Hazelnut Chocolate Kek Terbaru Secret Recipe
Ini cerita bulan Oktober yang lepas. Tak sempat update bulan Oktober, kita update bulan November. Apa ada hal kan.
Nak dijadikan cerita, tengah scroll scroll instagram nampak post Mira Filzah promote kek terbaru Secret Recipe, Hazelnut Chocolate. Nampak macam sedap je. Kita ni dah lah pencandu hazelnut.
Dalam hati berkata, "haruslah kena cuba ni"
Baca komen pun ramai yang cakap sedap. Apa lagi, jomlah kita membeli. Dia punya nak rasa, terus beli sebiji kek. Ini bukan rasa-rasa ni. Ini buat tambah lemak! Betul-betul cheat week. Bukan cheat day.
Awas, sila jangan tiru aksi ni ye.
Lepas ni sila puasa makan kek. Kek dipotong-potong masuk bekas. Senang nak makan. Hanya perlu keluarkan bekas je. Dia kalau tak potong lambat sikit nak habis. Sebab malas nak potong. Kannn?
FYI, Kek ni macam cepat cair lapisan luar dan dalamnya. Sampai rumah dia jadi lembik. Kena masukkan dalam peti ais baru bagi keras sikit baru mudah nak potong dan sedap di makan.
Harga kek Secret Recipe Hazelnut Chocolate
Tapi kalau biasa beli kek Secret Recipe mesti perasan harga pun dah semakin naik dan naik harganya. Barang mentah pun dah mahal sekarang ni. So tak boleh nak kata apalah.
Lapisan dalam kek macam kek chocolate indulgence, lapisan dia rendah sikit tapi. Apa yang buat lagi sedap dia tak manis sangat dan tak muak. Itu yang sedap tu. Tambah pula ada cebisan kacang hazelnut.
Kacang pun kecil-kecil dan tak keras sangat. Untuk pemakai braces masih boleh gigit dan kunyah.
Sebiji kek ni dalam seminggu lebih jugalah nak menghabiskan. Mujurlah tak rosak. Peminat kacang hazelnut dan kek coklat indulgence kena cuba. Sedap! pasti tak megecewakan deria rasa anda.
kalau saya dah habis makan baru rasa bersalah ni...haha
ReplyDeleteHahaha...itu kena bersalah sungguh-sungguh tu.
Deleteokey la,kena terjah jugak SR ni...lama x makan kek dia..tp nak beli 1 slice je...
ReplyDeleteKalau nak merasa cukup sepotong je kak. Jangan tiru kami. hehe..
DeleteOk ok jom kita ke Secret Recipe cepat2. Sedapnya kek baru ni.
ReplyDeleteSaya sudah. Memang sedap kan. hihi...
DeleteAkak memang suka kek yang tidak manis sangat sebab tidal muak makan.
ReplyDeleteHehe beli sebiji memang puas makan.
Hihi..memang puas makan kak. Lagi-lagi dia tak muak kan.
DeleteWow..Macam sedap jee..Okaylah, nak try Nanti! Hahaa..Takpe, cheat sesekali..Kan!
ReplyDeleteBukan macam je, memang sedap pun Nona. hihi..Jangan lupa try ye. Sesekali why not.
DeleteLooks so yummy..kena try ni 😉
ReplyDeleteJangan lupa cuba nanti ye.
DeleteMenarik keknya..
ReplyDeleteNanti bolehlah cuba.
DeleteLama tak berkunjung ke SR.
ReplyDeleteKena cuba juga ni.
Hehehee... Fizah, memang betul tu makan dulu menyesal kemudian.
Kena cuba nanti kak Amie. Confirm tak menyesal. In case kalau suka choc indulgence dan hazelnut. hihi...
DeleteAlamakk xda pula yg besday bln tidak leh jga promot suh beli kek ni he hee dpt rasa2
ReplyDeleteTgk potongan tu mcm indulgent
Jga kan
Ya, indulgence versi tak tebal dengan gabungan hazelnut.
DeleteNanti-nanti nak cuba trylah beli sepotong.
huiiishhh nampak sedap niiiiii nak try jugalah nanti lps gaji ;-)
ReplyDeleteSila cuba ye Anies. Rugi kalau tak cuba. hihi...
Delete😔 kenapalah SR tutup semua cabang dia di Indonesia yaaa. Saya sukaaaa padahal kek dan menu2 mereka. Dulu zaman dating Ama suami, tiap pacaran kami prefer makan di SR 😄.
ReplyDeleteNampak sedaap memang kak 😍😍. Yg saya suka dari kek SR, dia memang tak over manisnya, dan tak buat mual krim nya itu. Ada banyak kek yg krim nya malah bikin mual kan. sR tak. Sedap krim dia
Ohh disana dah tutup ye. Kek-kek SR jarang mengecewakan. Mostly sedap-sedap je. Nampaknya kena datang Malaysia lagi untuk mencuba.
Deletesi kira berbaloi la ni beli
ReplyDeleteYa, berbaloilah juga. Sedap dan cepat habis. hihi...
Delete