Header Ads

Bab 2 : Februari 2025

Weiiii...lamanya menyepi! Rindu nak menaip dalam blog ni sebenarnya. Tapi itulah 'writer's block' terlalu menebal. Sukar untuk dikikis. Tapi ye lah, nak tak nak kena gigihkan juga. Biar tak sunyi terus. Walaupun 1 entry sebulan. Ye, walaupun! Janji ada. 

Dah masuk separuh bulan Februari baru terhenggeh-henggeh nak jengah blog. Bulan Februari juga masuknya bulan Sha'aban. Tak lama je lagi kita akan masuk bulan Ramadan yang dinantikan. Semoga kita dapat bertemu di bulan Ramadan awal Mac nanti. Aamiin...

Apa yang menariknya bulan Februari ni? Ada banyak cuti. Itu yang penting kalau setiap kali tengok kalendar bila masuk bulan baru. Kann...

Selain tu, Februari bulan yang dinantikan sebab birthday saya. Bulan Februari juga bulan yang istimewa sebab hanya 28 hari je untuk tahun ni. Tahu-tahu je dah masuk bulan Mac je nanti. Bulan yang sekejapan je masa berlalu.

Februari

Bab 2 : Februari 2025

FEBRUARY
peace & calm.
Page 32/ 365
FEBRUARY ‘positiviTEA’:
The calmest heart always know how
to win the toughest battles.

True calm isn’t passive, and peaceful doesn’t
mean powerless. The calmest hearts, filled with
positiviTEA,, often hold the fiercest resilience.

Senarai Cuti bulan Februari/ Public Holidays 2025

1 Februari : Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya)
8 Februari : Isra dan Mi’raj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu)
11 Februari : Hari Thaipusam (Johor, Kedah, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
20 Februari : Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan (Melaka)

Sambutan pada bulan Februari 2025

2 Februari – Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia (World Wetland Day)
4 Februari – Sambutan Hari Kanser Sedunia (World Cancer Day)
14 Februari – Sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day)
21 Februari – Sambutan Hari Bahasa Ibu Antarabangsa (International Mother Language Day)
22 Februari – Sambutan Hari Berfikir (Thinking Day)
27 Februari – Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa (International Polar Bear Day)
28 Februari – Sambutan Hari Penyakit Luar Biasa (Rare Disease Day)

Pada 20 Februari tu ada beberapa tempat di Melaka masuk percuma sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan (Melaka). Bolehlah bercuti di negeri Melaka. Selamat bercuti dan menempuh bulan Februari dengan kenangan terindah.

Bulan Mac nanti dah sibuk dengan persiapan sekolah dan juga menyambut bulan Ramadan. 

22 comments:

  1. Selamat Bulan Februari. Betul-betul tengah bulan ni.

    ReplyDelete
  2. Itulah, lama Fiza menyepi. Rindu nak baca coretan² Fiza. Semoga semuanya baik² belaka ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...masa untuk rehat mungkin. Terima kasih kak. Hopefully semuanya baik baik je. Aamiin...

      Delete
  3. Sambutan Hari Berfikir pun ada jugak ya 😄

    Semoga Fiza bersemangat untuk kembali berblog. Kita menulis hari ini untuk kenangan akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Ado jugak kak. semoga semangat tu datang selalu. Terima kasih kak.

      Delete
  4. Assalamualaikum Fizah.
    Semoga sihat sentiasa. Rindu nak baca tulisan Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Alhamdulillah..Saya sihat² je. Terima kasih Kak Amie. Rindu juga nak berjalan ke rumah kak Amie.

      Delete
  5. Birthday February sama macam anak no 3.. update slow slow jer.. janji tak bersawang hihii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada geng bulan februari. Nampak gaya begitulah. Update slow slow je janji ada.

      Delete
  6. Lamanya tak bersiaran. Moga sihat ceria selalu. Thanks for sharing macam2 sambutan pada bulan February ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali siaran tergendala Puan Hajah. Aamiin..Terima kasih doakan untuk saya.

      Delete
  7. Sekarang, masa pantas berlalu. Rasanya macam baru sambut tahun baharu, sekarang dah nak masuk bulan Mac..

    ReplyDelete
  8. dipertengahan Feb menghantar anak-anak ke asrama...insyaallah dipenghujung Feb mereka dapat bercuti untuk sambut Ramadhan bersama family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye lah kan Ammi dah masuk sekolah dah lepas tu puasa.

      Delete
  9. Padahal dulu kak fizah banyaaaaak sangat tiap menulis ☺️. Tapi jika memang ada kesibukan, pastinya kita hrs dulukan itu . Apalagi dah dekat ramadhan, saya pun rasanya nak fokus dulu ke ramadhan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa. Sehari boleh banyak entri. Sekarang sehari nak tulis 1 entri pun payah. Nampaknya begitulah. Dahulukan mana yang penting dahulu.

      Delete
  10. Selamat harijadi terlewat untuk Fiza.
    Semoga Fiza sihat dan gembira selalu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.