Nampaknya cerita Bukit Kepayang ni akan memenuhi ruang dalam blog saya. Setiap bulan mesti akan ada cerita tentangnya. Bulan September je dah dua kali saya jelajah Bukit Kepayang. Bulan Oktober juga saya mulakan dengan hiking Bukit Kepayang juga sebab route lebih mudah dan dekat dengan rumah.
Malas nak pergi jauh-jauh. Janji misi kami tercapai sekurang-kurangnya hiking sebulan sekali paling tidak. Dapat dua tiga kali bagus juga.
Memandangkan asyik ikut route yang sama, encik suami ajak berjalan jauh sikit sampai ke Kepayang Hill Bypass. Biasanya kalau nak berjalan jauh kami pusing buat loop sampai kuil India tu tapi kali ni lebih jauh perginya.
Kami hiking pagi Ahad 6 Oktober, cuaca mendung. Jam 7.30 pagi pun tak cerah-cerah lagi. Macam nak hujan pun ye. Padahal malam tu dah hujan rasanya. Kami teruskan je lah selagi tak hujan lebat.
Kami mulakan pendakian pada jam 7.38 pagi. Ikut route tasik bunga teratai (Lotus pond). Nampak macam semakin meriah pula pokok bunga memenuhi tasik. Agaknya musim hujan ni semakin membiak lah dia.
Cantik rupa paras bunga teratai yang sedang mekar di waktu pagi. Berhenti sebentar potretkan bunga teratai yang cantik.
Kami jalan terus sampai ke big pipe trail tu tapi tak ikut situ, kami ke kanan dan terus ikut route mendaki ni. Malas nak ikut big pipe trail tu sebab baru lepas hujan kan. Malas nak kotor-kotor bertanah dan malas nak pegang tali juga. Cukuplah sekadar lecak kena kasut je.
Ikut route yang ni akan jumpa main route yang biasa pendaki-pendaki lalu. Route ni memang mendaki je sampai ke puncak. Tak ada landai-landai dah.
Bila dah sampai di sini maknanya dah nak hampir sampai ke puncak dah tu. Sikit je lagi.
Lebih kurang 5 minit ikut pace saya, sampailah ke puncak. Kalau dah biasa, seminit dua dah sampai puncak dari lokasi di atas ni. Tapi kitonyo pace slow. Leha-leha je.
Di puncak ni landai je. Ada yang berlari dan berjalan santai sambil menikmati permandangan dari aras tinggi. Kali ni saya bergambar di papan tanda yang ni pula. Kita tukar-tukar permandangan bila naik Bukit Kepayang ni.
Hari Ahad kali ni macam meriah sikit ramai orang. Kadang tu sunyi juga bila tak ramai. Kami terus berjalan sampai ke route kuil India. Ambil jalan ke kanan untuk ke atas lalu tepi Kuil India. Kalau ambil kiri ke bawah ke jalan raya besar.
Dari kuil India kami naik puncak yang ada papan tanda kayu Kepayang Hill tu dan turun ikut laluan landai ke bawah dari lokasi ada basikal lama. Berjalan sampai ada simpang hiasan pasu yang ni. Jalan terus je untuk ke Kepayang Hill byPass.
Route dia landai dan ada menurun. Kena berhati-hati sebab licin selepas hujan. Was-was juga sebenarnya. Tapi disebabkan encik suami rujuk map, kita confident laha sikit.
Dah berjalan jauh akhirnya jumpa juga papan tanda Kepayang Hill byPass ni. Fuhh..legaaa...Jauh betul perjalanan nak sampai sini. Ingatkan dekat. Sebelum jumpa papan tanda ni akan melalui kawasan landai yang luas dan terang.
Lepas tu akan masuk hutan semula. Boleh tahan semak juga tapi laluan dia masih jelas dan boleh rujuk tanda ikatan plastik putih di pokok-pokok.
Lebih kurang berjalan 8 minit macam tu, kami nampak laluan mendaki ni. Tandanya dah nak sampai puncak Kepayang Hill byPass. Ada disediakan tali untuk memudahkan pendakian. Agak licin juga sebab lepas hujan kan.
Hati-hati ada lebah kecil di kawasan ni. Risau juga sebenarnya di sengat lebah. Tapi kita berhati-hati je lah dan berdoa lah tak berlaku apa-apa yang tak di ingini.
