Ke Pasar Ampangan Seremban Baru

Selepas hiking Bukit Kepayang, jom kita ke Pasar Ampangan Seremban yang baru di buka pada 18 September 2024 haritu. Tujuannya nak membeli barang-barang dapur lah. Barang basah dan kering. 

Pasar Ampangan baru ni tak jauh pun dari Pasar Ampangan lama. Cantik bangunan pasar yang baru ni. Ye lah kan, baru lagi memang lah cantik. Dari pasar lama menjadi sebuah kompleks moden. 

Pasar Ampangan Seremban

Pertama kali datang sini memang terpinga-pinga lah kita. Mana nak parkir semua tu. Ada parkir luar dan parkir bertingkat di atas. Parkir bawah dah tentu lah penuh sebab orang malas nak ke tingkat atas naik turun lif bagai.

Pasar Ampangan Seremban

Kalau dah ke pasar, kita beli barang basah yang segar-segar lah. Biasanya beli ikan kembung. Kalau nak tukar menu beli ikan siakap. Selain ikan, beli juga sotong besar, udang atau kalau ada kerang elok baru beli.

Beginilah rupa pasar basahnya. Sebaris tu memang jualan barang basah je lah. Pilih je kedai mana yang menepati bajet dan selera masing-masing. Bahagian ayam dan daging sebelah belakang kedai ikan ni. Kami jarang beli ayam dan daging. Jadi, ambil gambar kedai ikan je. 

Pasar Ampangan Seremban

Dah selesai di bahagian basah, kita ke bahagian kering pula untuk beli stok kentang. Saya beli kentang holland sebab cepat empuk bila direbus. Ye lah, hari-hari sarapan telur dan kentang. Memang kena beli stok setiap minggu. Seminggu 12 biji untuk 5 hari sarapan dan bekal diet encik suami.

Pasar Ampangan Seremban

Tak lupa juga tambah stok buah-buahan. Setiap minggu beli buah naga je. Pernah beli buah dokong tu. Elok je dijual segugus segugus. Elok dan manis rasa dia. Berbaloi beli buah segar dan elok ni.

Pasar Ampangan Seremban

Eh, lupa nak ambil gambar kedai sayur. Sayur jangan dilupakan. Kena beli juga. Wajib ada sayur. Banyak lagi kedai-kedai di Pasar Ampangan ni. Ada jual kerepek, makanan tempatan dan sebagainya.

Bersih dan agak luas juga ruang pasar ni. Tapi kalau ramai agak sesaklah sikit. Kemudahan lain yang disediakan seperti toilet dan bangku. 

Suka membeli barang basah dan kering di sini. Segar dan elok. Urusan jual beli pun mudah sebab kebanyakkan penjual terima bayaran melalui QR code. 

Tapi pastikan jugalah bawa duit tunai. Nak beli barang nilai kecil tu boleh lah guna tunai je. Tentang harga, ada murah ada mahal. Kalau mahal tapi elok tu kira berbaloilah juga. Harga barang zaman sekarang, kita nak expect apa kan.

19 comments:

  1. Teringat 33 tahun yang lalu... waktu praktikal teaching duduk di Ampangan. Terbayang-bayang beli seekor ikan keli yang siap dibersihkan... bawa pulang ke flat untuk dimasak balado buat buka puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang tu dah siap dibersihkan. Beli je terus dorang bersihkan tanpa diminta. Settle satu kerja kita kan kak Amie.

      Delete
  2. Suasana pun nampak selesa dan tersusun, senang nak jalan-jalan sambil membeli barangan keperluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lebih selesa dan seronok membeli dengan suasana begini.

      Delete
  3. Kalau ke pasar, nak beli sikit2 je konon, tapi balik penuh beg plastik di tangan. Suka tengok ikan dll yang fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Memang begitulah biasanya. Tahu-tahu banyak beg plastik kat tangan. Sangat berbaloi beli yang fresh². Tahan lama dan masakan pun jadi sedap.

      Delete
  4. Ini semacam pasar modern lah yaa. Di sinipun ada, tp jauh dari rumah saya. Yg Deket rumah saya cuma pasar tradisional yg sedikit becek, basah dan aroma bermacam2 lah 🤣

    Sukaaa kalo belanja barang dapur di tempat seperti ini. 😍. Karena rapi layout ruangannya. Dan tak kotor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pasar moden lebih bersih dan selesa untuk membeli barangan. Becak dan pelbagai aroma tu dah pastinya kalau pasar lama. hehe..

      Delete
  5. harap2 pasar baru ni dijaga sebaik baiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. Kena ada penyelenggaraan berkala juga untuk kekalkan sebegini.

      Delete
    2. kann pihak pengurusan jg kena tegas selalu. barulah pasar ni dpt maintain smpi bla2

      Delete
  6. Nampak kemas dan selesa pasar ni ... Seronoklah kita nak memilih barang dan membeli pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih teratur dan sedap mata memandang gitu kan. Nak shopping barang pun seronok.

      Delete
  7. o..dah bukak dah yer? boleh la ajak Ibu ke sana nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye dah bukak 18 September hari tu. Nanti bolehlah pergi.

      Delete
  8. Besar pasarnya. Bertingkat-tingkat. Biasa kalau pasar tani, boleh tawar-menawar. Kat sini boleh jugak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, boleh tahan besar dan bertingkat. Tak pasti lah boleh tawar menawar ke tidak sebab kita tak pernah tawar menawar. Tapi pernah juga dapat diskaun daripa penjual. Contohnya kalau ada sen sen tu dia genapkan jadi ringgit je.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.