Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Tercapai
Azam kurus macam tak tercapai lagi tahun ni. Kita carry forward je lah sampai berjaya kurus. Boleh gitu? Azam kurus tak berjaya tak apa. Tahun ni saya dan encik suami berjaya dengan misi aktiviti hiking setiap bulan sepanjang tahun 2024.
Kiranya ada jugalah pencapaian tahun 2024 ke arah gaya hidup yang lebih baik. Kita usaha mana yang mampu selagi tidak memudaratkan. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hendaknya. Aamiin...
Ikutkan, nak je hiking setiap hujung minggu. Tapi itulah, kadang tak ada masa dan kadang ada urusan lain. Jadi, mana yang sempat je lah.
Sebelum ni rajin pergi KOMBES, tapi encik suami dah penat balik kerja tak dapatlah nak pergi pun. Kita cuba cara lain pula dengan luangkan masa untuk aktiviti hiking. Selain tu, ada juga workout selang seli angkat dumbell 3kg di rumah. Boleh tahan lenguh juga angkat 3 kg pun.
Kadang culas juga kalau dah sibuk. Yang penting ada pergerakan gitu. Harapnya terus konsisten lah untuk tahun-tahun seterusnya.
Aktiviti Hiking 2024
Januari
- 20 Januari 2024, Bukit Kepayang Seremban 2,
- 27 Januari 2024, Bukit Batu Sawa
![Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1zf0XJAwrj3G1jgmNao8l2XAoqrtQNjQM_esnsrzKZfYKW2RUU53FnBBSGnYSlV_49dtSGIwEW-GKOHchMeOQFQXS7OnUNp9J5Ee5a96Xv8NV_2c4sdZjBsbtB45ZmCgnqwpEKhxAYrx48TPzIBs_ron6KkyKB98Dl9W9mrPwO1vdP6fdjNf0ihpWkCig/s16000-rw/JANUARY%20HIKING.jpg)
Februari
- 11 Februari 2024, Bukit Pilah
- 25 Februari 2024, Bukit Batu Putih
![Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgC5QeH27vd_o0s1E91RQa90Y8A0hr0I0-qpkPjuyUcqth8gW9c-Qnyo_Kv2qIE2v2b2UIYjgzDYWBzFqAmiUjoYUd1Qlw9BRAE-FGYa1xmt520ogEAIQslNnE4RPaD8J2QDJonxgl10mk7J6TTkcp_8LOvGa_5ni4REwMEMzuXFxkEN_emV9LZfnt0t4UB/s16000-rw/FEBRUARY%20HIKING.jpg)
Mac
- 9 Mac 2024, Bukit Senaling
![Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDBrCIXhm2aogwIkhxVJG7SoWAy1phecYBh-K-Ui74QiVsZiNGY_z5AKa-Hvsk1ruX6pFVPVc0Ux6rgouIrDCyUUecAgHZbUnbR80MuslYXbDUWsToQAfuMMd0s-BdXJD8d4AeQDw199JSLI5aK8IbLrgxG3ONv-G7RoP4NlAW2fYhKJRsyYZmZjQTr3Mc/s16000-rw/MAC%20HIKING.jpg)
April
- 13 April 2024, Bukit Kepayang Seremban 2
- 20 April 2024, Bukit Kepayang Seremban 2
- 28 April 2024, Bukit Kepayang Seremban 2
![Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiF4IWYWmVIK1Wbj-9N8ywxBkf9G5EuzbdFslCZfwBwAzLvU6Qqonb2jMjcgif-QSy1wESRN3we1bJbwYmjTB_e7VxA3OMI447vZ7T8IMwllgQk2d2dI3JVGfKex1X5QcoBvdKwX9ShKD1nG3DoR5qiBedbiIJGozjeoDPQlJKPCqkhGlNBBMhrlJb4s2t-/s16000-rw/APRIL%20HIKING.jpg)
Mei
Jun
- 1 Jun 2024, Bukit Sikai Kuala Pilah
- 3 Jun 2024, Bukit Kepayang Seremban 2
