Braces Monthly Review 7 Bulan
Mood blogging tercampak jauh sungguh la. Apa nak jadi entah! Bagilah sikit semangat korang tu kat saya. Nak kata malas tu, tidaklah. Tak ada cerita barangkali lah.
Jadi, doktor tukar wayar saiz besar sikit untuk mempercepatkan gigi tu tegak dan tersusun cantik. Macam biasa setiap kali braces monthly review akan tukar getah O ring yang baru untuk ketatkan pegang wayar besi tu.
Kali ni saya tukar warna transparent dark purple. Tak sempat nak ambil gambar getah O ring sebab lepas pilih getah O ring tu terus je nama kena panggil masuk bilik.
Jadi, kita ambil gambar dah siap dipasang je lah. Lepas pasang nampak macam getah O ring warna hitam lah pula. Sebenarnya macam nak tukar warna hitam tapi bila nampak warna ni macam tiba-tiba bertukar hasrat tu. Why not kita cuba warna ni. Menarik juga.
Saya masih mengekalkan konsep warna gelap sebab tak nak warna dia berubah sangat bila makan makanan berkunyit, berkari tu. Kita pilih warna yang selamat gitu.
Bila pasang wayar saiz besar sikit ni terasa lah dia punya tekanan tu sikit. Kalau tukar O ring ketatkan tu tak rasa sangat. Tapi tukar wayar ni pun taklah sakit mana. Tak luar biasa pun sakitnya. Biasa je. Nak makan pun OK je.
Kita layankan je malas tu buat sementara waktu. Datang rajin nanti tak sempat nak malas pula. Kann...
Sebelum cerita basi, update lah dulu braces monthly review untuk bulan November yang lepas. Bulan November secara rasminya saya dah 7 bulan pakai braces. Kejap je ek.
Setakat bulan Oktober sehingga November, tak banyak perubahan pergerakan gigi depan bawah tu. Masih belum tegak sepenuhnya. Dia malu-malu nak berdiri tegak. Agaknya faktor usia juga lambat sikit pergerakan gigi tu.
Padahal sebelum pakai braces, elok je tegaknya. Sebab dah pakai braces, semua gigi dah bergerak sana-sini. Mana yang nak dibetulkan tu dah elok tersusun. Cuma part yang tak best bila gigi bergerak dan ada jurang pemisah antara gigi.
Jadi, doktor tukar wayar saiz besar sikit untuk mempercepatkan gigi tu tegak dan tersusun cantik. Macam biasa setiap kali braces monthly review akan tukar getah O ring yang baru untuk ketatkan pegang wayar besi tu.
Kali ni saya tukar warna transparent dark purple. Tak sempat nak ambil gambar getah O ring sebab lepas pilih getah O ring tu terus je nama kena panggil masuk bilik.
Jadi, kita ambil gambar dah siap dipasang je lah. Lepas pasang nampak macam getah O ring warna hitam lah pula. Sebenarnya macam nak tukar warna hitam tapi bila nampak warna ni macam tiba-tiba bertukar hasrat tu. Why not kita cuba warna ni. Menarik juga.
Saya masih mengekalkan konsep warna gelap sebab tak nak warna dia berubah sangat bila makan makanan berkunyit, berkari tu. Kita pilih warna yang selamat gitu.
Bila pasang wayar saiz besar sikit ni terasa lah dia punya tekanan tu sikit. Kalau tukar O ring ketatkan tu tak rasa sangat. Tapi tukar wayar ni pun taklah sakit mana. Tak luar biasa pun sakitnya. Biasa je. Nak makan pun OK je.
Alignment gigi masih selari di tengah-tengah. Cuma sebelah kanan tepi atas tak berada di tempat yang betul bila rapatkan dengan gigi bawah dia.
Gigi bawah 4 batang yang masih belum tegak elok tu masih ada jurang kiri kanan hujung dia sebab dia bergerak kan. Harapnya dah tukar wayar ni, cepat pergerakan gigi dan boleh move on untuk progress seterusnya.
Post a Comment