Hiking Bukit Kepayang Penutup Tahun 2024

Lepas hiking Gunung Angsi, terus sepi kejap dari aktitivti hiking. Encik suami dah mula sibuk. Sabtu pun kena kerja. Ahad pun kadang terselit juga kerjanya. Dalam sibuk tu dapat lah juga cuti sehari selepas cuti Hari Krismas tu.

Alang-alang dah cuti, kita pun ambil kesempatan ajak encik suami hiking bagi menjayakan misi untuk hiking setiap bulan sepanjang tahun 2024. Sekurang-kurangnya dapat sekali sebulan pun jadilah.

Bulan Disember kebanyakkan musim gunung dan bukit di tutup. Dengan cuaca tak menentu dan sebagainya. Untuk keselamatan sejagat. Kita pun bawa berehat jugalah, ikut musim.

Hiking Bukit Kepayang

Pagi Khamis yang mendung. Kami teruskan perjuangan untuk hiking di Bukit Kepayang. Malas nak pergi jauh. Bukit inilah sebagai pemula dan sebagai penutup hiking 2024. 

Walaupun hari biasa, ada je yang hiking. Tapi tak semeriah hujung minggu lah. Bukit Kepayang ni tak pernah sunyi. Tetaplah ada yang naik bukit hari-hari. Yang hari-hari hiking tu kemain berdesup berlari turun naik. Kita pula yang semput tengok. 

Punyalah lama kita tak hiking di sini, tahu-tahu dah ada perubahan baru. Cantik pula trail bertangga ni. Sebelum ni tak ada batang kayu tu. 

Hiking Bukit Kepayang

Lebih kurang setengah jam sampai di puncak sini. Pewai juga lama tak hiking. Tu lah siapa suruh rehat lama sangat. Kann dah penat awal. Konon nak bergambar di sini. Ada pula orang duduk bawah ni. Kita ni jenis malas nak menghalau orang.

Patutnya kalau ada orang dah nak dekat tu, beralih lah kan. Tak ada common sense betul. Sabar je lah. 

Hiking Bukit Kepayang

Layan permandangan kejap sejukkan hati. Nasib baiklah kita dah biasa datang sini. Tak kecewa sangat kalau tak dapat bergambar di sini. Lepas berehat kejap seminit dua, terus patah balik. Malas pula nak meneruskan perjalanan sampai ke kuil sana.

Hiking Bukit Kepayang

Sebelum turun, bergambar di sini je lah buat simpanan rekod sendiri. Di sini pun cantik juga. Tak tahu apa yang tertulis di papan tanda belakang tu. Janji dapat bergambar di papan tanda. Barulah tanda hadir gitu.

Hiking Bukit Kepayang

Sekian penutup hiking bulan Disember 2024. Tahun depan tak pasti nak meneruskan aktiviti hiking setiap bulan atau selang seli. Bergantung kepada keadaan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Hiking Bukit Kepayang

Yang penting, tetaplah kita teruskan misi aktiviti hiking selagi ada daya ikut kemampuan diri. Tak mampu yang tinggi, rendah-rendah pun jadilah. Tak mampu hiking, brisk walk pun boleh. Begitulah...

4 comments:

  1. Best nya dapat hiking, cantik view dari atas.

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru Fiza...bestnya dapat tengok pemandangan dari atas,nampak tenang..Moga yang baik2 je untuk kita semua...

    ReplyDelete
  3. Susah payah mendaki terbayar dengan view yang cantik

    ReplyDelete
  4. Cantik view kat Bukit Kepayang ni..ntah bila nak pi lagi...salah..ntah bila nak start hiking semula...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.