Chocolate Pistachio Kunafa Brownie CBTL

Saya tak pernah makan kunafa yang masih viral sekarang ni. Jadi, tak tahulah rasa dia macamana. Kebetulan nak beli kopi CBTL (Coffee Bean & Tea Leaf), nampak pula Chocolate Pistachio Kunafa Brownie. Minta encik suami belikan sebab nak rasa. Sedap ke tidak.

Chocolate Pistachio Kunafa Brownie CBTL

Saiz brownie macam lebih kurang Secret Recipe. Hiasan atas dengan taburan kacang pistachio. Ada beberapa lapisan dengan brownie dan juga kunafa. Selain tu ada juga campuran kacang pistachio.

Brownie yang padat, lembap tak kering dan tak kenyal sangat. Sedap menepati selera saya. Manis pun tak sangat. Cuma tu lah, tak puas makan sebab saiz tu macam tak mencukupi untuk seorang. Inikan pula kongsi berdua.

Chocolate Pistachio Kunafa Brownie CBTL

Kalau nak repeat tu kena fikir banyak kali jugalah. Benda bukan murah. Sebegini pun dah nak cecah RM20 ye. Kalau sesekali tu bolehlah. Ye lah, kunafa tu memang mahal harganya pun kan. 

Padanlah tu kot dengan harganya. Cuma kita rakyat jelata ni tak bolehlah nak beli selalu. Setakat teringin atau nak cuba rasa tu okaylah.

Tak pastilah ini menu baru atau dah lama. Atau mungkin juga limited edition. Jarang sudah membeli di CBTL. Dulu rajin juga beli chicken and mushroom spaghetti tapi sekarang dah discontiued. Terpaling favourite tu.

Peminat brownie dengan pistachio dan kunafa, bolehlah cuba nanti. 

3 comments:

  1. Sedap x tu...manis? ke x sedap...akak pun dah lama x ke CBTL since Zus dah melekat dihati

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik.. Tak pernah tahu macam mana rasa kunafa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.