Hiking Bukit Kepayang Sekejap Je

Bulan September hanya dapat 2 kali je buat aktiviti hiking. Itupun hiking Bukit Kepayang je lah. Dekat dan mudah. Kira okaylah tu misi berjaya at least sebulan sekali dua macam tu naik bukit. Sesekali kita berdamai dengan alam. Bukan selalu.

Tapi kalau dapat setiap minggu tu, memang best lah! Penat yang berbaloi. Dapat bakar lemak, dapat menyihatkan badan bila keluar peluh dan menyihatkan jantung. 

Selain itu, menikmati alam sambil melepaskan endorphins untuk kesihatan mental. Kita akan dapat feel good chemicals atau happy hormone yang dikenali sebagai dopamine untuk kesihatan yang lebih baik. Sebab tu kalau hiking akan rasa happy. YTJT.

Untuk penutup September, kami hiking santai dan sekejap je di Bukit Kepayang pada 29 September. Cuaca agak mendung nampaknya. Awal pagi tak banyak kenderaan di jalan raya. Tak sibuk dan kami sampai awal.

Hiking Bukit Kepayang

Mula hiking pada jam 7.08 pagi. Kami ikut laluan tasik bunga teratai (Lotus Pond) boleh rujuk dalam blogpost hiking Bukit Kepayang laluan pacak. Kami ikut laluan yang sama cuma kali ni tak berjalan lebih jauh. Hanya setakat puncak dan tak sampai ke kuil India tu.

Lepas melalui tasik bunga teratai. Jalan landai sekitar 7 minit macam tu akan sampai big pipe trail ni. Di situ boleh jalan ke kanan, ke kiri atau ke depan ikut trail pacak ni. Ikutlah mana nak pergi. Kami terus ikut laluan pacak ni.

Hiking Bukit Kepayang

Nasiblah bila hiking waktu selepas hujan ni. Memang bertanah lah semua. Tak suka jumpa tanah macam ni. Licin pun satu hal juga. Tapi hadap je lah. Barulah mencabar, kan?

Hiking Bukit Kepayang

Laluan ni dia naik dan naik. Tapi ada je laluan landai sikit-sikit. Dapatlah rehat ambil  nafas sikit.

Hiking Bukit Kepayang

Cabaran terakhir laluan mendaki yang mencabar juga. Tali disediakan untuk memudahkan pendakian. 

Hiking Bukit Kepayang

Ini antara laluan yang biasa kami tempuh kalau hiking di Bukit Kepayang. Jarang bertembung dengan orang lain. Sekali dua je. Mungkin ramai yang ikut laluan biasa tu. Kalau nak mencabar sikit, bolehlah ikut laluan sini. 

Ada lagi laluan mencabar, cuma kami tak explore je. Risau lah kot jumpa jalan mati lagi macam hari tu. Dah lah trail pacak bukan main. 

Ikut big pipe trail ni ambil masa 40 minit untuk sampai ke puncak. Itu ikut pace kami lah. Pace orang lain mungkin lagi laju lah kot sampai puncak. Kami hiking santai-santai je.

Hiking Bukit Kepayang

Sambil berjalan kita nikmati permandangan indah waktu pagi.  Bila mendung lambat panas nampaklah kabus kabus di celah-celah bukit. Cantik permandangannya. 

Waktu kami sampai puncak tak ada orang lansung. Aikkk mana pergi semua orang. Biasanya meriah. Mungkin meriah di hari Sabtu je kot. Hari Ahad ni macam sunyi sikit. Tak ada lah berebut nak bergambar di sini kan. 

Hiking Bukit Kepayang

Tak lama di puncak, dah bergambar terus turun. Turun ambil masa kejap je 29 minit sebab ikut laluan mudah. Dapatlah sejam lebih sikit. Okaylah tu buat penat sekejap.

Semoga konsistent dapat buat sampai hujung tahun dan seterusnya. Semoga misi berjaya. Bukan hangat-hangat tahi ayam macam azam nak kurus tu. Opss...

Kita jaga kesihatan selagi boleh. Kurus tu letak nombor dua dulu ye.

10 comments:

  1. Jadilah hiking walaupun sekejap... dapatlah cuci mata dan keluarkan peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Amie. Terapi di hujung minggu cerita dia.

      Delete
  2. Kalo dah terbiasa berolahraga, pasti tak nak berhenti. Krn memang endorphins yg dihasilkan akan buat kita happy. Krn itu makin berkeringat, makin letih, tapi makin senang saya dibuat. Happy sangat.

    So far saya dah lama tak hiking. Agak jauh kalo nak hiking di sini 😄. Harus keluar jakarta lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fanny. Dah biasa, dia jadi tak best kalau tak buat apa² aktiviti keluarkan peluh. Ooo..tempat hiking jauh boleh jadi salah satu faktor malas nak hiking juga kan.

      Delete
  3. x pe janji dpt hiking
    tp buat lps hujan tu mmg mencabar juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, janji dapat hiking sudah. Masa turun hujan turun renyai sekejap je. Mujur juga dah nak sampai bawah dah.

      Delete
  4. Tahniahnyer masih larat mendaki sukar macam tu

    ReplyDelete
  5. bagusnya.. MA x minat hiking so memang x la.. he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Hihi..faham faham. Lain orang lain minat dia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.