panas-panas memang sedap. Rangup di luar, lembut di dalam
Satu masa dulu ubi lambung ni pernah viral. Tapi masa tu kita tak terkejar-kejar nak into the scene cuba rasa. Tak tahulah kenapa macam tak beria sangat nak rasa. Sekarang ni viral lagi tak ek?

Tapi bila nampak ada orang jual, kita pun ambil kesempatan nak cuba rasa. Minta encik suami belikan buat rasa-rasa. 

Inilah rupa ubi lambung tu. Menariknya ubi lambung ni diperbuat daripada pelbagai jenis ubi keledek yang pelbagai warna. Warna warni tu juga salah satu tarikan ubi lambung ni.

Ubi Lambung

Lambung tu pula bentuk bebola agaknya, kot? Ubi lambung ni kalau makan panas-panas memang sedap. Rangup di luar, lembut di dalam. Rasa dia pun rasa manis-manis ubi keledek. Sedap! Penggemar ubi keledek mesti suka.

Lupa pula saya nak tanya encik suami berapa harganya. Lokasinya berdekatan dengan Family Store Sikamat, Seremban. Pertama kali rasa ubi lambung viral ni, saya suka dengan rasa dia. Cuma bila sejuk tu rasa liat sikit. Sebab tu kena makan panas-panas.

12
( Hide )
  1. oo..ubi lambung namanya..baru2 ni ada nmpk org jual dlm satu event..nmpk cantik warna-warni ubi nya...betul, species ubi ni mmg sedap makan panas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Warna dia tu yang menarik kan. Rasa pun sedap. Memang kena makan panas panas baru sedap.

      Delete
  2. A ah Fiza, kena makan panas² tapi nanti bunyinya jadi hubih hambhong, hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..mujur masa baca bukan tengah makan. Kalau tidak, tersembuq! Spesis hihang hoheng hanas lah ni. hihi...

      Delete
  3. Nampak menarik. Simple. Pasti rasanya sedap.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah jumpa, jadi belum pernah mencuba.

    Kalau kata rangup luar, lembut dalam...memang sedaplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ni kak Ujie. Macam cekodok pisang gitu tapi versi keledek.

      Delete
  5. Replies
    1. Takpe uncle. Kalau terjumpa orang jual, boleh lah cuba beli dan rasa nanti ye.

      Delete
  6. Akk kalau jumpa nak juga beli sbb suka anything made from keledek 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli kak. Saya pun anything yang berkeledek ni. Pendek kata, jenis ubi semua sukaa.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu