Hiking Bukit Kepayang Penutup Tahun 2024
Lepas hiking Gunung Angsi, terus sepi kejap dari aktitivti hiking. Encik suami dah mula sibuk. Sabtu pun kena kerja. Ahad pun kadang terselit juga kerjanya. Dalam sibuk tu dapat lah juga cuti sehari selepas cuti Hari Krismas tu.
Alang-alang dah cuti, kita pun ambil kesempatan ajak encik suami hiking bagi menjayakan misi untuk hiking setiap bulan sepanjang tahun 2024. Sekurang-kurangnya dapat sekali sebulan pun jadilah.
Bulan Disember kebanyakkan musim gunung dan bukit di tutup. Dengan cuaca tak menentu dan sebagainya. Untuk keselamatan sejagat. Kita pun bawa berehat jugalah, ikut musim.
Pagi Khamis yang mendung. Kami teruskan perjuangan untuk hiking di Bukit Kepayang. Malas nak pergi jauh. Bukit inilah sebagai pemula dan sebagai penutup hiking 2024.
![Hiking Bukit Kepayang Kali Terakhir di Tahun 2024 Hiking Bukit Kepayang](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3gxkJqdzC-KU1kLe5rAqlC8WnXTmLd18cKVw8D1GAbnnq9KQDlZa1aVdKDzUuva1fzCvqJU5bg7IGXrslFRkDjQ3k7EsZcSn5XBOCirTz-zS8rKIY_J-lzLc9OAskqnUKN-BF-kNlnxzN9WjeUsrv5pPRgqKoJWYgEQTy3hp7JBfMyKiN7lqjcazFYheS/s16000-rw/BUKIT%20KEPAYANG%20TRAIL.jpg)
Lebih kurang setengah jam sampai di puncak sini. Pewai juga lama tak hiking. Tu lah siapa suruh rehat lama sangat. Kann dah penat awal. Konon nak bergambar di sini. Ada pula orang duduk bawah ni. Kita ni jenis malas nak menghalau orang.
![Hiking Bukit Kepayang Kali Terakhir di Tahun 2024 Hiking Bukit Kepayang](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0jmxsnntuA6CTZN0Jh9Bee5EsbMKE9qsKdFGXbbGvSpM8LamV1P2VAOvblvpxpCEM-uaCDrwYX1XIfGiZR4xVrXi0Ssoj5ZgRSAM1bD3o0-d25OOxa4GjpRNSHx7LOtxzjTFqagD5nyZmg5tGHTZRM4efL_k8UbaM35iw1_Cc1ZgwklMA129TL3GGMHkY/s16000-rw/BUKIT%20KEPAYANG%20SIGNBOARD%20PEAK.jpg)
![Hiking Bukit Kepayang Kali Terakhir di Tahun 2024 Hiking Bukit Kepayang](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJVpkJ3VKyG_yCc1jBrcRRgATX3EVjw9STlKmXgAptS1bS-SeXZXSXCj3NsK7Gd4P-f80t0iVxv9b-zA5vNcFfWIvThcxoBs-ANIeCgNSE2iYepBiBYL1avBTcdSEfGZcLuqiRc47iAEZRqK8FQCecFRQDlgmeTyfShHbi00EAqLuThLh3Mur7MyqBqawB/s16000-rw/BUKIT%20KEPAYANG%20VIEW.jpg)
![Hiking Bukit Kepayang Kali Terakhir di Tahun 2024 Hiking Bukit Kepayang](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPdnoMbm46E4HsQxV0Yk2tQCegDHLTXgTwLDUcws6Oq_OU5RpktvPD-x8DmeXNBQmw-pW6kXzKSkRjAosGWAq7HfhDeYEsKgN9RlvOmbQ9BSg-cLl3pNHQbAWQAytLvp_LD7HE8fJhqFbEiBQJ951T4SHianEuL1At64hyphenhyphen_o1PPmS8aF_a-YxVJmkXtk_G/s16000-rw/BUKIT%20KEPAYANG%20PEAK.jpg)
![Hiking Bukit Kepayang Kali Terakhir di Tahun 2024 Hiking Bukit Kepayang](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYiMHJBzsKzZQHcpRpiI4FBa-KsDiuc2Xvt1sFYbPLImegDovvojFQ-NhI-_PklxNU1EQAE5dFGAQUUjbpqEwx3rT2eHwB7rNYrj29OYXQSVlU9pGcM_qGd9gDinmp9AD26e-nZPBB0a-rS_F6xbVEa-M6EPlDzUbCanKU-R3x9eoAGEPkOT1gEAFst0Mv/w462-h640-rw/BUKIT%20KEPAYANG%20REKOD.jpg)
Yang penting, tetaplah kita teruskan misi aktiviti hiking selagi ada daya ikut kemampuan diri. Tak mampu yang tinggi, rendah-rendah pun jadilah. Tak mampu hiking, brisk walk pun boleh. Begitulah...
Best nya dapat hiking, cantik view dari atas.
ردحذفAlhamdulillah...syukur dapat menikmati view yang mahal dan menakjubkan.
حذفselamat tahun baru Fiza...bestnya dapat tengok pemandangan dari atas,nampak tenang..Moga yang baik2 je untuk kita semua...
ردحذفAamiin...
حذفSelamat tahun baru Kak Afzan. Seronok dapat menikmatinya. Tenang dan mendamaikan. Habuan selepas berpenat lelah naik bukit.
Susah payah mendaki terbayar dengan view yang cantik
ردحذفAlhamdulillah...Benar, view yang cantik mendamaikan jiwa.
حذفCantik view kat Bukit Kepayang ni..ntah bila nak pi lagi...salah..ntah bila nak start hiking semula...
ردحذفCuba pergi sekali kak. dekat dah tu. Mesti nanti akan pergi lagi. Cuba lain-lain route.
حذفIni pun dah termasuk bagus kak. Masih konsisten trekking. 2025 jalani sajalah. Ntah2 nanti tertarik dengan olahraga lain kan 😄
ردحذفAlhamdulillah..berjaya juga konsisten untuk tahun ni. Ya benar. Kita jalani sajalah. Hihi..ada beberapa olahraga lain tapi biar fokus pada hiking dulu.
حذف