Tanam Jagung Di Tepi Rumah Je
Dua Minggu lepas berkesempatan balik kampung di Segamat. Dapat balik kejap pun jadilah setelah dua bulan tak balik kampung. Biasa sebulan sekali kita balik. Dah encik suami sibuk kena kerja sampai weekend kadang, lari lah sikit rutin balik kampung tu.
![Tanam Jagung Di Tepi Rumah Je Tanam Jagung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBfWPsl2nu6V5zo2Mnu2t-NRLYxGCAPiQJ8Agam8VQB4_Y-UjJDU6OvN4ltPjqNWiMMVFigqPtaWHnPKq9lp5F-ggsMrTg-BSWs1JcgwaVuez7GKFEttd1E1sgp1N5ADXVwbrZbH2LdHPh5UG6ddmPO_u8sRs9lvOz9nutPP-gkD840O3sdHplBpdCWP4N/s16000-rw/pokok%20jagung.webp)
![Tanam Jagung Di Tepi Rumah Je Tanam Jagung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3wKQC-JRhe8oRse-6IJCL5AiJOTEyGY1izh6K9zUxezVCZv1yJgYIy2mN7CkdTpodYTB3DGkCgHzm7Sy22935gerfjejvjjP9ostVQcaiWxRG55JRfryfXZ4Y1dr4w35bRYxGijODCXujtsfnnMVLTqZDUalWr4EUdXrPK0m-Vbjl2PNBQUksMkGOmiWM/s16000-rw/Jagung.webp)
![Tanam Jagung Di Tepi Rumah Je Tanam Jagung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-DSADV1A0ub___qPkK4WYqDcxiST1zvC19zbyri4QGcondMm7h9TNkgNs3yBk2H9Xe_ZFJugmuGE8hJnfznX2ySpAmtm2QZe8clLRXTOL_qjN-tH6gpT6v2QyUeccGo4ILiGpfuBcEhBXV_sMGu4xddRsOsximlbyTUxhgrhn5HbsgzHQIK8GjSjqniF1/s16000-rw/jagung%20kampung.webp)
Kali terakhir balik kampung hari tu mak ada sebut juga nak tanam jagung. Masa tu dah sibuk bersihkan tepi rumah tu dari bagi lapang sikit. Pokok-pokok bunga habis di ketepikan nak bagi ruang untuk tanam jagung pula.
Tahu-tahu balik selepas 2 bulan ni dah berbuah dah pokok jagungnya. Cepat betul jagung ni mengeluarkan hasil. Dulu masa arwah abah ada, abahlah yang suka tanam jagung ni. Bukan di kebun je ada tanam jagung, di tepi rumah pun arwah abah ada tanam juga.
![Tanam Jagung Di Tepi Rumah Je Tanam Jagung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBfWPsl2nu6V5zo2Mnu2t-NRLYxGCAPiQJ8Agam8VQB4_Y-UjJDU6OvN4ltPjqNWiMMVFigqPtaWHnPKq9lp5F-ggsMrTg-BSWs1JcgwaVuez7GKFEttd1E1sgp1N5ADXVwbrZbH2LdHPh5UG6ddmPO_u8sRs9lvOz9nutPP-gkD840O3sdHplBpdCWP4N/s16000-rw/pokok%20jagung.webp)
Berbaloilah tanam masa tu tinggal berdua je di kampung kan. Mana berlebih tu, siapa ada balik dapatlah. Tak pun diberikan je pada sesiapa.
Hasil jagung tanaman mak ni masih belum boleh dituai lagi untuk direbus. Mak kata kalau nak ambil, ambillah podak jagung tu. Tahu tak podak jagung tu apa? Orang Johor panggil baby jagung tu podak jagung. Ke orang Segamat je panggil macam tu?
![Tanam Jagung Di Tepi Rumah Je Tanam Jagung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3wKQC-JRhe8oRse-6IJCL5AiJOTEyGY1izh6K9zUxezVCZv1yJgYIy2mN7CkdTpodYTB3DGkCgHzm7Sy22935gerfjejvjjP9ostVQcaiWxRG55JRfryfXZ4Y1dr4w35bRYxGijODCXujtsfnnMVLTqZDUalWr4EUdXrPK0m-Vbjl2PNBQUksMkGOmiWM/s16000-rw/Jagung.webp)
Podak jagung sedap buat sayur campur atau campur dengan kobis masak lemak putih. Kan?
Mak tanam tak banyak. Sekadar tanam untuk makan sendiri je. Harap eloklah isi jagungnya nanti dan tak diganggu musuh. Pernah dengar orang cakap, nak tanam jagung ni tukang tanam tu kena ber gigi elok baru elok isi jagung tu tak rongak. Entah betul entah tidak.
