Doa Bulan Rejab Dan Tarikh Puasa Sunat Rejab 1446H/2025

Masuknya waktu Maghrib 31 Disember 2024, kita sudah memasuki bulan Rejab. Dalam pada masa yang sama di ambang tahun baru Masihi 1 Januari 2025. 

1 Januari 2025 bersamaan 1 Rejab 1446H jatuh pada hari Rabu yang juga merupakan cuti umum di Malaysia. Selamat menyambut bulan Rejab, Selamat tahun baru 2025 dan juga Selamat bercuti untuk rakyat Malaysia.

Bulan Rejab

Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia yang termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab.

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.

Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). —Mukhtar al-Shihah, 118

Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijriah dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya. 

Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir (Jamadil Akhir) dan selepasnya adalah Sya’ban. Doa yang boleh diamalkan ketika memasuki bulan Rejab seperti dibawah

Doa memasuki bulan Rejab

Doa Bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahuma baariklana fi rajab wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : “Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Hadis Riwayat Baihaqi

Kelebihan Bulan Rejab

Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. 

Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.—Tafsir Ibn Kathir, 4:130

baca juga : Amalan Bulan Rejab

Tarikh-Tarikh Puasa Sunat Rejab 1446H/ 2025

  • 1 Januari 2025 (Rabu) – 1 Rejab 1446H
  • 2 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
  • 6 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
  • 9 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
  • 13 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin, Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh)
  • 14 Januari 2025 (Selasa) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh
  • 15 Januari 2025 (Rabu) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh
  • 16 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
  • 20 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
  • 23 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
  • 27 Januari 2025 – *Israk Mikraj 27 Rejab (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
  • 30 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)

Selamat berpuasa dan beramal. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta diberikan taufiq dan hidayah untuk terus beribadah kepadaNya. Aamiin...

5 comments:

  1. Alhamdulillah, ahlan wa sahlan ya Rejab.

    ReplyDelete
  2. Salam tahin baru semoga bulan rejab dan bulan baru akan byk sinar yg baik dan indah

    ReplyDelete
  3. Semoga ada rezeki kita bertemu dgn Ramadhan Al Mubarak 🤲🏻
    Semoga tahun baru juga membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat kita semua 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Salam Rejab.

    ReplyDelete
  5. Salam Rejab..Semoga Bertambah Amal Dan pahala di bulan ini...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.