Header Ads

Singgah Makan Di Richiamo Coffee Gemas

Dalam perjalanan balik dari kampung dari Segamat ke Seremban, singgah di Gemas sebentar untuk menjamu selera. Kami memilih untuk makan di Richiamo Coffee Gemas yang baru di buka awal tahun ni kalau tak silap. 

Masih bau kedai baru. Masuk-masuk je, bukan main sejuk lagi dia punya suhu pendingin hawa tu. Terus buat pesanan di kaunter dan cari meja kosong. Memandangkan tak ramai orang, dapatlah memilih tempat duduk dan meja yang lebih selesa. Jauh sikit dari meja yang lain. 

Richiamo Coffee Gemas

Tak lama menunggu, buzzer pun berbunyi. Macam biasa menu pilihan saya, hazelnut latte. Air encik suami macam biasa minuman sejuk. Tapi saya lupa encik suami pesan menu apa. 

Richiamo Coffee Gemas

Makanan pula saya pesan set nasi daging asap salai. Daging salai masak lemak cili api didatangkan bersama semangkuk nasi putih, sambal belacan, sehiris timun, sehiris lobak merah, sehelai daun salad dan seekor ikan masin. Ikan masin apa tak tahu lah.

Encik suami pula pilih set nasi lemak rendang. Saya tak sempat rasa dek leka dengan menu pilihan sendiri yang sedap tu. hiks~

Richiamo Coffee Gemas

Menu Richiamo Coffee Gemas ni tak mengecewakan. Dua-dua menu sedap. Setakat ini saya makan di mana-mana cawangan Richiamo Coffee di Negeri Sembilan sedap. Satu cawangan di Selangor je gagal menepati KPI selera kami. 

Saya paling suka set menu daging salai asap Richiamo Coffee di City Park Seremban 2 sebab sayur-sayuran dia macam acar jelatah. 

Selain menu-menu tempatan, dia punya pastry pun sedap. Saya pernah cuba Chocolate Roll Danish. Pastry yang lembut dan rapuh, inti coklatnya yang sedap dan aroma butter yang best. Membangkit selera makan.

Menu pilihan lain yang sedap mengikut selera saya
Apa lagi yang sedap? Lepas ni setiap kali lalu sini balik kampung, bolehlah kita singgah makan mengopi ke kan. Dah alang-alang limpas tu. Singgah kejap. Dulu di Segamat ada, tapi dah tutup lah pula. 

kalau nak mengopi di Segamat, kita pergi KOFFIE Jalan Mentol.

هناك 16 تعليقًا:

  1. Uish, kalau Fiza kata sedap, tentu sedap ni sebab kita tak pernah lagi makan daging salai masak lemak RC. Biasanya kita ambil menu spaghetti jer. Ok pulak tu Fiza makan lauk lemak & latte, tapi, kalau dah ke RC, rugi pulak tak mengopi kan. Eh, macam lama pulak tak pergi RC.

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti bolehlah try daging salai asap ni pula. Spaghetti RC pun sedap kan. Suka jugak. Hihi..bolehkan saje. Alang-alang masuk kedai kopi, nanti tak kopi pulak.

      حذف
  2. Terliur tengok kopi dan nasi dengan masak lemak daging salai tu. Akak jarang ada peluang ngopi kat Richiamo. Selama ni kalau pergi pun, tak pernah cuba menu2/makanan berat kat sana.
    Lain kali nak try la 😊

    ردحذف
    الردود
    1. Daging salai asap tu memang sedap. Mungkin jarang orang mengopi makan berat kot. Nanti bolehlah cuba kak Farrah.

      حذف
  3. ooo... ada makanan berat rupanya di richiamo coffee ni. belum pernah sekali pun masuk sebab ingatkan ada pastry, kek, dan coffee je

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, ada KakYan. Banyak juga menunya. Menu lokal mostly sedap-sedap. Nanti cubalah menjamu selera di Richiamo Coffee ni.

      حذف
  4. ooh tuari wak try gak Richiamo Desaru bandar penawar tuh., hehe

    ردحذف
  5. Akk pun suka makanan² di RC...
    Pendek kata semua sedap² la kan

    ردحذف
  6. Comel jew hidangannya walaupun hiasannya sehelai daun salad, sehiris lobak dan timun serta seekor ikan masin kecil. Apabila makan nasi bubuh kuah daging salai masak lemak cili api, pergghhh!

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..buat ada-ada je kaedahnya kot kan. Yang penting kuah masak lemak cili api tu umphh..makan dengan nasi tanpa daging pun sedap dah.

      حذف
  7. Richiamo ini saya belum pernah coba. Cuma Zus saja. Nantilah nak coba juga, apalagi banyak yg bilang memang sedap. Kalo bab kopi, saya paling suka utk coba macam2 brand 😄.

    Menarik juga Krn ada menu berat ya kak. JD kalo lapar, bisa lah pesan nasi dan lauk.

    ردحذف
    الردود
    1. Bila datang ke Malaysia nanti jangan lupa cuba Richiamo pula ye. Ada banyak pilihan makanan berat, pastry dan western. Sekarang dah macam-macam jenama kopi.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.