Yogurt Farm Fresh Sedap

Sejak tahu Farm Fresh ada keluarkan yogurt, kita pun selalu membeli yogurt setiap minggu. Kalau tidak, tak tahu nak beli jenama apa yang sedap sebab kebanyakkannya produk yang diboikot. Jadi, bila ada yogurt Farm Fresh ni senang hatilah kita nak membelinya pun.

Mulanya nak rasa-rasa je. Sekali, ehhh sedap! Terus kita konsisten membeli setiap minggu. Dapat makan seminggu sekali pun jadilah kan buat tambah probiotik. 

Tapi nak lagi sihat kena pilih greek yogurt sebab kurang karbohidrat, iaitu gula dan lebih banyak protein. Itu apa yang saya baca lah. Kalau silap, sila tegur betulkan.

Greek yogurt juga dikatakan lebih berkhasiat kerana mengandungi lebih banyak mineral kalsium. Teksturnya lebih pekat berkrim. Yang saya beli ni jenis yogurt biasa.

Yogurt Farm Fresh

Berkali-kali sudah kami membeli. Semua pun sedap! Yogurt yang kental lemak berkrim dengan campuran buah yang sedap. Lapisan buah diletakkan pada dasar. Nak makan tu kena kacau rata baru sedap menikmati semangkuk yogurt ni. Tak seperti yogurt lain yang dah siap-siap dikacau mesra.

Yogurt Farm Fresh

Greek yogurt lebih mahal sikit berbanding yogurt biasa. Seingat saya untuk yogurt biasa 120g ni RM2 lebih dan greek yogurt RM4 lebih macam tu. Harga di setiap kedai berbeza. Jaya Grocer mahal sikit lagi. Biasa beli di Mydin.

Kedua dua jenis ni ada campuran buah-buahan. Jadi tak bosan menikmatinya. Untuk yogurt asli kami pernah beli saiz besar. Jenuh juga nak habiskan. Kena makan bersama potongan buah-buahan baru lalu nak makan. Suka makan yogurt asli dengan buah naga. Nyummy!

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.