Biasalah orang dulu-dulu punya petua. Macam-macam kan.
![Tanam Jagung Di Tepi Rumah Je Tanam Jagung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-DSADV1A0ub___qPkK4WYqDcxiST1zvC19zbyri4QGcondMm7h9TNkgNs3yBk2H9Xe_ZFJugmuGE8hJnfznX2ySpAmtm2QZe8clLRXTOL_qjN-tH6gpT6v2QyUeccGo4ILiGpfuBcEhBXV_sMGu4xddRsOsximlbyTUxhgrhn5HbsgzHQIK8GjSjqniF1/s16000-rw/jagung%20kampung.webp)
Selain seronok menaman berbudi pada tanah, seronok juga dapat merasa hasil tanaman sendiri. Jagung ni mudah nak tanam dan mudah nak hidup. Ingat dulu tolong abah di kebun buat lubang guna kayu, lepas tu letak lah biji benih jagung.
Mudah je! Tahu-tahu dah bercambah keluar anak pokok. Lebih kurang 2 bulan lebih dah boleh tuai. Duduk kampung ni tanam apa pun menjadi. Kawasan luas dan cahaya pun mencukupi.
Seronoknya..Pak Zain dah x kuat nak bercucuk tanam..akak nak amik alih confirm mati semua pokok...
ردحذفMemang seronok. Tambah lagi ada hasilnya. Boleh tu kak, nanti cuba ye. Ke kena berguru dengan Pak Zain dulu.
حذفKita tak sebut podak, kita sebut putik jagung, hihi.
ردحذفOhh belah selatan Johor sebut putik ek. Okay²..faham.
حذفbestnya ada tanah boleh menanam macam ni..sejuk la tangan awak kan
ردحذفDi kampung tanah agak luas sikit, dapatlah bercucuk tanam. Bukan saya tanam, mak saya tanam. Saya balik kampung tahu tahu dah besar je pokoknya.
حذفalhamdulillah, bestnya dapat bercucuk tanam tepi rumah je..rumah ciksun sekarang da tak sesuai nak bercucuk tanam
ردحذفAlhamdulillah..rumah taman ni payah sikit nak bercucuk tanam kan. Kawasan kampung tu seronoklah tanam terus dalam tanah.
حذفalhamdulillah..seronoknya
ردحذفAlhamdulillah...seronok tengok hasilnya.
حذفAlhamdulillah sekejap je naik dan berbuah ye... Berbudi kpd tanah ni seronok...
ردحذفOrang Baling panggil sodek jagung :)
Alhamdulillah..a'ah kak, sekejap je dah besar pokoknya. Ooo sodek jagung. Pertama kali dengar. Terima kasih share.
حذفBestnya tanam jagung di tanah sendiri.
ردحذفRebus dengan kulitnya, sedap baunya.
Wahh terasa-rasa aroma jagung rebus dengan kulitnya tu kak Amie. Tak sabar rasa nak makan kan.
حذفBestnya dah boleh tuai hasil.
ردحذفAlhamdulillah..sikit hari tu dah boleh tuai dah. Dapatlah merebus, buat bubur ke kan.
حذفBagus tanam jagung sendiri
ردحذفNak beli pun dah mahal
Untung kan wak kalau tanam sendiri ni. Dapat makan lebih. Tak tahulah harga jagung sekarang. Lama sungguh tak membeli jagung.
حذفberbudi pd tanah., hehe
ردحذفYe wak. Begitulah...hehe...
حذفAkak pula yang terlebih excited tengok pokok jagung yang bertumbuh subur tu. First time dengar podak jagung…
ردحذفHihi..kalau kita tanam sendiri terasa lama nak tunggu besar tu kan. Kalau sesekali balik kampung, tengok tahu tahu dah besar dah. Mungkin tempat saya je kot panggil nama camtu.
حذفbanyak kali tanam jagung, tapi tak sempat membesar, dimakan belalang la, siput la, haishh
ردحذفAduhaiii..banyak pula musuhnya si jagung ni. Kena tanam tempat yang tak banyak musuh nampaknya.
حذفKalo disini baby jagung disebut putren kak. Saya memang sukaaa. Dimasak tumis atau campuran ke capcay 😄👍.
ردحذفJD ingat dulu saat msh di Aceh, gardener ada tanam macam2 tumbuhan salah satunya jagung. Pas panen sedaap sangat. Direbus saja, dah terasa manis 😄
Ooo putren. Terima kasih share. Nanti tak lah pelik bila dengar kan. Capcay apakah pula? Terus saya google. Saya campur rupanya ye. Ye, biasanya campur juga dalam sayur campur. Jagung rebus selepas petik extra sedap bukan.
حذف