Braces Monthly Review 5 Bulan

Diam tak diam dah 5 bulan hidup bersama braces. Rasa sakit hanya sehari dua selepas pakai braces. Sekarang dah serasi hidup bersama aman damai gitu. Tak ada masalah berbangkit. 

Appointment bulan September haritu dengan doktor gigi yang mula-mula consult dan pakaikan braces. Kali ni rawatan di bilik bawah je. Jadi, tak perlu naik ke tingkat atas. 

Selepas daftar, isi consent form, tandatangan dan set temujanji seterusnya kita pilih warna getah O ring. Biasanya saya dah siap-siap decide nak pakai warna apa untuk seterusnya. Tapi kalini macam tak ada idea nak pilih warna apa.

Tengok koleksi getah O ring di bawah ni macam banyak warna-warna menarik. Jadi rambang mata lah pula.

Braces Monthly Review

Akhirnya saya pilih warna hot pink yang ni. Dia macam tak warna hot pink sangat lah. Okaylah kita cuba warna pink pula. Inikan warna favourite saya. Lambat sikit nak pilih warna ni sebab risau tak sesuai dan risau kalau cepat bertukar warna bila makan lauk pauk warna kuning dan sewaktu dengannya.

Braces Monthly Review

Biasanya meriah tapi haritu temujanji saya awal sikit, waktu klinik baru dibuka. Jadi memang lenganglah sikit. 

Braces Monthly Review

Tak lama menunggu, pembantu doktor gigi panggil masuk. Selepas check, doktor hanya tukarkan getah O ring sahaja untuk ketatkan wayar sebab gigi depan bawah masih belum tegak sepenuhnya. 


Doktor kata ambil masa sikit dan biarkan dia tegak dulu baru proceed untuk seterusnya. Okay baiklah, kita sabar menunggu. Trust the process, as usual. Gigi bawah sebelah kanan dah kurang jarak tapi sebelah kiri pula gap bertambah. 

Warna pink tu nampak ceria sikit tapi lepas tu macam menyesal. Lupa pula kalau pink campur kuning, in case makan lauk masak lemak cili api nanti jadi warna oren. Ahh sudah...

Sebelum ni warna midnight blue bertukar jadi warna hijau gelap sebab makan masak lemak cili api tu ha...Kita dah lah bukan penggemar warna hijau. Nasiblah...

Kadang malas nak fikir dia nak bertukar warna apa sekali pun, janji dapat makan sedap. Haha...Bulan Oktober masih tak ada idea nak tukar warna apa. Kita tengok je lah warna apa yang available nanti. 

Sabar menanti pergerakan gigi ke arah susunan yang lebih elok.

12 comments:

  1. Oo..boleh bertukar warna pulak ya bila terkena warna makanan 😄
    Takpelah Fiza, tak payah risau pasal tukar warna tu, hal kecil. Janji tak payah tahan diri makan makanan sedap kan…😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebab dia getah mudah melekat warna yang kuat ni macam kari, masak lemak cili api dan sewaktu dengannya. Hihi..itulah yang penting. Dapat makan sedap.

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau pakai conventional braces je ada warna-warni getahnya uncle.

      Delete
  3. Anak akak, sabtu ini appointment braces nya.....
    Dia tanya kalau dia ambil o ring hitam ok tak???
    dah tak tau nak pilih warna apa dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hitam okay je, warna pun tak bertukar. Saya dah pernah pakai sebelum ni. Itulah tu, pening nak pilih warna kadang. hihi...

      Delete
  4. Ingatkan sampai tempoh dibuka kekal begitu saja, rupanya boleh tukar warnanya ye Fizah. Macam contact lens pulak ye, boleh pilih dan tukar warna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Kak Amie, kalau jenis yang saya pakai memang kena tukar setiap bulan. Kalau self ligating tak ada getah O ring warna tapi ada power chain warna.

      Delete
  5. lepas ni nak pilih kaler apa pulak? ada kaler gold x?😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lagi. Kita tengok warna apa yang available dan menarik. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.