Responsive Ad Slot

Slider

Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M

Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M kepada seluruh umat Islam. Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia jatuh pada hari Isnin, 16 September 2024
Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M kepada seluruh umat Islam. Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia jatuh pada hari Isnin, 16 September 2024 sama dengan sambutan Hari Malaysia 2024. Kedua-dua sambutan ini merupakan cuti umum Malaysia.

Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M

baca juga

TEMA MAULIDUR RASUL 2024 / 1446H

Tema sambutan Maulidur Rasul 1445H/ 2023 adalah "Al-Falah Pemacu Malaysia Madani"

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 16 September 2024
Masa : 7.30 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Live streaming rasmi : RTMKlik

MAULIDUR RASUL

12 Rabiulawal, tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.

Kedatangan Nabi Muhammad adalah rahmat terbesar dan anugerah teragung sebagai utusan Allah untuk menghentikan segala kerosakan (penyembahan berhala, penzinaan,mabuk, berjudi, merompak, membunuh dan lain lain) dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Keperibadian Nabi Muhammad sangat terpuji dan perjuangannya perlulah kita renungi kembali dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan yang terbaik.

Lazimi berselawat setiap hari bukan hanya semasa sambutan Maulidur Rasul sahaja. 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
14
( Hide )
  1. salam maulidur rasul

    Allahumma solli ala saidina muhammad waala ali wasohbihi wasallam

    ReplyDelete
  2. Istimewa hari ini ada 2 sambutan untuk umat Islam dan rakyat Malaysia.
    Semoga kita ingat jasa Rasullullah SAW serta mereka yang berjuang untuk tanahair.
    Salam Maulidur Rasul.

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Pada hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan terpuji yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Semoga kita terus meneladani akhlak baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Selawat dan salam ke atas baginda, semoga kecintaan kita kepada Rasulullah semakin mendalam.

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidur Rasul 2024.

    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu