Bab 11 : November 2024
Bila dah lama tak update blog, tahu-tahu dah masuk bulan November dah! Begitulah kehidupan tuan tanah sekarang ni. Macam biskut. Kejap muncul, kejap hilang.
Nak buat macam mana kan bila idea tak mengalir. Tak ada modal nak menaip pun. Taip padam taip padam. Betul-betul writer's block cerita dia.
Masuknya bulan November maknanya ada sebulan lebih je lagi baki tahun 2024. Lagi 4 bulan lebih je lagi nak masuk Ramadan dan Syawal. Awal bulan Mac 2025 Ramadan, hujung Mac 2025 Syawal. Semoga ada rezeki kita bertemu Ramadan.
Nak buat macam mana kan bila idea tak mengalir. Tak ada modal nak menaip pun. Taip padam taip padam. Betul-betul writer's block cerita dia.
Page 306/366
The moment that you wonder if you deserve better, you do! You're focus determines your reality.
Apa yang menarik di bulan November? Saya pun tak ada idea apa yang menariknya. Cuma teringin nak pergi Petronas Grand Prix of Malaysia 2024 pada 1 - 3 November 2024. Tapi itulah, kemalasan menguasai diri.
Malas nak bersesak dan malas nak kena parkir jauh-jauh. Tahu je lah bila ada event, confirm kena parkir jauh. Nak naik motor, malas pula. Pendek kata, malas tapi nak pergi. Faham tak? Tiket pun tak beli awal. Habis dah rasanya kot.
1 November pun ramai yang sambung cuti Hari Deepavali kan. Dapatlah cuti long long weekend sampai hari Ahad. Dan bila musim perayaan, jalan pun sesak. Yang bercuti, sila rancang perjalanan percutian masing-masing.
Cuti umum/ Public holidays November 2024
1 November – Hari Keputeraan Sultan Perak/ Sultan of Perak's Birthday (Perak)Sambutan pada bulan November
Sabtu Pertama November – Sambutan Hari Kanak-Kanak (Children's Day)
Khamis Ketiga November – Sambutan Hari Falsafah Sedunia (World Philosophy Day)
11 November – Sambutan Hari Veteran (Veterans Day)
12 November – Sambutan Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia (World Pneumonia Day)
14 November – Sambutan Hari Diabetes Sedunia (World Diabetes Day)
17 November – Sambutan Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia (World Prematurity Day)
19 November – Sambutan Hari Lelaki Sedunia (International Men's Day)
19 November – Sambutan Hari Tandas Sedunia (World Toilet Day)

20 November – Sambutan Hari Kanak-Kanak Universal (Universal Children's Day)
21 November – Sambutan Hari Televisyen Sedunia (World Television Day)
25 November – Sambutan Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa (International Day for the Elimination of Violence against Women)
30 November – Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri (Self-injury Awareness Day)

Selamat dtg bulan baru
ReplyDeleteBulan baru, semangat baru. Semoga November lebih banyak kenangan manis.
DeleteYes.. 19 November, Hari Lelaki Sedunia.. Nak ambil cuti.. Haha
ReplyDeleteWahh...special betul tu. hihi...
DeleteCepat betul kan masa berlalu.
ReplyDeleteBenar, tak terkejar masa.
Deletebagaimana dengan november ini
ReplyDeletesudah mendekati akhir taun
menunggu datangnya tahun baru 2025
Ya, tak lama lagi nak masuk tahun baru sudah. So far so good.
DeleteTak apa kak fizah, semoga Nov ini lebih mengalir lagi ide2 utk tulisan ☺️.
ReplyDeleteOhhh hari ini last petronas grand prix lah?
Memang cepat betul waktu berlalu yaa. Dulu zaman sekolah rasanya lamaaa sangat. Ntah kenapa setelah usia 40, macam lari jadinya. Tahu2 dah hampir 2025. Langsung teringat saya belum ganti puasa ramadhan
Harap begitulah. Aamiinn...Terima kasih. Tak sempat nak jejak MotoGP haritu. Tengok online je lah.
DeleteKena cepat ganti tu sebelum terlupa.
Tiba-tiba sudah muncul November... cepatnya masa meninggalkan kita!
ReplyDeleteKan Kak Amie. Pantas masa berjalan.
DeleteRasa sekejap je dah masuk bulan baru kan .. apa2 pun hidup kena teruskan dengan liku-liku cabaran untuk kita sama-sama terus ke hadapan ..
ReplyDeleteBetul kadang bila ketandusan idea nak menulis apa jadi tak ada mood nak update blog . Bila ada idea nak menulis busy pulak dengan kerja ..bbegitulah
Betul tu Lyana. Hidup perlu diteruskan. Begitulah kehidupan seorang blogger. Ada masa turun naiknya.
Deletesy pon hampir 3tahun xmuncul. baru nak muncul kan balik dunia blog ni hehe
ReplyDeletemasa ponn rasa cpt sgt berlalu.
Uishh lama tu. Welcome back! Benar, masa sangat cepat berlalu.
Deletenovember rain katanya, rain = rahmat Allah
ReplyDeleteNovember sangat sinonim dengan November rain kan. Tapi ada benarnya dengan rain sebab musim hujan biasanya bulan November dan Disember ni. Alhamdulillah hujan itu rahmat.
DeleteSemangat blogging saya pun turun mendadak
ReplyDeleteMusim mood blogger merundum agaknya. Jomlah kita bina semangat.
DeleteFiza punya takde ideapun tapi banyak juga pos daripada akak.
ReplyDeleteBetul itu kalau sesak orang jadi malas pergi.
Bulan ini mencabar sedikit perasaan sebab nanti Abah ada pembedahan.
Harap hari-hari Fiza menceriakan.
Writer's block sukar dibendung kadang.
DeleteSemoga Allah permudah segala urusan akak sekeluarga. Aamiin...
ammi salah sorang yg sambung cuti deepavali tu...sibuk gi berkhemah ahaks.
ReplyDeleteSeronok tu dapat cuti lama. Dapat pula pakej berkhemah. Lagilah seronok kan.
Deletediam tak diam dah tinggal sebulan je lagi tahun 2024
ReplyDeleteYa, kejap je nak masuk tahun 2025 dah.
Delete