Bab 1: Januari 2025 Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru 2025. Marilah kita teruskan perjuangan untuk menempuh tahun 2025 pula. Tahun 2024 terlalu banyak cerita yang tak enak. Dunia blog juga terus menjunam jatuh tersungkur. Payah nak bangun tapi gigihkan juga dari dibiarkan terus sunyi. 

Biarkan cerita tahun 2024 berlalu pergi. Hari ni Rabu 1 Januari 2025 Masihi bersamaan dengan 1 Rejab 1446 Hijrah ada 2 peristiwa lembaran baru. Tahun baru macam biasa 1hb merupakan cuti umum Malaysia. Ada juga negeri yang tidak bercuti.

Johor mula cuti Sabtu Ahad

Bermula 1 Januari 2025, negeri Johor dah left group cuti Jumaat dan Sabtu. Johor akan masuk group bekerja hari Isnin sehingga Jumaat. Tapi minggu ni terpaksa kerja 6 hari lah. Ada bagus dan tak bagusnya bergantung pada setiap individu.

Selain tu banyak benda baru akan berkuatkuasa. Baca sekali imbas je belum hadam lagi. Cuti tahun baru tak kemana-mana. Cuti sehari, kita berehat santai je lah di rumah. 

Bab 1: Januari 2025 Selamat Tahun Baru

Page 1 of 365
As the sun rises,
so does the chance to begin anew.
One sip of coffee, one breath of hope.

JANUARY 'COFFEElosophy' :
Start every new chapter with a fresh cup of courage
The wife & co

Cuti Umum/ Public Holiday January 2025

1 Januari 2025 – Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
14 Januari 2025 – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
27 Januari 2025 – Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
29 Januari 2025 – Tahun Baru Cina (semua negeri)
30 Januari 2025 – Tahun Baru Cina hari kedua (semua negeri kecuali Kelantan)

Bulan Januari banyak cuti ye. Sekarang pun dah nampak kemeriahan dekorasi Tahun Baru Cina. So dah masuk tahun baru ni jangan tersilap tulis tarikh pula. Jangan tak move on dari 2024.

7 comments:

  1. Selamat Tahun Baru 2025. Semoga tahun ini membawa lebih banyak peluang, kegembiraan dan kejayaan. Memang benar, dunia blog kini tidak seperti dahulu, tetapi usaha untuk terus berkongsi cerita dan pandangan tetap berbaloi. Kadang-kadang, satu tulisan boleh memberi inspirasi besar kepada yang membacanya. Teruskan menulis, walaupun langkahnya perlahan. Siapa tahu, 2025 menjadi tahun kebangkitan dunia blog kan?

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru 2025! Semoga lembaran baru kalini diisi dengan perkara yang membahagiakan selalu..

    Nona pun agak stress dengan performance blog, tapi sebab Masih ada minat Dan niat Awal nak simpan kenangan di sini, pasal tu teruskan jugak menulis..Hehe..

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru. InsyaAllah semoga tahun ni bawa rezeki melimpah-ruah.

    ReplyDelete
  4. Salam Tahun Baru 2025... Suka tgk kalender yg dah siap2 tarikh penting dan cuti sekolah bagai hahaha..

    ReplyDelete
  5. Welcome Johor cuti Sabtu-Ahad. Ihiks!
    Happy New Year, marilah sambung cita-cita tahun lepas yg belum berkesudahan.

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru 2025. Semoga semuanya indah² hendakNya.

    ReplyDelete
  7. Tersasul juga sebut tahun depan. Rupanya dah masuk tahun 2025 dah haha ...
    Happy New Year buat Fiza 🌹

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.