- 16 Jun 2024, Bukit Penarikan
![Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRrG9csr-51tO7Y8xm_ytmsGLxcVXeg__mLzKbxl2cMxyTJWuF3Ft1ab-HgFXLtGTWVaCMH5LslfWpSZ2OIQVeOfaT76BMxUbGBKJ6TLypci98n3FQbY69iT4K0PmseKIKTqL5cPG1jX5X10I0gS0rrlglOsj5FbD3igjrr4heEGvappTFzmuDyxRkRxnw/s16000-rw/JUNE%20HIKING.jpg)
Julai
Oktober
![Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgy0EXYh5qqyFN4xVavKUagMP_SgDwDb_Vj3cbrEwi6qpd4jE61_8rL4GvvTpRpBQxYNKP9R5PPYmtb1OatrKGczHJ1TIjGcsu3lmjph6Cepxt7Xmk-nsQW0HPyN6vkyURnFtwjcagX6FdJUx28v1uZhlj8LtFXrzKj3Ahn6JQKjZ68brs3WXgwDhUFueMy/s16000-rw/DECEMBER%20HIKING.jpg)
Tahniah untuk diri sendiri dan encik suami. Teruskan perjuangan di tahun 2025. By the way, saja edit gambar jadi big head. Nampak orang buat di TikTok, saya pun tirulah.
Ini antara bukit-bukit yang mudah untuk hiking bagi pemula. Bukit Kepayang tu paling favourite sebab banyak route, mudah dan dekat dengan rumah. Pula tu dekat tengah bandar. Kira okaylah kurang risau kalau tersesat.
Gunung Angsi tu ter hiking tanpa sengaja. Tahu-tahu dah sampai puncak. Dalam tak nak hiking gunung, terdaki lah juga. Hmmm....Layankan je kalau tengah rajin bersemangat.
Wah semangatnya kak... mesti stamina kuat ni! Kalau Cuya, baru daki berapa tapak dah lelah... kekeke
ردحذفHarus semangat baru menjadi. hihi..Kena cuba sekali dulu ambil semangat.
حذفPerghhh..Terbaiklah! Tahniah, semoga terus sihat!!! Dan kurus Tahun ni!!!
ردحذفAlhamdulillah..Semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Aamiin...
حذفHarap dapat kuruslah juga tahun ni. Takpun turun berat sikit pun jadilah kan.
Woww hebat ... sangat hebat.. tak apa kurus tak capai target tapi aktif sihat yg lebih penting.. Banyak betul destinasi hiking dia tahun 2024.. tahniah :D
ردحذفAlhamdulillah..Terima kasih.
حذفYa benar. Janji kita dapat amalkan gaya hidup yang sihat dan jaga kesihatan sebaiknya. Tak banyak, masih ulang-ulang tempat yang sama je tu. hihi...
bestnya boleh hiking. heheehhee. da kawin ni macam susah sikit. ahahaha taktahu la
ردحذفAlhamdulillah...
حذفBoleh tu, ajak husband join sekali.
Congrats 👏🎉 kaaaak. Bukan mudah untuk menjadi konsisten 👏👏. Semoga THN ini semakin rajin dalam berolahraga. Olahraga ini macam candu lama2. Sekali dah suka, addict jadinya 😄
ردحذفTerima kasih Fanny. Ya benar. Susah nak konsisten tu. Tahu takpe, kalau dah terjebak tu payah nak berhenti.
حذفAlhamdulillah ada juga misi yang berjaya dibuat.
ردحذفHehe terhibur trngok gambar Fiza buat gambar kepala lagi besar daripada badan.
Alhamdulillah..ada juga pencapaian yang baik untuk tahun 2025. Hihi..saja suka suka kak.
حذف