Yeay, akhirnya sampai juga Kepayang Hill byPass setelah kali kesebelas naik Bukit Kepayang. Sebelum ni bercita-cita juga nak sampai sini tapi masa tu rajin belum sampai lagi. Bila dah rajin ni, dapatlah kita sampai sini.
Patutlah banyak lebah di sini sebab ada bunga butter daisy warna kuning tu, bunga matahari versi kecil. Kawasan ni sini lapang dan rata je. Dapatlah menyaksikan kenderaan di jalan raya bawah tu lalu lalang. Nampak rendah je tapi nak sampai sini jauh jugalah pada saya.
Cukuplah sekali ni kot sampai sini. Lepas ni kita hiking route biasa je lah.
Dah berjalan jauh pun tapi langkahnya tak cukup pun 10 ribu langkah. Ambil masa hampir 2 jam jugalah. Balik rumah sambung buat cardio workout.
Turun je Bukit Kepayang hujan renyai. Masuk kereta hujan pun berhenti. Mujur tak hujan lebat. Tapi syok juga hiking waktu mendung ni, dia sejuk sikit tak panas. Hiking pun santai-santai je.
Best nya. Cakap dengan hubby, Seremban banyak bukit tak tinggi. Nak try la nanti. Kita pun team Leha2 je naik bukit. Hehe.
ReplyDeleteYang saya tahu di Seremban ada Bukit Kepayang dan Hill Park S2 Height Seremban 2. Selain tu yang berdekatan, Bukit Melati Nilai, Bukit Galla Mantin. Nanti kot tersinggah bolehlah hiking kat sini. Samalah kita team leha-leha. hihi...
DeleteMendaki Bukit Kepayang takpe, jangan mabuk kepayang.. Hihi
ReplyDeleteItu dah lain tu. hihi...
DeleteKalau uncle ketaq lutut dah ni....
ReplyDeleteUncle pasti boleh uncle. Tak ketaq lutut haihh...
Deletekalau ada ramai org ok laa tu x laaa terasa sunyi berdua je kan...
ReplyDeleteada lebah tu kena hati2 tu... silap langlah habis kite nanti
Kalau dah biasa naik tak rasa sunyi sangat. Kadang ada anjing juga tapi jinak. Ya, kena hati-hati. Risau juga kalau tiba-tiba kena sengat.
DeleteView background gambar second last tu cantik.
ReplyDeleteSitu memang cantik sebab tu gigih juga pergi. hehe...
DeleteBestnya! Bilalah nak start hiking ni huhu...
ReplyDeleteJom mula hujung minggu ni!
DeleteSayang² buah kepayang, ditelan pahit dibuang sayang. Tak kisahlah selalu cerita pasal Bukit Kepayang pun tapi kita kagumlah tengok Fiza rajin hilang. Terbayang nak pegang tali tu, kita tak kuat, huhu.
ReplyDeleteAlamak berpantun lah pulak. Kena beli ke ni? Saya tak pandai berpantun. hihi...
DeleteHarapnya berterusan lah rajin tu datang untuk menjayakan misi tahun ni. Tali tu kalau pegang tanpa lapik bukan sekadar kotor tapi datang dengan pakej bengkak sekali kadang. Kena pakai sarung tangan baru OK kuat genggaman dan tak sakit.
kalau saya ni bukan takat leha-leha mau lembik kaki terus
ReplyDeleteBelum cuba belum tau. Kena cuba dulu. hehe...
DeleteBaguslah ada aktiviti yang menyihatkan. Jadikan sebagai gaya hidup. Mesti seronok sebab kita suka lakukannya. Suka pula tengok bunga teratai tu. Cantik kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga terus konsisten.
DeleteBunga teratai kembang mekar memang cantik.
Saya kalah baca bukit kepayang yg sering kakak hiking nih, jadi ingat bukit di belakang rumah saat masih di Aceh. Miri2 lah sebenarnya. Tp Krn dulu saya blm suka workout, yg sering hiking hanya papa.
ReplyDeleteBerhubung itu bukit 1-1 nya yg terdekat dengan rumah, jadi memang selaluuuu kesana olahraganya 😄. Pernah beberapa kali saya ikut temankan papa, cuma waktu itu tak suka lah, mungkin Krn msh anak2' juga 🤣.
Hihi...bukit favourite yang dekat dengan rumah. Kalau dekat senang dan rajin sikit nak pergi. Kalau masa tu suka hiking mesti dah banyak kali juga naik bukit tu kan.
Delete