Beralih Kepada Logitech Lift Vertical Ergonomic Mouse Komputer

Setelah 6 tahun berkhidmat, silent mouse komputer telah menunjukkan tanda-tanda tak sihat. Bebola dia dah gelong. Bila scroll ke atas ke bawah dia jadi loose. Sebelum ni pernah jadi benda yang sama tapi lepas bersihkan dia okay je.

Tapi kali ni dia tak tentu arah sudah. Maknanya kita kena tukar baru. Ada lah alasan untuk tukar yang baru tu. Lagipun dia punya getah bahagian kita letak ibu jari tu pun dah haus dah. Bila bersihkan pun serpihan getah-getah dia ikut tertanggal. 

Itu menguatkan lagi alasan untuk beli baru. Kan!

Kami bercadang nak beli di AEON Seremban 2 je. Nak pergi ALL IT Hypermarket di IOI macam tak rajin. Jadi pergi AEON je lah terpaling dekat pun.

Mulanya kami pergi kedai komputer. Tapi tak banyak pilihan. Jomlah kita tengok di bookstore POPULAR. Kot ada yang berkenan ke kan. Kita survey dulu.

Hasil carian di situ, saya memilih Logitech Lift Vertical Ergonomic Mouse warna pink. Rasanya ini pertama kali saya pilih mouse warna pink. Walaupun peminat tegar warna pink tapi belum terdetik lagi nak warna pink. Ini kalilah pilih warna pink.

Dan saya masih memilih jenama yang sama iaitu logitech. Jenama barangan komputer yang dipercayai dan terbaik.

Lift Vertical Ergonomic Mouse

Saja saya pilih jenis ergonomic untuk keselesaan tangan bila buat kerja dalam tempoh yang lama. Kita ni jenis buat kerja depan komputer je, macam sesuailah tu. Saiz pun sesuai dengan saiz tangan saya. Untuk elakkan terjadinya carpal tunnel syndrome pun ye juga. 

Lift Vertical Ergonomic Mouse

Mouse ni juga memiliki kelebihan tanpa bunyi. Tak lah bising kita dok tekan-tekan mouse tu. 

Lift Vertical Ergonomic Mouse

Selain tu ada button tambahan di bahagian tempat letak ibu jari. Button untuk back and forward. Jadi, tak payah lah kita nak cari anak panah back atau forward button di screen monitor. Tekan je di mouse tu. Mudah! Tapi saya belum biasa lagi. Almaklumlah benda baru.

Saya dah guna sejak bulan September hari tu. Setakat ni dah boleh biasakan tangan dengan ergonomic design ni. Cuma button tu je lah sedikit kekok. Belum biasa lagi. Lama-lama nanti mahirlah dia. Kita tengok berapa lama pula ketahanan mouse ni nanti.

8 comments:

  1. Aiiiiihs cantiiiiik bentuk dia kaaak fiza 😍😍😍. Sukaaa saya. Tadi agak confused juga macam mana posisi tangannya. Setelah lihat foto baru paham .

    Mouse saya msh model lama, tp Krn msh berfungsi, nantilah nak ganti. Kalo dah tak bisa , baru beli baru. Saya nih pun tipe yg kalo pakai laptop, wajib pakai mouse juga. Tak bisa hanya mengandalkan touch pad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan bentuk design dia. Nanti kalau nak tukar baru, cubalah yang begini pula. Pakai touch pad agak lambat sikit kerja kan. hihi...

      Delete
  2. menarik juga ni sy pun berkira2 nak cari mouse baru
    berapa rm ni fiza?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Betul wak, bentuk dia lain sikit. Bukan macam tetikus biasa. hihi...

      Delete
  4. Ni kalau tak biasa pakai, mau pening. Tapi cantik warnanya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.