Braces Monthly Review 7 Bulan

Temujanji kali ni (Disember) tak sampai sebulan pun lagi dari November. Hanya 3 minggu je dah temujanji seterusnya. Dah tu je date yang available untuk hari Sabtu. Yang penting kita tak pernah culas datang temujanji. Demimu wahai gigi. Ku turutkan juga.

Masa hari temujanji tu tak ramai orang. Jadi, sempatlah saya ambil gambar getah O ring ni. Entahlah nak, mati idea nak pilih warna apa. Pilih hitam je lah. Warna paling selamat. Makan makanan berkari ke berkunyit ke dia tak berubah warna.

Braces Monthly Review

Untuk temujanji kali ni, doktor gigi tukarkan getah O ring dan juga tukar saiz wayar besi atas kepada saiz besar sikit. Biasanya procedure tukar getah O ring kejap je. Lima minit macam tu dah siap. Ini tukar wayar baru ambil masa lebih sikit tapi tak lama pun.

Kejap je dah siap. Haritu tukar wayar bawah, sekarang wayar atas pula. Tak sakit tapi boleh rasa dia punya tarikan tu selepas tukar getah O ring dengan saiz wayar besar. Bulan depan jumpa doktor ortho yang lain pula.

Braces Monthly Review

Selama 3 minggu dari oktober-November macam tak rasa perubahan sangat. Pergerakan gigi agak lambat, itu yang macam tak berubah apa sangat kot. Gigi depan bawah masih  belum tegak elok lagi. 

Gigi yang dicabut atas kiri kanan pun masih ada gap lagi. Lambat lagi dia nak rapat. Ruang besar kot untung sebatang gigi. Bukan senang nak merapatkan satu ruang gigi yang telah dicabut. Gigi kita pula dah berumur. Itulah lambat sangat bertindak. Tak pasal-pasal kena hadap fasa pakai braces pula.

Okay tu je lah ceritanya selepas 7 bulan pakai braces. Harap cepatlah progress dia. Anggaran doktor lebih kurang 2 tahun atau lebih. Lepas tu nak kena hadap fasa pakai retainer pula. 

Buat masa ni, hadaplah jumpa doktor gigi setiap bulan tanpa culas. Sebab saya pakai conventional braces. Kalau pakai self ligating tu 2 bulan sekali. Disebabkan kejadian ni, kita pun tak takut dah jumpa doktor gigi. Ada hikmahnya juga lah kan.

4 comments:

  1. Menarik, perkongsian yang sangat membantu bagi mereka yang sedang mempertimbangkan braces. Teruskan update perjalanan braces ini, pasti ramai yang ingin tahu hasil akhirnya.

    ReplyDelete
  2. adoiii slalu ngilu je bila org citer pasal gigi ni hahaha rasa mcm dah sethan lbh x jumpa dr gigi ni.. aisshhh..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat pakai braces. Cuya dulu sepatutnya nak pakai braces gomen punya..
    Entah kenapa pakar tu duk pungpang pungpang...tiba2 ayah terpengaruh cakap tak payah pakai braces..

    sampai sekarang menyesal dengan keputusan ayah.. hahahha kecewa betul sebab gigi bawah dah bergerak dah jadi tak cantik. Hopefully nanti dapatlah buat braces. Aamin

    ReplyDelete
  4. Respek betul dengan orang pakai bracess ni, kesabaran tinggi. Saya ngeri, tampal gigi berlubang pun rasa nak jatuh kerusi, ngilu uit!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.