Header Ads

Bab 1: Januari 2025 Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru 2025. Marilah kita teruskan perjuangan untuk menempuh tahun 2025 pula. Tahun 2024 terlalu banyak cerita yang tak enak. Dunia blog juga terus menjunam jatuh tersungkur. Payah nak bangun tapi gigihkan juga dari dibiarkan terus sunyi. 

Biarkan cerita tahun 2024 berlalu pergi. Hari ni Rabu 1 Januari 2025 Masihi bersamaan dengan 1 Rejab 1446 Hijrah ada 2 peristiwa lembaran baru. Tahun baru macam biasa 1hb merupakan cuti umum Malaysia. Ada juga negeri yang tidak bercuti.

Johor mula cuti Sabtu Ahad

Bermula 1 Januari 2025, negeri Johor dah left group cuti Jumaat dan Sabtu. Johor akan masuk group bekerja hari Isnin sehingga Jumaat. Tapi minggu ni terpaksa kerja 6 hari lah. Ada bagus dan tak bagusnya bergantung pada setiap individu.

Selain tu banyak benda baru akan berkuatkuasa. Baca sekali imbas je belum hadam lagi. Cuti tahun baru tak kemana-mana. Cuti sehari, kita berehat santai je lah di rumah. 

Bab 1: Januari 2025 Selamat Tahun Baru

Page 1 of 365
As the sun rises,
so does the chance to begin anew.
One sip of coffee, one breath of hope.

JANUARY 'COFFEElosophy' :
Start every new chapter with a fresh cup of courage
The wife & co

Cuti Umum/ Public Holiday January 2025

1 Januari 2025 – Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
14 Januari 2025 – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
27 Januari 2025 – Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
29 Januari 2025 – Tahun Baru Cina (semua negeri)
30 Januari 2025 – Tahun Baru Cina hari kedua (semua negeri kecuali Kelantan)

Bulan Januari banyak cuti ye. Sekarang pun dah nampak kemeriahan dekorasi Tahun Baru Cina. So dah masuk tahun baru ni jangan tersilap tulis tarikh pula. Jangan tak move on dari 2024.

هناك 34 تعليقًا:

  1. Selamat Tahun Baru 2025. Semoga tahun ini membawa lebih banyak peluang, kegembiraan dan kejayaan. Memang benar, dunia blog kini tidak seperti dahulu, tetapi usaha untuk terus berkongsi cerita dan pandangan tetap berbaloi. Kadang-kadang, satu tulisan boleh memberi inspirasi besar kepada yang membacanya. Teruskan menulis, walaupun langkahnya perlahan. Siapa tahu, 2025 menjadi tahun kebangkitan dunia blog kan?

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat tahun baru 2025.
      Aamiin...
      Ya, walau apa pun masih tetap berkongsi cerita dalam blog. Marilah kita teruskan menulis. Harap begitulah untuk tahun 2025 ni.

      حذف
  2. Selamat Tahun Baru 2025! Semoga lembaran baru kalini diisi dengan perkara yang membahagiakan selalu..

    Nona pun agak stress dengan performance blog, tapi sebab Masih ada minat Dan niat Awal nak simpan kenangan di sini, pasal tu teruskan jugak menulis..Hehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Aamiin...
      Selamat tahun baru Nona.
      Harap tahun 2025 performance blog lebih bagus. Ya, marilah kita teruskan minat kita.

      حذف
  3. Selamat tahun baru. InsyaAllah semoga tahun ni bawa rezeki melimpah-ruah.

    ردحذف
  4. Salam Tahun Baru 2025... Suka tgk kalender yg dah siap2 tarikh penting dan cuti sekolah bagai hahaha..

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat tahun baru 2025.
      Saya pun suka kalendar macam tu. Mudah untuk kita.

      حذف
  5. Welcome Johor cuti Sabtu-Ahad. Ihiks!
    Happy New Year, marilah sambung cita-cita tahun lepas yg belum berkesudahan.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe...Johor dah join group.
      Selamat tahun baru 2025. Marilah kita sambung mana yang belum tercapai lagi tu.

      حذف
  6. Selamat Tahun Baru 2025. Semoga semuanya indah² hendakNya.

    ردحذف
  7. Tersasul juga sebut tahun depan. Rupanya dah masuk tahun 2025 dah haha ...
    Happy New Year buat Fiza 🌹

    ردحذف
  8. Happy 2025. Happy dan healthy selalu. Johor dah start Sabtu Ahad ya.

    ردحذف
  9. selamat tahun baharu utk fiza sekeluarga ;-)
    apa khabar? sihat tak?

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat tahun baru 2025 juga Anies.
      Alhamdulillah..sihat walafiat. Terima kasih bertanyakan khabar.

      حذف
  10. Semoga tahun ini penuh kesuksesan untuk kita semua

    ردحذف
  11. Selamat Tahun Baru kak. teruslah melangkah ke hadapan bersama-sama. Pasti ada kebahagiaan menanti di hujung cerita . <3

    ردحذف
  12. Selamat tahun Baru kak fizah 🎉🎉🎉.

    January ini memang banyak cuti. Sampai2 teman saya dah niat nak selesaikan semua target secepat mungkin Krn akhir bulan rasa tak semangat kerja, karena banyak libur 😅

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat tahun baru 2025 Fanny.
      Seronok tu dapat berlibur tanpa fikirkan kerja.

      حذف
  13. Hai Fiza. Hehe hari ini baru sampai blog Fiza. Harap sampai ke hari ini masih ok dari tarikh tahun baru.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.