Header Ads

Bab 12 : Disember 2024

Wahh..betul-betul menghilang ye tuan blog. Ada je ni. Mati idea, itu yang lama menyepi tu. Ada yang mencari ke? Tak kan? 

Marilah kita meneruskan cerita dalam blog. Dah hari kesepuluh bulan Disember baru sempat nak menaip. 

Dah masuk bulan Disember 2024 dah kita. Bab 12, bulan terakhir dalam buku tahun 2024. Banyak cerita tertangguh belum sempat diceritakan lagi. Bila nak rajin entah.

Banjir 2024

Awal bulan Disember, ramai yang diuji dengan banjir besar sana-sini. Pantai Timur banjir teruk, utara pun sama. Tak ketinggalan di selatan pun turut kena tempiasnya. Dah macam acara tahunan pula.

Masih tak ada cara membanteras banjir atau kurangkan isu banjir ni. Kesian mangsa-mangsa yang saban tahun terpaksa hadapi masalah ni.

Di kampung saya, Segamat tak sah kalau tak banjir. Tahun ni pun masalah yang sama. Ban pecah lagi! Ban pula dibina tak kukuh. Aduhaiii...tak tahu nak cakaplah.

Syukur juga tak banjir tak lama macam sebelum ni. Dengar cerita, sehari jugalah mangsa banjir berkampung di PPS (Pusat Pemindahan Sementara). Sedih mengenangkan bila masalah ni berlaku. 

Selain bantuan makanan, bantuan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir pun dihulurkan juga. Terima kasih orang baik. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...

Dengar berita juga akan terjadi banjir gelombang kedua berikutan hujan lebat dua tiga hari ni. Harapnya tak seteruk sampai banjir. Tempat yang tak pernah banjir pun tiba-tiba boleh banjir. Allahuakbar. 

Bab 12 : Disember 2024

Page 336/ 366Have a big heart.
Be real, kind and humble.
Everyone is still healing from things they don't speak about.

Cuti sekolah, cuti penggal 3

Beberapa hari lagi akan bermula cuti sekolah. Maka, jalan raya dan tempat-tempat menarik akan meriah dengan ramai orang. Sila rancang percutian dengan bijak. Elakkan pergi tempat yang berisiko dengan cuaca tak menentu ni.

Selamat enjoy cuti dan jaga diri.

Bulan Disember pun tak banyak cuti umum. Tapi ramai ambil peluang menghabiskan sisa-sisa cuti yang ada. 


Cuti umum/ Public holidays Disember 2024

11 Disember (Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
24 Disember (Ahad) – Christmas Eve (Sabah)
25 Disember (Isnin) – Hari Christmas (Cuti Umum)

Sambutan pada bulan Disember

1 Disember (Jumaat) – Sambutan Hari AIDS Sedunia (World AIDS Day)
3 Disember (Ahad) – Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations' International Day of Persons with Disabilities)
5 Disember (Selasa) – Sambutan Hari Tanah Sedunia (World Soil Day)
5 Disember (Selasa) – Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day)
10 Disember (Ahad) – Sambutan Hari Hak Asasi Manusia (Human Rights Day)
11 Disember (Isnin) – Sambutan Hari Gunung Antarabangsa (International Mountain Day)

18 comments:

  1. Sekejap je rasanya. Dah hujung tahun 2024 dah.

    ReplyDelete
  2. Maknanya tak berapa lama lagi kita ngadap tahun baharulah

    ReplyDelete
  3. semoga keadaan banjir di Segamat kembali reda. Cepat sunggah masa berlalu, masih terasa ucapan selamat tahun baru 2024, rupanya sudah hampir ke penghujungnya. dan tak lupa juga kita semua akan hampir ke puasa, dan Hari Raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...kembali reda.
      Itulah tu, sekejap je rasa masa berlalu. Tup-tup nanti dah masuk Ramadan.

      Delete
  4. Masuk December memang seram sejuk. Takut rumah mak di Taman Guru, Batu 5 terkesan. Area tu dah masuk dalam list diberi amaran oleh pihak MET dan kerajaan negeri. Moga tiada banjir nya, hanya hujan yang lebat, Aamiin.

    Moga dipermudah kan semua urusan mereka yang terkesan dengan banjir, dimurahkan rezeki dan terus tabah.,Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Ye, samalah juga. Risau bila tengok MET hujan sentiasa.

      Delete
  5. Akk tercari² ye entry baru Fiza. Jgn hilang lama² tau 🤗
    Semoga dipermudahkan urusan semua mangsa banjir hendaknya

    ReplyDelete
  6. Akak pun tak rajin menulis dengan kerap, makanya banyak catatan yang tertangguh atau mungkin lenyap terus 😂

    Teringat suatu masa dulu akak kerap lalu Segamat untuk balik kampung, memang biasa nampak situasi banjir. Paling kesian, pasaraya ditenggelami banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Faham sangat. Kadang tak boleh nak tekan sangat menulis ni bila mood tu tak ada kan.

      Situasi banjir di Segamat ni macam berpisah tiada. Asal tiba musim, memang air naik.

      Delete
  7. Semoga pihak berkuasa dapat megatasi masalah banjir di seluruh negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah supaya dapat selesaikan masalah banjir yang saban tahun berlaku ni.

      Delete
  8. Isshh, saya masih selalu rutin buka blog kak fizah tahuu 😄. Tiap ada postingan baru, langsung baca.

    Dec ini sangat cepat rasanya. Tahu2 dah akhir tahun, bentar lagi pula THN baru. Semoga 2025 jadi tahun yg baik buat semua.

    Harap2 juga pemerintah menemukan cara mengatasi banjir berulang ini. Sama lah macam di Indonesia juga kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh..terharu betul! Terima kasih Fanny.

      Ya, cepat sungguh kan. Kita doakan semoga baik-baik je di hari mendatang. Harapnya mereka yang bertanggungjawab dapat selesaikan masalah rakyat jelata ni.

      Delete
  9. Cepatnya masa berlalu rupanya dah nak penghujung akhir 2024.. Tak tahulah apa ja yang terjadi dengan tahun nie.. Byak duka daripada suka... Apapun Alhamdulillah Allah berikan umur yg panjang... Sedih tgok mangsa2 banjir... Semoga dipermudahkan urusan buat semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa begitu. Banyak memori duka. Semoga hari-hari mendatang lebih baik.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.